Tampilkan postingan dengan label SEKS BEBAS. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label SEKS BEBAS. Tampilkan semua postingan

Minggu, 15 Januari 2012

PEMBELA GAY......TAK TERKEJUT PON




Hanya beberapa hari selepas bebas tuduhan liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mempertahankan hak golongan homoseksual semasa temubual dengan BBC.

Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, dengan Mahkamah Tinggi memutuskan tidak dapat menjamin 100% sampel DNA yang dikemukakan tidak terusik.

Pengakuan Anwar menyokong gay disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia bertajuk “Anwar ulas isu gay” sementara Berita Harian pula dengan tajuk “Tindakan Anwar sokong homoseksual dikecam”.

Mingguan Malaysia berkata ketua pembangkang itu semasa temubual dengan BBC mengatakan undang-undang berkaitan hak golongan seksual di Malaysia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

Wartawan BBC bertanya kepada Anwar, sama ada beliau bersedia untuk menolak idea anti-diskriminasi hak golongan gay yang menjadi kebimbangan di mana beliau berkata “kami akan kaji semula undang-undang lapuk ini.”

“Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.” kata Anwar kepada BBC.

Anwar juga berkata pandangan Pakatan Rakyat adalah “kami tidak menggalakkan homoseksual di domain awam dan kami tidak perlu meminta maaf.”

Laporan Utusan itu menegaskan pembebasan Anwar diterima baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Sementara itu Berita Minggu, edisi mingguan Berita Harian mengkritik Anwar kerana menyokong hubungan sesama jenis.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.

“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.

“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya dipetik Berita Minggu.

Bekas ahli Parlimen PKR Wee Choo Keong berkata keberanian Anwar adalah untuk mewujudkan undang-undang membela hak golongan gay dalam manifesto Pakatan Rakyat.

“Setahu saya, homoseksual perbuatan serius dalam hukum syariah Islam dan sebarang pandangan mengenainya perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam. Dalam hal ini, seharusnya Anwar lebih faham berbanding saya,” kata Ahli Parlimen Wangsa Maju ini.

Sabtu, 14 Januari 2012

MALAYSIA....TEMPAT KE-3 TERHEBAT SEKS SONGSANG DI ASIA





Malaysia Negara Ketiga Terhebat Seks Songsang Di Asia

Malaysia Yang Ke 3 Di Asia Aktif Seks Songsang

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak agresif membendung gejala homoseksual atau gay di kalangan lelaki Melayu termasuk golongan eksekutif diyakini berjumlah puluhan ribu orang.

Malah, pegawai Jakim turun padang mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa persatuan gay baru-baru ini selain melakukan tugas dakwah di pusat hiburan yang menjadi sarang kumpulan seks songsang ini.

Sumber berkata, melalui perbincangan khas itu, Jakim mendekati golongan gay dan berusaha memujuk mereka menyertai program mukhayyah yang diyakini mampu membawa golongan ini ke arah keinsafan.

“Pada pertemuan membabitkan lebih 20 ketua kumpulan gay Melayu, Jakim memujuk mereka menyertai program khas diatur. Walaupun majoriti tidak bersetuju, namun masih ada segelintir berminat menyertai program.

“Apa yang pasti kegiatan gay di Malaysia seolah-olah disokong gerakan khas yang berusaha menyebarkan ideologi menjadikan ia tidak ubah seperti di negara Barat,” katanya.

Difahamkan gerakan sulit kumpulan gay dikesan melanda bandar raya Kuala Lumpur selain Sarawak dan beberapa negeri lain.

Golongan ini termasuk pekerja profesional turut menjadi antara teramai menghidap HIV dan Aids yang mendapat rawatan di hospital kerajaan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar berkata kakitangan jabatannya serius menangani gejala gay seperti mendekati golongan mak nyah sejak awal tahun ini.

Menurutnya, program pemulihan khusus untuk golongan homoseksual sedang diatur dan pihaknya cuba memujuk mereka menyertai program itu.

“Golongan gay bukan seperti mak nyah atau pondan yang mudah dikenali berdasarkan bentuk fizikal. Mereka mempunyai penampilan lelaki normal, namun kecenderungan seksual songsang.

