Tampilkan postingan dengan label BAUCER BUKU 1MALAYSIA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label BAUCER BUKU 1MALAYSIA. Tampilkan semua postingan

Senin, 26 Maret 2012

TARIKH SAH LAKU BAUCER BUKU 1MALAYSIA DILANJUTKAN SEHINGGA 31 APRIL 2012


TARIKH SAH LAKU BAUCER BUKU 1MALAYSIA(BB1M) DILANJUTKAN SEHINGGA 31 APRIL 2012

26/03/2012 7:19pm

PUTRAJAYA 26 Mac – Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang sepatutnya tamat pada 31 Mac ini dilanjutkan sehingga 30 April ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, ini bagi memberi peluang kepada pelajar yang belum berkesempatan menggunakan baucar itu untuk berbuat demikian termasuklah pelajar yang diterima masuk ke institusi pengajian tinggi bagi sesi pengambilan kedua, awal tahun ini.

"Pelanjutan itu memberi peluang kepada pelajar yang telah diberi BB1M untuk menunaikannya bagi membeli buku dan bukan untuk mana-mana pihak mengemukakan permohonan tambahan atau baru.

"Baucar ini hanya layak untuk pelajar yang menyambung pelajaran sebelum 31 Mac sahaja dan tidak layak kepada yang masuk pada April,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kursi Akademik Luar Negara di sini hari ini.

Baucar buku bernilai RM200 itu diberikan kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar tingkatan enam sejak awal tahun ini seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012.

Sehubungan itu, Khaled berkata, semua kedai buku yang menyertai program ini dikehendaki menerima BB1M daripada pelajar walaupun sah laku yang dicetak pada setiap keping baucar hanya sehingga 31 Mac depan. – BERNAMA


Sabtu, 21 Januari 2012

BAUCER BUKU 1MALAYSIA DIGADAIKAN.....MEMANG TAK TAU TERIMA KASIH DAN BERSYUKUR.

SUMBER DARI BLOG AAKJ....



BAUCER BUKU INI PATUT DIMANFAATKAN SEBAIK-BAIKNYA OLEH PARA PELAJAR. KPS YANG BERADA DI SEMESTER 6 WALAUPUN SEMUA MODUL SUDAH DIBELI, KPS RASA TAK SALAH KALAU KPS MELABURKAN BAUCER BUKU KPS UNTUK MEMBELI RUJUKAN BERASASKAN ENGINEERING. PENGARAH TEMPAT KPS BELAJAR JUGA BERKONGSI CERITA BAHAWA MAK DAN AYAH DIA KENA JUAL AYAM ITIK UNTUK DAPATKAN SEBUAH BUKU DULU. KPS SECARA PERIBADI AKAN MENYUMBANG BUKU ITU KE PERPUSTAKAAN TEMPAT KPS BELAJAR SEKIRANYA KPS TIDAK LAGI GUNAKAN BUKU TERSEBUT. KEPADA MEREKA YANG SEDIA MENGGADAIKAN BAUCER BERKENAAN, APAKAH JENIS MANUSIA ANDA INI. CUBA LA BERIKAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN. DAPAT JUGAK SAHAM DUNIA DAN AKHIRAT.

Selasa, 17 Januari 2012

ERTI SYUKUR DAN TERIMA KASIH

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA RM 500 BAGI PENDAPATAN ISI RUMAH BAWAH RM 3 000


BANTUAN BAUCER BUKU KEPADA PELAJAR IPT SEBANYAK RM 200 SETIAP SEORANG TANPA MENGAMBIL KIRA PENDAPATAN KELUARGA DAN IDEOLOGI POLITIK


KPS: KENAPA MASIH ADA YANG MEMPERTIKAIKAN LAGI, BAGI SALAH TAK BAGI PON SALAH. KONONNYA INI 'GULA-GULA' PILIHAN RAYA. KPS BERSYUKUR...KERAJAAN CAKAP DAN KOTAKAN APA YANG DIJANJIKAN...CUBA KITA LIHAT GOLONGAN YANG 'TAK BERAPA KERAJAAN' BERJANJI...TUNAI ATAU TIDAK ????




PEMBANGKANG JANJI TAPI TAK BUAT....


APAKAH PEMBANGKANG LUPA PERINGATAN ALLAH???

“Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan amanah kepada yang berhak.” (Surah al-Nisa’, ayat 58).


BERDASARKAN HADIS ADA 3 TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK...

"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.

* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
* Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.
* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati".


KEPADA YANG MENGKRITIK BANTAUN KERAJAAN.....KPS BERIKAN SEDIKIT PERINGATAN DARI AL-QURAN HASIL KULIAH KPS....


sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur