Tampilkan postingan dengan label BARUA PR. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label BARUA PR. Tampilkan semua postingan

Rabu, 11 Juli 2012

JUI MENG BARUA PR TUDUH POLIS NIAT MEMBUNUH

SI FUCK OFF JUI MENG MENUDUH POLIS MENEMBAK 'IMAM MAHDI' BLOGER PAS(ARWAH) DALANG SERANGAN DI JPM DENGAN NIAT MEMBUNUH......DALAM HAL INI KPS BERSETUJU DENGAN SEBUAH BLOG YANG MEMBERIKAN PENDAPAT BAHAWA BELIAU MEMBANTAH KENYATAAN JUI MENG KERANA JIKA POLIS BERNIAT MEMBUNUH PASTI TEMBAKKAN DIHALAKAN DI DADA ATAU KEPALA BUKAN DI BAHAGIAN BAWAH DARI PUSAT, MAKA MEMANG BODOH, BAHLOL SERTA BINGAI SI JUI MENG BARUA PR NI.....

Jumat, 27 Januari 2012

ARWAH WARTAWAN TV 3 DIHINA OLEH PEMURTAD PEMBANGKANG

ARWAHYARHAM SUKARDI ABDUL GHANY

ARWAH MERUPAKAN SEORANG PENGARANG BERITA TV 3. PENCACAI DALAM PEMBANGKANG DALAM MALAYSIAKINI MENGHINA ARWAH DENGAN SEKEJI-KEJINYA....JOM KITA TENGOK....



KPS: AL-FATEHAH KEPADA ARWAH....DAN SEMOGA BANGSAT PR TERSEBUT INSAF,,,,,

Minggu, 13 November 2011

AMBIGA DILONDEH DAN TERLONDEH.....

PENDEDAHAN BLOGER EMPAYAR PEMUDA.....MAXIMUS ONGKILI LONDEHKAN EGO AMBIGA....





Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili hari ini mencuri perhatian banyak pihak apabila secara bersahaja 'membelasah' Datuk S. Ambiga berhubung kedudukannya pada persidangan jawatankuasa itu hari ini.

Beliau bertindak demikian bagi menghalang bekas Presiden Majlis Peguam itu daripada mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada persidangan jawatankuasa berkenaan kerana pertubuhan itu tidak berdaftar.

Bagaimanapun, Ambiga tetap diberi ruang untuk menyuarakan pandangan secara panjang lebar, tetapi hanya atas sifat peribadinya sebagai rakyat Malaysia, bukan selaku Pengerusi Bersih sebagaimana diharapkannya.

"Saya tidak pernah takut pada Bersih, tetapi Tuhan itu bukan hanya menilai pada perkataan bersih, hati juga kena bersih," kata Maximus sebagai membalas kenyataan Ambiga yang mempersoal adakah beliau takut dengan Bersih.

Terdahulu Ambiga berkata, Maximus tidak perlu takut dengan pertubuhan tersebut kerana perkataan bersih itu membawa maksud yang baik selain badan itu sendiri mewakili suara 80 badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengubah sistem pilihan raya negara ini.

Persoalan mengenai penglibatan Bersih dalam persidangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mula timbul apabila ahli jawatankuasa itu, Azmin Ali (PKR-Gombak) mempersoal mengapa Ambiga tidak dibenarkan mewakili Bersih.

Mengulas isu itu, Maximus berkata, memang menjadi ketetapan bahawa hanya badan politik dan NGO yang berdaftar layak mengambil bahagian dan jika tidak, mereka perlu memberi pandangan atas sifat peribadi.

"Ini adalah ketetapan. Bersih tidak berdaftar dan kami tidak boleh menerima pandangan daripada Bersih, tetapi Ambiga boleh memberi pandangan atas kapasiti peribadi. Ia akan direkod sebagai pandangan individu," katanya.

Sabtu, 12 November 2011

SAPA LENA NI ???????

SAPA YANG LENA TU ??????

