Tampilkan postingan dengan label PAS DAP. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label PAS DAP. Tampilkan semua postingan

Kamis, 23 Juni 2011

BILA JIWA DAP. ROH DAP, DAN AGAMA DAP MERASUK PAS...





KUALA LUMPUR Jun - Dewan Pemuda Pas kesal dengan sikap 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak daripada DAP yang tidak memakai pakaian rasmi pada majlis perasmian Sidang DUN negeri itu, kelmarin.

Bagaimanapun apa yang anehnya, walaupun menganggap tindakan tidak memakai songkok dan baju rasmi tersebut tidak mencerminkan 'kekitaan' di kalangan parti pembangkang, Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Al-Hiss menyalahkan UMNO.

Beliau mendakwa, UMNO gagal mendidik rakyat Malaysia supaya memahami budaya adat resam dan agama di negara ini.

"Orang Islam tidak faham apa itu Islam yang sebenar sehingga banyak perkara berkaitan Islam telah disalah tafsir oleh orang bukan Islam,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagi menutup sikap biadab ADUN-ADUN DAP yang merupakan sekutu kepada Pas yang kini memperjuangkan negara berkebajikan, Raja Ahmad berhujah, ''UMNO sendiri menghalang hukum Islam daripada dilaksanakan dan UMNO sendiri tidak 'mesra' terhadap hukum hakam agama sehingga orang bukan Islam takut dan gagal untuk memahami terjemahan Islam itu.

''Begitu juga isu songkok yang dianggap elemen keagamaan bagi orang Islam adalah satu contoh kegagalannya,'' katanya.

Namun begitu, Raja Ahmad menegaskan, walaupun perkara itu berlaku di Sarawak, Pemuda Pas kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah terhadap sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada pakatan pembangkang selama ini.

''Kami dengan ini mendesak agar Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat memberikan pemahaman terhadap ADUN-ADUN tersebut agar tindakan ini tidak berulang,'' katanya.

Beliau juga menggesa supaya semua lapisan masyarakat menghormati peraturan dan tatacara yang telah disepakati bersama seperti Peraturan Tetap DUN seluruh negara yang ia sudah disepakati bersama sejak dahulu lagi. - UTUSAN

KPS : YANG BODOH ITU PAS, YANG MENCACAI JUGA PAS

Selasa, 07 Juni 2011

KISAH BENAR-KEPADA BANGSA YANG MENGKRITIK KETUANAN MELAYU







sekadar renungan. mungkin dah ada org pos. kalau dah ada silalah remove.Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja s Report Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?

KPS : RAJA-RAJA MELAYU ADALAH ANUGERAH ALLAH KEPADA ORANG MELAYU, ANWAR ADALAH BALA KEPADA ORANG-ORANG MELAYU