Jurulatih pasukan bola sepak Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata kekalahan pasukannya di tempat sendiri adalah disebabkan pemain beraksi dalam keadaan tertekan di hadapan penyokong. Wan Jamak berkata anak buahnya yang tertekan terpaksa bermain bersungguh-sungguh bagi memenuhi hasrat penonton yang hadir di Stadium Darul Aman (SDA)untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Katanya perkara ini amat membimbangkannya kerana pemain tidak beraksi dengan baik di tempat sendiri berbanding bermain di tempat luar yang mana mereka seolah-olah tiada tekanan dan boleh beraksi dengan baik. “Saya juga amat kecewa dengan sikap segelintir penyokong yang tidak mengahargai usaha yang dilakukan pemain-pemain sepanjang 90 minit perlawanan untuk menghasilkan gol,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di SDA di sini, malam tadi. Katanya beliau juga tidak takut kepada pasukan lawan tetapi takut kepada pemainnya sendiri kerana mereka gagal berfungsi sebagai satu pasukan tetapi bermain secara individu. Wan Jamak berkata pasukannya mempunyai pemain yang ternama seperti Badrol Bakhtiar dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang tidak berfungsi sebagai satu pasukan dan ini mengundang kepada kekalahan di gelanggang sendiri. Pada saingan Liga Super malam tadi, Kedah gagal mengutip tiga mata penuh setelah tewas 1-3 kepada PKNS Selangor menerusi jaringan gol Helmi Loussaief dan Mohd Nizaruddin Yusof pada minit ke-45 dan ke-51. Penyerang import Kedah dari Croatia, Vedran Gerc merapatkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-58 menerusi penalti sebelum Rudie Ramli melengkapkan kemenangan PKNS dengan menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-79. “Saya akui ada pemain yang tidak menunjukkan prestasi baik dan kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan menyebabkan terpaksa membuat rombakan terhadap pertahanan disebabkan dua pemain utama iaitu Azmizi Azmi dan Khairul Helmi Johari digantung perlawanan. “Saya terpaksa meletakkan pemain muda di bahagian pertahanan walaupun bukan posisi asal mereka. Beberapa kesilapan dan salah faham antara pemain menyebabkan pasukan lawan dapat membolos gawang pasukan,” jelas Wan Jamak. – BernamaSEBENARNYA YANG MENJADI PUNCA IALAH PENGURUSAN SENDIRI.....TERUTAMA PRESIDEN BOLA SEPAK KEDAH DAN PENGURUS PASUKAN IAITU KHAZALI DIN......BOLA SEPAK BUKAN BERKAITAN POLITIK....BOLA SEPAK MENYATUKAN RAKYAT...NAMUN JELAS PENTADBIRAN KEDAH TELAH GAGAL BERBANDING ZAMAN KEGEMILANGAN YANG LALU....
Tampilkan postingan dengan label BOLA SEPAK MALAYSIA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label BOLA SEPAK MALAYSIA. Tampilkan semua postingan
Minggu, 20 Mei 2012
BOLA SEPAK KEDAH SEMAKIN GILA....
Kamis, 12 April 2012
RANKING FIFA MALAYSIA MENJUNAN LAGI....
KUALA LUMPUR – Ranking pasukan bola sepak negara mengalami kejatuhan empat anak tangga iaitu ke-156 dunia dalam senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.
Kedudukan itu adalah yang paling buruk sejak Januari lalu iaitu pada kedudukan 148, ke-150 pada Februari dan ke-152 bulan lepas.
Ranking terbaru itu juga menyaksikan kedudukan skuad Harimau Malaya lebih rendah berbanding Bangladesh (ke-152) dan Nepal (ke-149), yang dikenali tidak memiliki infrastruktur yang baik dalam sukan tersebut.
Kemerosotan ranking Malaysia berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan.
Cuma apa yang menimbulkan persoalan, walaupun naik 12 anak tangga, Bangladesh tidak terlibat dalam sebarang perlawanan kompetitif yang diiktiraf FIFA sepanjang bulan lalu.
Bukan sekadar Bangladesh dan Nepal yang memiliki ranking lebih baik berbanding Malaysia, beberapa negara yang kurang dikenali dalam dunia bola sepak seperti New Caledonia dan Samoa berada di atas Malaysia iaitu tempat ke-154 dan ke-155.
Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada pada tempat kelima. Walaupun berjaya memintas negara jiran, Singapura (ke-158) namun kita dipintas Filipina, yang naik ke tangga ke-148 ekoran berjaya mara ke separuh akhir Piala Cabaran AFC bulan lalu.
Vietnam kekal sebagai negara terbaik di rantau ini dengan masih berada di kalangan 100 terbaik dunia iaitu di tempat ke-97 diikuti Thailand (141), Filipina dan Indonesia (151). Bagi benua Asia, Malaysia berada pada tempat ke-27 daripada 46 negara ketika Australia masih gah selaku pasukan nombor satu Asia pada tangga ke-21.