HAI, DUN SELANGOR DAH NAIKKAN ELAUN, TAPI DOK LENA SEDAP PULAK PUAK-PUAK NI....MASA IBRAHIM ALI TERLELAP DALAM PARLIMEN MACAM-MACAM DEPA MAKI AHLI KONSESUS BEBAS TU, TAPI KALI NI KANCING GIGI HABIS SEMUA....


NI LENA JUGAK, TAPI DI RUMAH...

SEMAKIN HARI SEMAKIN TONY PUAka CELAKA....TUDUH TAPI TAK ADA BUKTI....

SATU JARI MENUNDING ORANG, 4 APATAH BALIK KE DIRI SENDIRI. TONY PUAka, SEMAKIN HARI SEMAKIN CELAKA.


Susu: Tony perlu kemuka hasil ujian makmal

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengemukakan keputusan ujian makmal yang mendakwa kononnya susu segar dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (Kedai Rakyat) dicemari bakteria E-Coli.

Katanya, pakatan pembangkang sentiasa berniat jahat dan berterusan memburuk-burukkan Kedai Rakyat dengan pelbagai fitnah.

"Inilah jahatnya pembangkang, apabila kerajaan sediakan alternatif terbaik untuk mendapatkan produk murah kepada rakyat, mereka buat pelbagai cerita bohong. Mereka tidak mahu rakyat beli di kedai yang murah.

"Jika benar, mereka perlu dedahkan keputusan ujian makmal tersebut. Kementerian pun tidak pernah mengetahui perkara tersebut kerana belum pernah melakukan sebarang ujian,'' katanya selepas merasmikan projek pemodenan bengkel automotif (ATOM) di bengkel Speedlodge di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sehingga kini sejumlah 444 permohonan telah diterima bagi menyertai program ATOM yang melibatkan RM35.8 juta jumlah pinjaman.

Majlis itu dihadiri Pengarah Automative Aftersale Industry, Choo Chee Seng.

Pada sidang akhbar Pua, ia turut dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad di Bandar Tun Razak hari ini.

Pua mendakwa produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia menyalahi undang-undang serta ada yang berbahaya kepada pengguna.

Pua bagaimanapun enggan mendedahkan makmal yang terlibat, sebaliknya sekadar menegaskan bahawa mereka boleh dipercayai.

Rabu, 09 November 2011

KETELUSAN PR DI SELANGOR SETARAF LUBANG KUNYIT PAK NUAR





Ketelusan, Kebebasan Maklumat Pakatan Pembangkang Hanya Temberang – Isa
Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

SHAH ALAM, 9 Nov – Hanya kerana mahu mendapatkan jawapan yang tak pasti, ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Kassim telah digantung dari menghadiri Sidang DUN selama sehari

“Menteri Besar Selangor bukan sahaja tidak menjawab isu yang saya persoalkan iaitu Program MES (Merakyat Ekonomi Selangor) untuk penjawat awam, malah saya pula diarahkan keluar oleh pihak Speaker. Di mana ketelusan, kebebasan maklumat sebagaimana yang mereka war-warkan dulu. Semuanya temberang,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-Online mengulas pengantungannya dari menghadiri Sidang DUN Selangor hari ini.

Sidang DUN Selangor gamat pagi tadi setelah ADUN Batang Kali diarahkan keluar dari Sidang DUN bersempena pembentangan Bajet 2012 Peringkat Negeri Selangor.

“Kita adalah wakil yang dipilih rakyat, oleh yang demikian di sini sahajalah tempat yang sesuai untuk saya membawa suara rakyat, saya mahu mendapat jawapan yang pasti dari Menteri Besar, kerana Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menjawab soalan tambahan saya mengenai program khusus untuk para penjawat awam di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Saya kecewa dengan tindakan Speaker DUN Selangor yang bertindak tidak adil dalam memberi ruang kepada beliau untuk bersuara di Sidang DUN,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Minggu, 30 Oktober 2011

Minggu, 23 Oktober 2011

SELANGOR SEMAKIN LINGKUP DI BAWAH PEMERINTAHAN PR(PEMURTAD RAKYAT)............SEMAKIN BANYAK BENDA BURUK TERJADI......