“Kami cuba mendekati golongan ini dengan memasuki beberapa kelab gay terkemuka di ibu kota dan beberapa bandar raya lain sebagai kerja dakwah,” katanya.

Menurutnya, tambah membimbangkan golongan gay tidak hanya membabitkan mereka yang berusia pertengahan tahun, malah disertai remaja dan berusia lebih 50-an.

“Jika dulu kegiatan gay dilakukan selindung, kini ramai berani mengisytiharkan diri sebagai gay melalui blog dan facebook selain menganjurkan pesta khas,” katanya.

Menurutnya, blog, laman web sosial seperti twitter dan facebook dijadikan pengantara oleh kumpulan gay Melayu ini untuk aktif dan mengumpulkan seramai mungkin ahli.


KPS: MASA KERAJAAN NAK AMBIK TINDAKKAN MAJLIS PEGUAM AKAN KATA INI HAK ASASI. BILA RAKYAT MULA BERTEMPIK PEMBANGKANG SENYAP TANDA SOKONG...JANGAN SESEKALI GADAIKAN NEGARA KEPADA PELIWAT....

Minggu, 06 November 2011

PERSAMAAN ANTARA 2 ORANG GAY IALAH MENGHINA ORANG PERGI HAJI





LELAKI DI ATAS MERUPAKAN ANAK ANGKAT TUN DR. MAHATHIR. WOI GAY....ANAK ANGKAT SAJA, BUKAN ANAK MAHATHIR. SI MAMAT GAY NI SENANG-SENANG SAJA MENGHINA PM NAJIB BUAT HAJI. TAPI APAKAH INI PERSAMAAN GAY-GAY DI SELURUH DUNIA IAITU MENGHINA ORANG PERGI HAJI ? KENAPA KPS BERKATA SEDEMIKIAN, ANDA BOLEH TENGOK DI BAWAH INI, APAKAH PERSAMAAN LELAKI DI ATAS DAN LELAKI DI BAWAH ? ADA YANG KATA MARINA MAHATHIR JUGA MENYOKONG JANTAN GAY NI, KPS KALAU BETUL BERITA TU KENAPA NAK KITA NAFIKAN, KALAU SALAH ITU AKAN JADI FITNAH. APA PUN JOM FOKUS PERSAMAAN ANTARA GAY-GAY DI SELURUH DUNIA. JANTAN GAY DI ATAS DAN JANTAN GAY DI BAWAH.





TANGKAK: Tidak ada ertinya menunaikan haji di Mekah jika terus menerus mengamal kezaliman dan penindasan kepada rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak semestinya pergi haji, terhapus semua dosa. Sebab itu, dalam Islam kena ikhlas, ada konsep haji mabrur.

“Jangan zalimi rakyat. Tangkap orang, fitnah orang, ukur kemaluan orang. Ini tidak. Pergi, balik haji – sama saja. Sebelum pergi haji, rasuah. Balik haji pun rasuah.

“Ambil rasuah tapi pergi haji, siap derma lagi,” katanya tanpa menyebut nama mana-mana individu mahupun pemimpin politik pada ceramahnya di Kampung Sri Jaya, Serom 8 Tangkak Johor, malam tadi.

Lebih 1,000 penduduk setempat mengikuti ucapan Anwar sekalipun hujan sepanjang program itu. Turut berucap ialah Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Jui Meng dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Anwar percaya ibadat haji adalah amalan yang penuh makna dan turut menyatakan beliau sudah sudah dua kali mengerjakan haji selain umrahsekali gus menjawab tohmahan dan fitnah blogger pro-Umno.

Pada ceramah hampir sejam itu, Anwar juga menceritakan kisah Malcolm X yang tertarik dengan Islam apabila melihat persamaan sesama umat hingga meresap ke jiwanya lantaran suasana di Mekah tidak pernah wujud di mana-manapun di pelusuk dunia ini.

Ini sama sekali berbeza dengan paparan gambar gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menunaikan haji baru-baru ini, yang dikelilingi pengawal keselamatan di Mekah, selain menguar-uar pemergiannya ke tanah suci itu melalui media arus perdana. - SUMBER KEADILAN DAILY


PERSAMAAN KEDUA-DUA GAY ADALAH MENGHINA ORANG PERGI HAJI. KALAU PAK NUAR PERGI HAJI NESCAYA SUDAH PENUH MUKA DEPAN AKHBAR PEMBANGKANG GAMBAR TERSEBUT.

