Tampilkan postingan dengan label USTAZ KAMAL SAIDIN. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label USTAZ KAMAL SAIDIN. Tampilkan semua postingan

Kamis, 27 Desember 2012

USTAZ KAMAL SAIDIN BIKIN TSUNAMI MALAM INI

SATU PROGRAM ANJURAN UMNO LANGKAWI YANG MELIBATKAN PENCERAMAH YANG DIGERUMI OLEH PAS KEDAH AKAN DIADAKAN PADA HARI INI. SATU CERAMAH YANG BERTAJUK "LEGASI MELAYU MENDAULAHKAN ISLAM" AKAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ KAMAL SAIDIN DAN S/U BN NEGERI IAITU DATO' ARIFFIN MAN. BERTEMPAT DI PENGKALAN TAMAN NILAM, LANGKAWI YANG BERMULA SEKITAR JAM 9.00 MALAM INI. KEPADA SESIAPA YANG BERHAMPIRAN DIJEMPUT HADIR. KPS SECARA PERIBADI MENGAJAK BUKAN SAHAJA PEMAIN POLITIK KERAJAAN MAHUPUN PEMBANGKANG, SEBALIKNYA JUGA KPS TURUT MENGAJAK PEMERHATI POLITIK BEBAS UNTUK MENDENGAR SENDIRI DARIPENCERAMAH YANG DIGERUNI PAS KEDAH IAITU USTAZ KAMAL SAIDIN.....

Sabtu, 25 Februari 2012

Rabu, 28 Desember 2011

USTAZ KAMAL SAIDIN BIKIN PAS MANDI TAK BASAH

USTAZ KAMAL SAIDIN,,,,,,,


USTAZ KAMAL SAIDIN DAPAT SAMBUTAN HEBAT DI KUBU KUAT PAS DI KAMPUNG BELAU, MERBOK. PAS GOYANG DENGAN USYAZ UMNO...

GAMBAR DARI BLOG MEDIA KEDAH.....






Sabtu, 03 Desember 2011

KALAU KELANTAN ADA USTAZ NOR DERIS......DI KEDAH ADA USTAZ KAMAL SAIDIN.......


ANTARA WATAK PENTING DALAM PERBAHASAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011 ADALAH USTAZ KAMAL SAIDIN.....PERWAKILAN KEDAH....




Sekitar 7,000 ahli PAS di seluruh negara telah menyertai Umno selepas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu mengiktiraf Mat Indera sebagai seorang wira perjuangan kemerdekaan, dakwa seorang perwakilan hari ini.

Kamal Saidin dari Kedah berkata, tindakan Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu mengiktiraf Mat Indera merupakan satu aset kepada Umno kerana ramai ahli PAS marah kepada pemimpin utama mereka.

“Oleh itu saya ucap tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang tidak menangkap Mat Sabu walaupun beratus laporan polis telah dibuat kepada Mat Sabu,” katanya ketika mencadangkan usul agama, sosial dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno petang ini.

Katanya lagi, biarlah Mat Sabu menjelajah ke seluruh negara mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kerana semakin banyak beliau berceramah, semakin ramai ahli PAS akan keluar dari parti itu.

Dengan menggunakan modal lamanya beliau menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkawan dengan DAP.

Malah beliau turut membaca talqin kepada Hadi yang kononnya bila Presiden PAS itu mati, malaikat akan bertanya kepadanya kenapa berkawan dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh.

“Dahulu dia kata Umno kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC. Sekarang kenapa mereka tak baca ayat yang sama ketika PAS berkawan dengan DAP yang merupakan kafir harbi,” katanya.

Beliau sedih kerana PAS sanggup menggugurkan slogan negara Islam kerana takut kepada DAP yang anti Islam.

“Kini PAS menggugurkan slogan negara Islam dan menggantikannya dengan negara kebajikan. Jadi siapa yang memperjuangkan Islam selama ini kalau bukan Umno yang mengamalkan pendekatan wasatiyyah,” katanya lagi.