SEMAKIN MENJADI-JADI DI SELANGOR......APAKAH INI ALLAH NAK TUNJUKKAN APABILA PAKATAN PEMBANGKANG MEMERINTAH. DARI ISU KUIL, ARAK, PUSAT PELACURAN, PENCERAMAH TAK BERTAULIAH HINGGALAH YANG TERBARU AKIDAH UMAT ISLAM DIGADAIKAN. SEMOGA ALLAH KEMBALIKAN SELANGOR KEPADA BARISAN NASIONAL PRU-13 KELAK....





Bogel 2.0 bakal terjadi jika janji tidak ditunai

KUALA LUMPUR – Gerakan Reformasi Malaysia (Reformis) tidak teragak-agak untuk melancarkan Bogel 2.0 sekiranya pihak bertanggungjawab tidak menunaikan janji mereka dalam masa terdekat ini.

Setiausahanya, Norzairi Jantan mendakwa, pihaknya dijanjikan dana RM100,000 setahun, tetapi masih belum mendapatnya walaupun dua tahun sudah berlalu.

Menurutnya, beberapa kali perjumpaan dibuat bersama pihak bertanggungjawab di Selangor bagi membincangkan perkara itu.

“Kita dijanjikan dana untuk membantu golongan reformasi dan meneruskan gerakan ini tetapi sebaliknya kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri setiap kali mengadakan reformasi.

“Kebanyakan kita hanyalah peniaga kecil dan terpedaya dengan janji mereka yang mahu membantu tetapi pengorbanan kita hanya sia-sia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau mendakwa, pihak berkenaan memberi pelbagai alasan setiap kali mereka mahu menuntut janji tersebut, malah sengaja melambatkan prosedur untuk menyalurkan dana.

Norzairi berkata, pihaknya dimaklumkan, dana tersebut sudah disalurkan kepada salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan pertengahan tahun ini.

“Kita kesal dengan tindakan mereka yang seperti memperbodohkan golongan reformis yang banyak berkorban untuk mereka.

“Kita mahukan mereka menunaikan janji dan tidak akan teragak-agak untuk mengadakan reformasi Bogel 2.0 sekiranya janji itu tidak ditunaikan,” katanya.


KPS: SEMAKIN BANYAK TERGADAI APABILA PR(PEMURTAD RAKYAT) MEMERINTAH SELANGOR

Selasa, 13 September 2011

ORANG KEDAH BUKTIKAN DEPA TAK 'KELAPAQ' KAT PAK NUAR DAN MAT SABU.



GAMBAR DI ATAS ADALAH DI AMBIL DARI SEBUAH BLOG MESRA KERAJAAN PEMERINTAH. GAMBAR TERSEBUT ADALAH DARI STADIUM DARUL AMAN, KEDAH. TEMPAT REGIM AZIZAN DOK BERTAPA.


MESEJ YANG DISAMPAIKAN ADALAH JELAS. RAKYAT MEMBENCI PAK NUAR DAN MAT SABU. BENCI DAN TAK KELAPAQ KAT DEPA DUA ORANG TU. TAPI SIAPA YANG BUAT TU. SKRIP SAMA....PR AKAN KATA NI KEJA UMNO. UMNO YANG AKAN DI TUDUH. ITU SAH.



KPS : DUA EKOQ YANG DISEBUT ITU PERGI MAMPUS....KAMI TAK KELAPAQ PAK NUAR DAN MAT SABU

Sabtu, 10 September 2011

TAHAP IQ PAS SETINGGI TUMIT MAT SABU.....NAK BANGKIT APA LAGI ISU MISMAHNYA...DAH BAGI BUKTI DAH......PAS BENGAP BETOI LA

MEMANG BODOH 'LEVEL' TUMIT KAKI MAT SABU DAN CELAH KELANGKANG AMBIGA SAHAJA MAMAT SEKOQ NI. KALAU DAH BODOH TAPI NAK BUAT BODOH BIAQ LA BERPADA SIKIT. INI TIDAK MENYALAK SAJA LEBIH. BUKAN ADA SUMBANG APA PON MAMAT SEKOQ NI


MALAS NAK TULIS BANYAK BANYAK. BUAKAN APA KALAU BAGI TAHU MACAM MANA PON TETAP KATA ITU KONSIRASI. ITU TIPU. INI TIPU. KALAU BAGI BUKTI DIKATAKANNYA PULA ITU BESI. PEKAK. BISU. JADI KPS SEKALI LAGI NAK BAGI BUKTI NI. BUKAN SEKALI. DAN BUKAN KPS SORANG. TAPI PAS TETAP BENGAP JUGAK.