Rabu, 02 November 2011

MENANTI POK NIK BERDEHEM DAN ISTERINYA BERLETIAQ(MEMBEBEL) BARU NIK ABDUH NAK BUAT KERJA.





Kenyataan Nik Abduh dalam blognya.

Mengkritik adalah kebebasan dan hak orang berilmu. Membebel pula adalah senjata orang perempuan. Dari kecil ibu saya mendidik saya dengan membebel. Ayah hanya mendehem. Bebel dan dehem membina saya dan kita semua. Jika Asri mahu mengkritik, itu haknya yang disukai ahli ilmu. Tetapi Asri kadang-kadang membebel. Geli geman juga saya mahu serius menasihatinya agar elakkan membebel. Jangan diambil senjata perempuan. Tak manis orang lelaki digelar pembebel.


DI BAWAH ADALAH KENYATAAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA...






Oleh AZHARI ZAINOODDIN dan
MUHAMAD AIMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Usaha untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini dilihat semakin melampau dengan wujudnya pelbagai pihak yang masih tegar memperjuangkan agenda golongan itu.

Terbaru, kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula hari ini hingga 13 November depan.

Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan program mereka melalui laman web www.seksualitimerdeka.org, kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan tersebut agar diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Penganjur menyatakan mereka percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi walaupun mereka termasuk dalam golongan homoseksual.

Jelas mereka, istilah Seksualiti Merdeka digunakan untuk mengingatkan semua pihak bahawa walaupun negara telah berpuluh tahun merdeka, tidak semua rakyat dapat menjadi diri mereka yang sebenar.

Difahamkan Seksualiti Merdeka yang berlangsung di Galeri Annexe, Kuala Lumpur ini merupakan penganjuran kali ke-4 sejak pertama kali diadakan pada 2008.



BELUM DENGAQ HABAQ APA-APA KENYATAAN DARI PEMUDA PAS. KONSERT ELTON JOHN DEPA HINGAQ TAPI BILA KHALIFAH DEPA DALAM BEERSHIT ANJURKAN BOLEH PULAK. KPS SECARA PERIBADI BERHARAP AGAR NIK ABDUH TIDAK MENJADI SEPERTI JINGGAY 13 YANG MENYERANG SOI LEK DALAM ISU HUDUD TETAPI BILA KARPAL TURUT MENGHINA HUDUD DEPA BUAT BODOH. HARI INI JINGGAY 13 BUAT DEMO DEPAN PEJABAT MCA TAPI LUPA PULAK PASAI KARPAL. PAS TUA PULAK SOKONG AMBIGA TOLAK HIMPUNAN. HARAP PAS MUDA TAK JADI MACAM TU. ATAU APAKAH NAK DENGAR MAK BELETIAQ(MEMBEBEL) DAN POK NIK BERDEHEM NARU NIK ABDUH NAK KELUAQ KENYATAAN ?

YB ZULKIFLI NORDIN MEMBALUN PUAK PENCACAI AMBIGA....



TULISAN YB ZUL....

Salam 2 all.

Kalipah kaum Anwarinas dalam himpunan haram 09 Julai yang juga penganjur penubuhan IFC iaitu Ambeega Sreenavasan akan melancarkan satu program himpunan untuk tujuan KEBEBASAN SEKSUALITI pada 09 November ini di Annexe Gallery bersebelahan Bangunan Bar Council, Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Himpunan ini diberi tajuk "Queer Without Fear".

Projek himpunan Kebebasan Seksualiti ini disokong antaranya oleh Bar Council, Suaram, Women Aids Organisation dan beberapa lagi NGO dan individu (saperti yang tercatat dibawah). Dan kalau mike perhatikan yop, ada antara kumpulan atau NGO-NGO yang tersenarai dibawah ini turut sama terlibat samada didalam perancangan menubuhkan IFC, himpunan haram 09 Julai dan lain-lain. Dan merekalah menjadi penyokong dan pendokong kuat kepada kaum Anwarinas dan yang sewaktu dengannya!

Projek yang dinamakan SEKSUALITI MERDEKA 2011 sebenarnya berpegang kepada prinsip amalan seks bebas dengan mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi'e LBGT - Lesbianisma, Bisexuality, Gay & Transgender. Mereka sedang berusaha untuk memasukkan amalan LBGT ini sebagai salah satu agenda perjuangan hak asasi manusia!