Bagi ranking dunia, Sepanyol masih kekal sebagai pasukan No. 1 diikuti Jerman dan pasukan dari Amerika Selatan, Uruguay.
Ketiadaan sebarang perlawanan persahabatan dengan mana-mana negara sepanjang bulan lalu jelas memberikan kesan besar kepada ranking skuad bola sepak negara yang hanya mengadakan perlawanan persahabatan berdepan skuad bertaraf negeri, Sarawak pada 25 Mac lalu.
Mengikut rekod sepanjang tahun 2012, ranking skuad Harimau Malaya tidak pernah mengalami sebarang kenaikan sejak berada pada tempat ke-148 Januari lalu.
Jatuh dua anak tangga pada Februari, pasukan negara terus turun ke tangga ke-152 pada Mac sebelum berada pada tempat ke-156 bagi bulan ini.
Namun, skuad Datuk K. Rajagobal berpeluang kembali mendaki ranking FIFA menerusi aksi persahabatan dengan Sri Lanka pada 28 April ini.
Kamis, 15 Desember 2011
NAZMI FAIZ DIMAKI OLEH SEORANG BLOGER YANG PRO GARUDA
MAKLUMAT DARI BLOG AAKJ YANG DIPETIK DARI SUMBER PERTAMA IAITU www.azrijohan.com
NAZMI DIMAKI CERCA DAN DIHINA OLEH SEORANG BLOGER. WOI BLOGER BERKENAAN, CERMIN LA DIRI HANG DULU. APA DOSA NAZMI NI KAT HANG ????
NAZMI DIMAKI CERCA DAN DIHINA OLEH SEORANG BLOGER. WOI BLOGER BERKENAAN, CERMIN LA DIRI HANG DULU. APA DOSA NAZMI NI KAT HANG ????
Senin, 05 Desember 2011
ADIK KEPADA KHAIRUL FAHMI CHE MAT MENINGGAL DUNIA
SALAM TAKZIAH KEPADA KHAIRUL FAHMI DAN KELUARGA BELIA DIATAS KEMBALINYA ADIK KEPADA PENJAGA GOL TERBAIK ASIA TENGGARA INI KE RAHMATULLAH PADA JAM 11.30 PAGI TADI AKIBAT JANGKITAN PARU-PARU KERANA DEMAM DENGGI.
KPS PEROLEH BERITA INI DARI FACEBOOK KAPTEN BOLA SEPAK KELANTAN IAITU PIYA....
KPS: SEMOGA ARWAH DITEMPATKAN DIKALANGAN HAMBA-NYA YANG BERTAKWA....AL-FATEHAH
Jumat, 02 Desember 2011
'KAKA' MALAYSIA BERTARAF MESSI
MAKLUMAT DIDAPATI DARI BLOG AAKJ SEBELUM DIOLAH DENGAN CARA SENDIRI....
JARINGAN NAZMI FAIZ PADA PERLAWANAN KELAYAKKAN OLIMPIK ANTARA MALAYSIA MENENTANG BAHRAIN TELAH DIANGKAT SEBAGAI YANG TERBAIK DALAM Top-10 Goals of the week dilaman sesawang 101 Great Goals. ABANG KPS TABIK SAMA ADIK NAZMI FAIZ. INILAH HARIMAU KITA. INILAH KAKA MALAYSIA.
KALAU TENGOK DARIPADA RATING BELIAU MENDAPAT UNDIAN....PERGHHHH......JAUH MENINGGALKAN PEMAIN BERTARAF DUNIA. HARUS KITA INGAT BAHAWA YANG UNDI DI LAMAN INI KEBANYAKKANNYA MAT SALLEH.
KPS : BOLEH MINTAK AUTOGRAF ????
JARINGAN NAZMI FAIZ PADA PERLAWANAN KELAYAKKAN OLIMPIK ANTARA MALAYSIA MENENTANG BAHRAIN TELAH DIANGKAT SEBAGAI YANG TERBAIK DALAM Top-10 Goals of the week dilaman sesawang 101 Great Goals. ABANG KPS TABIK SAMA ADIK NAZMI FAIZ. INILAH HARIMAU KITA. INILAH KAKA MALAYSIA.
KALAU TENGOK DARIPADA RATING BELIAU MENDAPAT UNDIAN....PERGHHHH......JAUH MENINGGALKAN PEMAIN BERTARAF DUNIA. HARUS KITA INGAT BAHAWA YANG UNDI DI LAMAN INI KEBANYAKKANNYA MAT SALLEH.
KPS : BOLEH MINTAK AUTOGRAF ????
Langganan:
Postingan (Atom)