Apa makna dakwat kekal kalau ‘hantu’ ada jari
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Walaupun penggunaan dakwat kekal akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen ia tidak ada makna jika ‘hantu’ masih ada jari.

“Ini kerana nama mereka ada di dalam daftar pemilih, walaupun mereka bukan penduduk tetap,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Katanya, walaupun pendedahan dan bukti dibuat oleh PAS dan Pakatan Rakyat mengenai daftar pemilih namun sikap pekak badak yang ada kepada orang suruhan Umno di SPR masih tidak berubah.

“Mungkin inilah cara kerja jahat mereka untuk merampas Selangor dengan cara tidak demokratik,” ujarnya.

Menurutnya, pendedahan demi pendedahan seperti Mismah yang bertukar status dalam masa 2 jam kepada warganegara, nama Kg Baru telah menjadi pengundi berdaftar, kes nombor kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu, nama sama cuma nombor kad pengenalan 4 digit belakang berbeza, undi pos yang menjadi undi dipangkah oleh pihak lain dan yang terbaru penduduk sementara disahkan boleh mengundi iatu Numi bin Syukri (880306115096) mengundi di Hulu Besut, Parlimen Besut dan Hasmidah Binti Surahbil (820315126446) mengundi di Dun Semenyeh Parlimen Hulu Langat.

“Tidak ada makna kalau menggunakan dakwat kekal jika ‘hantu-hantu’ ini boleh mengundi kerana hantu moden ini ada jari dan kad pengenalan,” katanya lagi.

Oleh itu, katanya reformasi pilihan raya mesti dibuat secara menyeluruh.

“Ertinya tidak guna jika dakwat kekal digunakan sedangkan hantu-hantu ini boleh mengundi walaupun mereka bukan warga negara,” katanya.

Beliau menambah, jawapan daripada SPR untuk membodohkan rakyat apabila pendedahan itu dibuat, maka ia menyalahkan penolong pendaftar.

Ini, katanya seperti ada pasangan tentera didaftarkan sebagai pengundi pos menggunakan kad pengenalan pasangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera seperti yang di dedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Anthony Loke terdapat 21 pengudi pos yang dikesan.

“Kenapa Datuk Wan Ahmad hendak melepaskan diri? Kenapa SPR tidak menolak borang tersebut?” soalnya.

Beliau juga bertanya berapa ribu borang yang diisi oleh penolong pendaftar parti yang ditolak oleh SPR dengan alasan yang berbagai.

Ini, katanya satu lagi bukti memang Datuk Wan Ahmad adalah budak suruhan Umno.


KPS : PAS=PEMBENGAP SEMALAYSIA

MAT SABU NAK SAMAN UTUSAN.....WARIS WIRA BUKIT KEPONG SAMAN MAT SABU PULAK MACAM MANA ?


MAT SABU BAGI MASA 24 JAM UNTUK SAMAN UTUSAN. MUNGKIN AMARAN SEMALAM TEMPOH 24 JAM INI SUDAH TAMAT. KPS INGIN BERTANYA KEPADA MAT SABU, BUKANKAH MAHKAMAH YANG MAT SABU NAK GUNAKAN ITU BAGI SAMAN UTUSAN ADALAH TINGGALAN BRITISH....MAT SABU JILAT KAHAK SENDIRI KA ?

MAT SABU INGAT SAMAN DIA SAJA KA ? SAMAN WARIS YANG DIHINA OLEH MAT SABU MACAM MANA ? SAMAN LA SABU OIIIII......SAMAN......SAMAN........SAMAN SEKALI PARA BLOGER.....SAMAN......SAMAN SABU OIIII.......