LESBIANISMA - adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah didalam negara ini. Ringkasnya, merea mahu menghalalkan musahaqah;

BISEXUAL - adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;

GAY - adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual;

TRANSGENDER - ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat seksual bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina (walaupun Islam mengiktiraf kaum khunsa, iaitu mereka yang dilahirkan dengan dua alat jantina dimana mereka diberi ruang untuk membuat pilihan jantina, tetapi Islam mengutuk keras dan melaknat 'amalan transgender ini!). Ringkasnya, mereka mahu menghalalkan amalan pengkid & maknyah!

Adalah jelas 'amalan yang hendak dipromosikan oleh program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI yang akan dilancarkan oleh kalipah kaum Anwarinas Ambeega Sreenavasan ini bercanggah sama sekali dengan amalan dan norma kehidupan manusia bertamadun, apatah lagi dengan Islam!

Pada teman, ini adalah satu lagi sikap biaDAP dan kurang ajar puak-puak ini yang tidak putus-putus mencari helah untuk menimbulkan suasana provokatif terhadap rakyat Malaysia termasuk umat Islam!

Apakah tujuan mereka mahu membuat himpunan Kebebasan Seksualiti ini dalam suasana umat Islam sedang menjalani 'ibadah haji di Makkah dan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia menyambut 'Eidul Adha pada 06 November 2011.

Adakah kaum ini mahu memperjuangkan amalan seks bebas tanpa batas dalam negara ini? Dalam keadaan kita sedang berhadapan dengan pelbagai isu gejala sosial, perzinaan terbuka dan melampau, kegiatan homoseksual dan lesbian yang keterlaluan, gejala pembuangan bayi dan banyak lagi. Malahan sudah mula kedengaran amalan pesta bertukar pasangan diantara pasangan berkahwin bertukar laki dan bini masing-masing dengan orang lain.

Dan yang lebih memeranjatkan teman, ada kaum yang sedang berusaha untuk membawa usul supaya Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan yang mengharamkan liwat dan seks songsang luar tabi'e dimansuhkan. Alasan mereka kerana ini bertentangan dengan prinsip kebebasan amalan seks LBGT yang menjadi tonggak himpunan SEKSUALITI MERDEKA yang dicadangkan pada 09 November ini. Mereka mendakwa bahawa banyak negara sudah memansuhkan Seksyen 377A-D, antaranya Britain, India dan Singapura!

Seksyen 377A-D adalah peruntukkan dimana 'amalan seks songsang dan luar tabi'e saperti seks melalui dubur, samada antara lelaki dan lelaki, lelaki dan wanita (termasuk isteri sendiri), samada secara sukarela mahupun secara paksa, termasuk dengan haiwan adalah menjadi satu kesalahan yang dipandang serius dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan!

DAN INILAH SEKSYEN DIMANA ANWAR IBRAHIM DIKENAKAN PERTUDUHAN MELIWAT PEMANDUNYA AZIZAN ABU BAKAR (1998) DAN PEMBANTU PEJABATNYA SAIFUL BUKHORI AZLAN (2008)!!

Teman mengutuk keras program KEBEBASAN SEKSUALITI yang mahu dianjurkan ini. Pada teman, program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI ini wajib ditentang dan dibantah habis-habisan. Malahan pihak berkuasa wajib mengambil tindakan mengharamkan himpunan ini.

Selain cuba untuk menghalalkan amalan seks songsang dan luar tabi'e, kaum ini juga bercadang untuk memansuhkan peruntukkan undang-undang yang menjadikan amalan seks songsang dan luar tabi'e saperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 377 A-D Kanun Keseksaan dimansuhkan.

Kita sekarang sudah ada paderi gay. Seorang paderi Gereja Protestant di Malaysia, Pastor Ou Yang Weng Feng baru-baru ini telah menggemparkan negara apabila melangsungkan perkahwinan gay dengan pasangan homoseksnya di pejabat City Clerk of New York. Dan yang lebih kurang ajar, pastor gay ini memilih tarikh kemerdekaan negara, 31.08.2011 sebagai tarikh perkahwinan homo beliau. Dan yang paling biaDAP, beliau mahu mengadakan majlis perkahwinan gay nya itu di Malaysia!

