Tampilkan postingan dengan label JAMIL KHIR. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label JAMIL KHIR. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 18 Februari 2012

JAMIL KHIR JAWAB FITNAH PEMBANGKANG....PAKAT-PAKAT MAI MALAM NI


DARI FB WALL BLOGER MESRA KERAJAAN....

Hafiz Azmi
jemput semua warga Kedah ke program Penerangan Perdana Pdg Terap bersama Senator Mejar (B) Dato Seri Jamil Khir Baharom Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Ustaz Mejar (B) Abdullah Rifain pada 18 FEB 2012 (SABTU) JAM 9.00 MLM BERTEMPAT DI PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN PEDU (LAMA)..sama2 kita mndengar pnjelasan drp Jamil Khir mngenai isu zakat yg sedang difitnah oleh penganut2 ajaran pas/pr slama ini..JOM PAKAT GI RAMAI2..


KPS: JAMIL KHIR DI PIHAK YANG BENAR....


Sabtu, 04 Februari 2012

JAMIL KHIR TEMPELAK FITNAH JAHAT PASrasit





PUTRAJAYA, 3 FEB : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan pembangkang bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk program politiknya sebagai fitnah.

Beliau menyifatkan usaha Pas meniupkan persepsi bahawa dana Yayasan Taqwa hanya untuk mereka di Wilayah Persekutuan sebagai fitnah dan permainan politik pembangkang yang mengenepikan kebenaran. aspek benar dan salah demi menimbulkan persepsi negatif rakyat.

"Seluruh Malaysia kita bagi bantuan melalui Yayasan Taqwa. Baru-baru ini saya sampaikan bantuan di Terengganu dan Kelantan," katanya.

"Dakwaan yang kata saya salah guna duit Yayasan Taqwa tidak betul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan bahawa beliau menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dipengerusikannya bagi membiayai program politiknya di Jerai, Kedah.

Laporan itu menyebut Jamil Khir menggunakan peruntukan tersebut untuk memberi bantuan kepada masyarakat di Jerai iaitu kawasan yang akan ditandingi beliau pada pilihan raya umum akan datang.

Kamis, 10 November 2011

JAMIL KHIR BERI PENJELASAN SALAH FAHAM ISU IBADAH HAJI PERDANA MENTERI



JAMIL KHIR MENJAWAB ISU SALAH FAHAM DALAM TWITTER PM NAJIB....

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.

Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata, sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata, Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

“Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

“PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah.

Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

“Jadi pada petang itu mungkin… barangkali soalan itu ditanya petang itu… selesai itu, selesai Arafah. Haji itu belum selesai lagi.

“Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik.

Jadi ini yang mungkin disilap faham,” kata beliau. – Bernama