MAT SABU KENA INGAT APA FATWA NIK AZIZ SIKIT MASA DULU ? NIK AZIZ KATA SAPA HINA PAK NUAR KENA JILAT KAKI PAK NUAR UNTUK MASUK SYURGA. MAT SABU LA YANG MULA GELARKAN ANWAR AL-JUBURI. MAT SABU KENA JILAT LA KAKI PAK NUAR. TAPI JANGAN LUPA, KAKI WARIS DAN PEJUANG TANAK AIR......MAT SABU INGAT INI SEMUA SEBELUM NAK SAMAN....TAKUT MAKAN DIRI. MUDAH SAJA NAK LEPAS NI SEMUA. MACAM MANA ??????????



MAT SABU KATA "SAYA MINTA MAAF SAYA SILAP" . KALAU BELUM TERLAMBAT LA





KPS : SAMAN LA MAT SABU OOIIIII,,,,,,MARUAH DIBAYAR DARAH

Kamis, 08 September 2011

MANA PERGINYA PENGIKUT TEGAR PAK NUAR YANG SEKOQ NI ? SENYAP JE, ADA APA-APA KA ?


KENAPA AZMIN BERDIAM DIRI SEJAK AKHIR-AKHIR INI ? APAKAH HAL PERSELISIHAN BELIAU DENGAN KOREAN DOLL(WAN AZIZAH) ? ATAU SEBAB LAIN ? JOM LAYAN VIDEO. VIDEO TERSEBUT BUKAN BERKAITAN CERITA BERKAITAN AZMIN ALI BERDIAM DIRI. CUMA SELINGAN SAHAJA





KPS : SAPA-SAPA BOLEH KOMEN ?

Selasa, 23 Agustus 2011

2 BALACI PR AKAN DISAMAN.....SAMAN JANGAN TAK SAMAN




TAK HABIS-HABIS......SAMAN JA TERUS,,,JANGAN DOK TAGAK-TAGAK LAGI.....

KDN timbang tindakan terhadap Ketua Wanita PKR

PUTRAJAYA 22 Ogos – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin bakal berdepan dengan tiga tindakan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran dakwaannya wujud ‘skrip bersumpah’ yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar dengan Program 6P.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehingga kini Zuraidah masih gagal membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaannya itu.

‘‘Justeru, tiga langkah sedang dalam pertimbangan KDN iaitu sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.

‘‘KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekali gus dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zuraidah, katanya, menuduh inisiatif kerajaan menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau singkatannya Program 6P sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara.

Minggu lalu, Zuraida dipetik sebagai berkata, hasil siasatan PKR mendapati kerajaan mensyaratkan PATI supaya membaca ‘skrip bersumpah’ dengan menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian proses pemutihan.

Pada skrip itu katanya, tertulis teks “Saya/suami/isteri/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi UMNO/BN” yang didakwa beliau sebagai diperoleh daripada ahli PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.

Justeru, Zuraida menyelar Program 6P sebagai muslihat jelas kerajaan untuk menyeludup pengundi sekali gus melabelkannya sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negar

Mustafa berdepan saman fitnah RM10j

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 22 Ogos - UMNO akan memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Datuk Mustafa Ali berhubung satu kenyataannya yang menyalahkan parti itu dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, selain Setiausaha Agung Pas itu, turut akan disaman ialah pihak-pihak lain yang dikenal pasti terlibat termasuk mereka yang menerbitkan kenyataan tersebut.

Beliau berkata, buat permulaan satu notis peguam akan dihantar kepada Mustafa dan beliau perlu menjawabnya dalam tempoh tujuh hari bekerja atau saman tersebut akan difailkan selepas hari raya ini melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

''Kita membuat keputusan memfailkan saman selepas Mustafa gagal membuat permohonan maaf dan menarik balik tuduhannya itu secara terbuka selepas tempoh tiga hari diberikan bermula 16 Ogos lalu.

''Kita tidak ada pilihan lain kerana perlu mempertahankan diri daripada tuduhan tidak berasas yang dilemparkan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Hadir sama, peguam Abu Bakar Isa Rahmat daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Mohd. Zain menegaskan, Mustafa dilihat sengaja membuat tuduhan itu untuk memburuk-burukkan UMNO selain mempolitikkan isu tersebut untuk kepentingan politik selepas gagal mengemukakan bukti yang didakwa telah diperolehinya.