Teman berharap kita tidak sampai ke peringkat saperti yang berlaku kepada Presiden Obama yang menerima tekanan politik yang hebat daripada kaum ini yang akhirnya tunduk kepada kehendak mereka, sehingga kaum lesbian dan gay kini boleh menjalankan 'amalan seks songsang dan bebas didalam Angkatan Tentera Amerika, na'uzubillah min zalik!

Sebab itu teman bersetuju sangat dengan kenyataan YBhg Tan Sri Abdul Rahim Nor, mantan Ketua Polis Negara yang semasa merasmikan Perhimpunan Agong PERKASA pada hari Rabu 28 ZulQaedah 1432/ 26 Oktober 2011 menyatakan bahawa sebagaimana fahaman komunis menjadi "virus agama baru" yang menyerang dan merosakkan ketamadunan dan peradaban kemanusiaan pada awal abad 20, maka sekarang sudah muncul fahaman hak asasi kemanusiaan sebagai "virus agama baru" yang bukan sahaja menyerang dan merosakkan ketamadunan dan peradaban kemanusiaan, malah akan menghancurkan sejarah keujudan dan kesinambungan kemanusiaan ini.

Yang paling malang kata Tan Sri Rahim Nor, "virus agama komunisma" telah berjaya mempengaruhi orang Melayu beragama Islam, sehingga muncullah orang saperti Abdullah CD, Shamsiaf Fakeh, termasuk Mat Indera yang menjadi idola kaum Anwarinas sekarang. Dan melihat kepada senario keadaan semasa, "virus agama hak asasi manusia" juga sudah mula mempengaruhi segelintir orang Melayu beragama Islam, malah lebih malang virus ini juga berjaya merasuk segelintir kaum yang mendabik dada mengaku pejuang Islam.

Sehingga atas nama hak asasi manusia, mereka bukan sahaja membuang perjuangan mereka, malah mereka sanggup memartabat dan mengangkat kaum kafir harbi sebagai kalipah mengetuai dan mengemudi mereka. Malah yang tersangat malang, atas nama hak asasi kemanusiaan, mereka mengangkat kaum yang sudah rosak akhlaknya dengan amalan homoseks, liwat dan zina sebagai pemimpin dan kalipah sembahan mereka! Dan mereka muncul sebagai lembu-lembu barua suruhan yang dicocok hidung kepada kaum kafir dan makhluk perosak ini!!!

Semoga ALLAH melindungi kita semua daripada malapetaka dan ujian dan fitnah akhir zaman yang maha dahsyat ini. Ya ALLAH, peliharalah aqidah dan iman kami, peliharalah akhlak dan amalan kami. Ameen!

Adios amigos, grasias amigos.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
05 Zulhijjah 1432
01 Nov 2011

Antara pertubuhan yang menyokong himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI 2011

SPONSORS & SUPPORTERS of Seksualiti Merdeka 2011:
Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV
and many other individuals

Selasa, 01 November 2011

PEMUDA PAS SYAITAN BISU ?????? AMBIGA NAK ANJUR PROGRAM SEKS BEBAS TAPI BELUM ADA KECAMAN DARI PEMUDA PAS ?



DARI BLOG AIDS

AIDCNews – 01/11/11 – Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) , Datuk Ambiga Sreenevasan dijangka akan merasmikan program mempromosi kebebasan seks kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang bakal diadakan pada 1 hingga 13 November ini di galeri Annexe, bersebelahan dengan Central Market, Kuala Lumpur.
Program yang dinamakan Seksualiti Merdeka itu adalah acara tahunan sambutan hak kebebasan seks LGBT di Malaysia.
Dianjurkan oleh kumpulan LGBT Malaysia dengan kerjasama Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International dan individu-individu tertentu.
Mereka menuntut hak LGBT untuk mengamalkan cara hidup dan budaya seks secara bebas tanpa diskriminasi, keganasan ataupun gangguan daripada kumpulan massyarakat umum.
Mereka menuntut hak tersebut berdasarkan prinsip kebebasan hak asasi manusia di mana setiap individu berhak ke atas tubuh badan sendiri tanpa perlu diceroboh oleh pihak lain.

AIDC