Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang. Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu. Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun. Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya. Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini. Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama. Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi. ? Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,? kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu. Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya. Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas. Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya. Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital. ? Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya?melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat. ? Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ?disamak?, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ?benda haram?. ? Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,? kata Che Tom sambil menahan sebak. Menurut Che Tom, Allah saja yang tahu betapa seksa dan azabnya dia sewaktu mengandungkan Azmin. Tetapi, menurut Che Tom, dia tidak sangka segala kesusahan itu dibalas dengan sedemikian rupa. Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya. Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu. ? Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu,? kata Che Tom. Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas. Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas. Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut. Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu. Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya ?dijemput pulang? oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya. Cuma Che Tom berkata, beliau berharap benar agar Azmin perlu menjauhkan diri dari ?kumpulan? yang disertainya sekarang.? Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,? katanya. Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin. ? Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah,? katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut. (Mynewshub.my)SUMBER: http://mynewshub.my/2012/05/05/gempar-hati-saya-hancur-kata-ibu-azmin-ali/
Tampilkan postingan dengan label KASIHNYA IBU. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label KASIHNYA IBU. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 05 Mei 2012
SI TANGGANG........AZMIN ALI.....JATUHNYA AIR MATA SEORANG IBU
Sabtu, 10 Maret 2012
REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA IBU,,,,,KENAPA LA SEORANG IBU NI KENA BUANG OLEH ANAK DIA ?
KPS BUKAN LA ANAK YANG BAIK, TAPI TAK LA SAMPAI MACAM NI.....
KPS: SAYANGILAH IBU BAPA KITA, REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA IBU.
Minggu, 08 Mei 2011
CERITA HARI IBU: "DIA MEMANG SEORANG IBU". SEMOGA ANDA MENIKMATI SYURGA YANG ABADI.
![]() | ||||
| GAMBAR DARI MINGGUAN MALAYSIA |
P.RAMLEE PON NYANYI LAGU IBU
BINATANG PON SAYANG ANAK....
PETIKAN DARI MINGGUAN MALAYSIA.
KUALA KRAI 7 Mei - Seorang jiran melihat api menyambar bahagian belakang badan dan kepala Allahyarham Rafidah Ismail, 36, ketika wanita itu bertungkus-lumus mengeluarkan tiga anaknya dari dalam rumah mereka yang terbakar di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, semalam.
Menurut Hasnah Mahmood, 34, yang sarat mengandung sembilan bulan, dia menyaksikan perkara tersebut ketika membantu mengeluarkan anak sulung mangsa, Rashidah Illyana Zamri, 7, iaitu yang terakhir dikeluarkan dari tingkap.
"Hanya Tuhan yang tahu dari mana datangnya kekuatan untuk Rafidah membengkokkan besi jeriji tingkap bagi mengeluarkan tiga anaknya itu.
"Ketika itulah saya nampak api sudah sambar belakang dan kepala arwah semasa dia mengeluarkan anaknya yang terakhir iaitu Rashidah."Anak pertama dikeluarkannya ialah yang bongsu diikuti anak keduanya. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan saya untuk menggambarkan suasana itu," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, seorang wanita sanggup bergadai nyawa memecahkan kaca tingkap rumah dan mengumpul kekuatan membengkokkan jeriji besi untuk membolehkan tiga anak kecilnya keluar ketika kediaman mereka terbakar di Taman Sri Guchil, Kuala Krai.
Namun dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, nyawa Rafidah, jururawat di Hospital Kuala Krai, menjadi galang gantinya apabila dia sendiri rentung setelah gagal menyelamatkan diri. Mayatnya ditemui dekat pintu utama rumah teres itu.
Ketiga-tiga anaknya, Rashidah; Zaim Shahrul, 6, dan Zaim Iqbal, 2, selamat setelah disambut oleh jiran sebelah rumah dari tingkap kaca yang dipecahkan mangsa.
Hasnah yang merupakan guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai berkata, ketika kejadian dia sedang memeriksa tugasan murid bersama anaknya di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi cermin pecah yang kuat dari rumah mangsa.
"Saya bergegas keluar ke rumah Rafidah untuk melihat apa yang berlaku. Rafidah dengan nada cemas berkata, tolong Kak Dah, rumah akak terbakar!
"Saya kemudian membantu dia mengeluarkan anaknya satu persatu. Saya hanya menyambut anaknya yang bongsu sedang dua lagi anak mereka boleh keluar sendiri dan saya hanya menarik mereka menjauhi rumah.
"Ketika itu saya cuba menenangkan arwah untuk mencari kunci rumah. Saya sempat minta arwah bertakbir dan bertenang namun dia tidak menemui kunci itu," katanya
NI BARU SATU CERITA, ADA BANYAK LAGI, ADA YANG TERPAKSA MASAK BANGKAI(JUMPA DI TEPI JALAN) UNTUK BAGI MAKAN UNTUK ANAK-ANAK( BUKAN DI M'SIA), MAK & AYAH KPS SENDIRI PON DIKAFIRKAN OLEH SEBAB KPS MEMBANTAH PARTI PEMBANGKANG SEDIKIT MASA DULU. APA PUN, SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA YANG BERGELAR IBU.
KPS: KLAU ADA ANUGERAH KHAS HARI ISTERI SAH DAPAT KAT KAK JIJAH@ ISTERI KEPADA 'PEMIMPIN ANUGERAH SETAN'. - PENDAPAT PERIBADI DAN RAKAN-RAKAN YANG MENYAKSIKAN ISLAM DAN MELAYU DILACURKAN OLEH JANTAN INI.
PAPA NURUL IZZAH
Langganan:
Postingan (Atom)