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu pada 15 Ogos lalu, Mustafa mendakwa UMNO berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan UMNO memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

Ekoran tuduhan yang dilemparkan, Mohd. Zin dalam satu kenyataan memberi tempoh tiga hari kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada UMNO kerana membuat tuduhan tidak berasas itu atau akan menghadapi tindakan undang-undang.

Sementara itu Mustafa yang dipetik daripada Harakahdaily tidak bercadang meminta maaf kepada UMNO sebaliknya akan bertemu dengan mereka di mahkamah nanti.

"Saya tidak akan minta maaf dan akan serahkan bukti yang saya ada dalam mahkamah nanti," katanya.

KPS: PEMBANGKANG INGAT DEPA SAJA KA BOLEH SAMAN ?

Sabtu, 20 Agustus 2011

BILA ALI SETAN KATA "MELAYU BODOH" DAN "MELAYU TIADA TELUR" APAKAH ALI SETAN YANG MELAYU ITU BODOH DAN TIADA TELUR ?

MASJID PADA KPS ADALAH SEBAGAI TEMPAT UNTUK SELURUH UMAT ISLAM BERSATU DAN BERTEMU UNTUK SECARA BERSAMA BERSUJUD KE ARAH KIBLAT YANG SATU TANPA MENGIRA APA JUA IDEOLOGI POLITIK. MASJID JUGA BERFUNGSI DENGAN PELBAGAI LAGI FUNGSI SEMATA-MATA UNTUK MENYATUKAN UMAT ISLAM.

KPS INGIN MENGAJAK KITA MELIHAT DI LUAR NEGARA, PALING TIDAK NEGARA JIRAN THAILAND DI BAHAGIAN SELATANNYA. MASJID DISERANG KETIKA JEMAAH SEDANG SOLAT. DI ASIA BARAT, MASJID DIBOM KERANA BERBEZA MAZHAB. PERSOALANNYA KINI APAKAH ADA PIHAK INGIN PERKARA SAMA BERLAKU DI MALAYSIA. DI MALAYSIA MASJID SUDAH MENJADI HAK SEBUAH PARTI. MASJID YANG SEPATUTNYA MENJADI TEMPAT BERKUMPUL UMAT TELAH MENJADI BERPUAK-PUAK. KALAU ANDA ADA KELAPANGAN SILA KE POKOK SENA DAN KITA AKAN TERPANDANG SUATU BANGUNAN. MASJID ATAU SURAU KPS TIDAK PASTI NAMUN YANG PASTI AKAN ADA LAKARAN GAMBAR BENDERA SEBUAH PARTI YANG BESAR. DI KULIM, KAWASAN KPS, ACAP KALI KHUTBAH ADA SAJA BERBAU POLITIK. ITU KPS GELARKAN KHUTBAH POLITIK BUKAN LAGI KHUTBAH JUMAAT. SETIAP JUMAAT KEPADA SESIAPA YANG INGIN RISALAH DARI PEMBANGKANG BERUPA BUKU JINGGA ATAU BANYAK LAGI MAKIAN KEPADA KERAJAAN SILA KE MASJID DI SEKITAR KULIM. DIFAHAMKAN KAWASAN LAIN PUN BANYAK. ADA KHATIB YANG KHUTBAH MEMJERIT MENGATAKAN JEMAAH SEBAGAI BODOH. ADA YANG MELALAK ITU HARAM, INI SALAH MACAM DIA SAJA YANG BETUL.

KPS PERNAH SEMBAHYANG DI BANYAK MASJID. ITULAH YANG DISURUH OLEH NENEK SEBELAH AYAH KPS. SEMBAHYANG DI BAYAK MASJID BAIK KERANA MASJID TU BOLEH JADI SAKSI KITA DI AKHIRAT NANTI. KPS PERNAH LIHAT SEORANG ANAK KECIL TERPAKSA SOLAT DI TEMPAT MELETAKKAN KASUT. ANAK KECIL ITU MENOLAK KASUT HINGGA MEWUJUDKAN RUANG UNTUK DIA BERSOLAT. NAMUM BEGITU, ADA JUGA ANAK KECIL YANG SIAP SEDIA MENUNGGU DI DEPAN PINTU MASJID(TIDAK DAPAT DIPASTIKAN SOLAT ATAU TIDAK) UNTUK MENGEDARKAN RISALAH POLITIK PEMBANGKANG.

AJK MASJID YANG SERING MEMBENARKAN MASJID SEBAGAI TEMPAT BERPOLITIK SEBENARNYA TIDAK LANGSUNG MENGENDAHKAN ORANG MUDA YANG HANYA DATANG KE MASJID SINGGAH DI BAWAH POKOK. ANAK-ANAK KECIK MENJADIKAN SAMPAH RISALAH POLITIK SEBAGAI SAMPAH DI SEKELILING MASJID. JABATAN AGAMA ISLAM DAERAH YANG HANYA DIPISAHKAN DENGAN JARAK SATU JALAN RAYA DAN KUBUR HANYA DIAM BAK SYAITAN BISU. ADA SURAU YANG SANGGUP MENGGANTUNG POSTER SEORANG CINA KERANA TUNTUTAN POLITIK. BILA KPS MENEGUR HABIS KETURUNAN KPS DIKAFIRKAN. INI FAKTA BUKAN PEMBOHONGAN. KPS BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA YANG KPS HUJAHKAN.

APAKAH PIHAK-PIHAK INI TIDAK TAHU APA YANG DIAMANAHKAN AKAN DISOAL OLEH ALLAH KELAK ?

PADA HARI INI ADA PULA CERITA DALAM AKHBAR BERKAITAN SEORANG BEKAS PELAKON MEMBERI CERAMAH BERUNSUR MENGHASUT KEPADA KERAJAAN DAN YANG-DI PERTUAN AGONG. DALAM PADA ITU JUGA BELIAU TELAH BERKASAR DENGAN SEORANG TUA YANG MENEGUR BELIAU. APAKAH PELAKON INI INGIN MENJADI TUHAN ? KALAU NAK MENEGUR PUN ADA ADABNYA BUKAN LAKUKAN PERANGAI MACAM SETAN. KALAU POK NIK KATA BOLEH KAWAN DENGAN SETAN(DAP) BERBANDING SAUDARA SEISLAM(UMNO) LELAKI YANG PERNAH DIPANGGIL "SETAN" INI PUN SUDAH SEBARIS DAN MAKAMNYA SETARA DENGAN POK NIK.





PETIKAN UTUSAN MALAYSIA
Azmil didakwa hina Yang di-Pertuan Agong, kafirkan kerajaan

SUBANG JAYA 19 Ogos - Pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustapha didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem yang diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah kepada hampir 300 jemaah Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini malam tadi.

Azmil, 59, yang dijemput menyampaikan tazkirah untuk selama 15 minit sebelum solat tarawih turut didakwa menggunakan kesempatan tersebut untuk menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong.

Namun dalam ceramah yang berlarutan selama lebih satu jam itu, Azmil juga menghina Yang di-Pertuan Agong serta beberapa sultan lain.

Bilal Masjid An-Nur, Mohd. Sani Nasib berkata, penduduk pada awalnya ternanti-nanti pelakon yang terkenal dengan watak Ali Setan itu untuk menyampaikan tazkirah.

Menurutnya, Azmil bagaimanapun memberikan ceramah berbaur politik dari pukul 9.30 hingga 10.30 malam dan tindakan itu telah mengganggu waktu solat tarawih.

"Semasa Azmil mengutuk dan mengkafirkan kerajaan termasuk sistem yang digunakan, terdapat sebahagian besar jemaah meninggalkan masjid dan ketika itu juga seorang penduduk yang dikenali sebagai Keman, 70-an, bangun menyoal tindakan Azmil.

"Azmil kemudian memalukan Keman dengan mengatakan amal ibadat, zakat dan haji yang dilakukannya tidak akan diterima Allah kerana menyoalnya. Sebagai orang tua, Keman yang enggan bergaduh kemudian meninggalkan masjid," katanya.

Mohd. Sani berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Balai Polis Kampung Baru Subang di sini, pukul 11.30 pagi ini.

Tambahnya, dalam ceramah itu, Azmil turut menjerit dengan mengatakan 'Melayu bodoh' dan 'Melayu tiada telur' beberapa kali kerana menyokong kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sebelum ini penceramah bebas yang hadir pernah menyampaikan ceramah berbaur politik namun tidak sekeras Azmil.

"Kali ini kami tidak tahan lagi dengan penceramah bebas yang hanya mahu bercakap soal politik sedangkan masjid adalah tempat menyatukan orang Islam.

"Sebab itu, laporan polis dibuat supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dan ia mungkin boleh memberikan pengajaran kepada penceramah lain," jelasnya.

PETIKAN BERITA HARIAN

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
'Ali Setan' didakwa hasut kariah
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my
2011/08/20
Azmil Mustapha
Azmil Mustapha
Pemuda UMNO Subang buat laporan polis isu ceramah benci kerajaan

SUBANG: Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Subang dan penduduk Kampung Melayu Subang, semalam membuat laporan polis terhadap penceramah bebas, Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ yang didakwa menyampaikan ceramah menghasut penduduk membenci kerajaan di Masjid An Nur, di sini, malam kelmarin.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Baru Subang kira-kira jam 12 tengah hari semalam oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Zulfakar Ali dan salah seorang penduduk yang mendengar ceramah berkenaan, Mohd Shafie Nasip.
Dalam ceramah yang berlangsung hampir satu jam sebelum solat tarawih di hadapan kira-kira 300 jemaah masjid, Azmil dikatakan menuduh kerajaan tidak beragama serta sistem pendidikan yang sedia ada kini mengikut acuan kafir.

Malah, Azmil turut mengeluarkan kata-kata kesat iaitu ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’ berulang kali menyebabkan lebih 30 jemaah bertindak keluar daripada masjid berkenaan tanpa sempat menunaikan solat tarawih.

Mohd Shafie, 48, berkata tujuan Azmil dijemput ke masjid berkenaan untuk memberi tazkirah selepas majlis tahlil diadakan, bagaimanapun beliau mengambil kesempatan itu dengan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap pentadbiran negara.

“Lebih mengejutkan, Azmil menjelaskan kepada jemaah supaya tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya patuh kepada ajaran Allah. Malah, dia juga mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri dengan Paderi Kristian, Paul Pope serta mendakwa Dasar Ekonomi Baru itu sebagai dasar ekonomi bodoh.
“Selepas hampir 20 minit berceramah, salah seorang jemaah yang tidak berpuas hati bangun bertanyakan sama ada Azmil mahu menyampaikan ceramah politik atau agama, namun pertanyaan jemaah itu tidak dipedulikan sebaliknya
terus melemparkan tuduhan sebelum jemaah terbabit bertindak keluar.

“Sebaik melihat jemaah berkenaan meninggalkan masjid itu, Azmil terus melaungkan kepada jemaah lain bahawa segala ibadat menunaikan haji, membayar zakat yang dilakukan jemaah terbabit adalah sia-sia,” katanya selepas membuat laporan polis di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohd Shafie meminta polis menjalankan siasatan terhadap penceramah bebas itu kerana menggunakan tempat ibadat untuk menyampaikan ceramah politik.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, turut meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat perkara itu kerana tindakan seperti itu amat berbahaya dan boleh memecah-belah masyarakat.

Sementara itu, Azmil ketika dihubungi berkata, beliau tidak berniat langsung untuk memberi ceramah politik kerana tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik di negara ini.

“Setiap kenyataan yang saya keluarkan disertakan dengan hadis dan semua yang dibangkitkan itu terkandung dalam al-Quran. Malah, saya dibenarkan JAIS untuk mengadakan ceramah sepanjang Ramadan,” katanya sambil menyifatkan laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan penduduk kampung yang mendakwa beliau menghasut itu tidak berasas sama sekali.

KPS : MASJID UNTUK BERSATU BUKAN UNTUK BERPECAH.