Tampilkan postingan dengan label BANJIR. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label BANJIR. Tampilkan semua postingan
Rabu, 02 Mei 2012
TEROWONG SMART DITUTUP KERANA BANJIR
DARI BLOG PANGLIMA PERANG SIBER....MINTA SEBARKAN UNTUK MENGELAKKAN RAKYAT DARI MENGALAMI KESULITAN........
Sabtu, 14 April 2012
JOHOR DILANDA BANJIR KILAT.....
KENYATAAN DARI FACEBOOK JPAM JOHOR.....
JABATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI JOHOR
14.04.2012 Jam 1500h-1800h Hujan Lebat di Johor Bahru mengakibatkan banjir Kilat di lokasi Kg Melayu Pandan,Kg Permatang Kempas,Kg Laut Skudai dan Denai Kempas.Pokok Tumbang di Lokasi Tmn Mutiara Rini,Skudai Baru dan Tmn Universiti.Gambar di lokasi akan menyusul kemudian.Bantuan Khidmat Masyarakat pada mangsa akan dijalankan pada hari esok 15.04.2012 harap kepada anggota Daerah Johor Bahru melaporkan diri anda di PKOD JB berhubung dengan Pegawai Operasi Daerah JB SM (PA) Hasran Jaafar.
Kamis, 12 April 2012
BANJIR DI KUALA DIPANG, RIBUT DI KUALA NERANG,,,,DATO' SYED SOBRI TURUN PADANG
KAMPAR, RABU, 12 April, 2012:
Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir di Kuala Dipang meningkat kepada 1,145 orang daripada 254 keluarga.
Sebelum ini, kira-kira 500 penduduk dari 124 keluarga yang tinggal di beberapa kampung di sekitar Kuala Dipang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung sejak jam 5 pagi tadi.
Menurut BERITA HARIAN ONLINE, banjir terburuk sejak 30 tahun itu menyebabkan penduduk berkenaan terpaksa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar.
Pegawai Daerah Kampar, Ismail Hassan, berkata banjir kilat mula berlaku jam 5 pagi dengan kawasan terjejas termasuk Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.
Beliau berkata, kejadian berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tebing sungai yang pecah.
Di ALOR SETAR, dilaporkan ribut kuat disertai hujan lebat kira-kira 15 minit di pekan Kuala Nerang dekat sini, petang semalam menyebabkan hampir 20 rumah dan berbelas kedai serta gerai rosak.
BERNAMA melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, berkata rumah yang rosak teruk ialah di Kampung Bendang, Kampung Baru, Kampung Semeliang dan Kampung Seberang serta beberapa taman perumahan di pekan Kuala Nerang.
"Saya bersama Pasukan Bertindak ADUN Kuala Nerang melancarkan operasi memberi khidmat bantuan kepada mangsa ribut dan menebang pokok yang tumbang menimpa rumah dan gerai sehingga tengah malam tadi.
"Khidmat ini disambung hari ini. Bantuan segera RM500 diberi kepada pemilik rumah yang mengalami kerosakan teruk manakala pengusaha gerai antara RM100 dan RM200," katanya ketika ditemui hari ini.
Seorang ibu tunggal, Rokiah Ahmad, 63, dari Kampung Seberang berkata, ribut dan hujan lebat pada kira-kira jam 6 petang itu berlaku hanya beberapa minit.
"Makcik berada di depan rumah masa ribut kuat itu. Kami hanya mampu melihat bumbung rumah diterbangkan dan air hujan memasuki rumah," katanya yang tinggal bersama dua anak termasuk seorang anak kelainan upaya (OKU).
Peniaga pakaian di depan stesen bas baru Kuala Nerang, Azizah Osman, 53, pula berkata beliau kerugian hampir RM8,000 akibat kejadian itu manakala 12 lagi peniaga di tapak perniagaan itu kerugian antara RM400 hingga RM500 seorang selepas barang perniagaan mereka diterbangkan angin dan rosak terkena hujan.
Pengusaha kedai besi, Ching Yu Chai, 53, berkata bumbung kedainya rosak ditimpa pokok petai yang tumbang akibat ribut itu.
Sementara itu, seorang jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dihubungi berkata, bantuan membaikpulih rumah mangsa ribut akan dikeluarkan selepas bancian dan penilaian yang dibuat hari ini selesai.
Kamis, 08 Maret 2012
BANJIR MELANDA KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR
BANJIR DI KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR,,,,ADA SAPA-SAPA KELUARGA DIA TERJEJAS ????
Rabu, 23 November 2011
EDISI TENGKUJUH : LANGKAH KESELAMATAN MENGHADAPI BENCANA BANJIR
SEBAGAI SEORANG BLOGER, KPS MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB SOSIAL INI UNTUK MEMBERIKAN SEDIKIT NASIHAT KEPADA PEMBACA TIDAK KIRA IDEOLOGI SEKALIAN.
SUMBER : FACEBOOK
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS BANJIR
Bencana alam ada kalanya memang tidak dapat diduga. Kadarnya juga tidak disangka-sangka. Fenomena bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa amaran tetapi bencana banjir yang melanda di negeri kita masih boleh dikesan dengan tanda-tanda. Sebagaimana bencana-bencana alam lain yang berlaku di seluruh dunia, harta benda dan nyawa berada dalam keadaan kritikal. Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga detik penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkah-langkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.
SEBELUM
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
6. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
7. Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.
SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
1. Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
2. Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
3. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
4. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
5. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
SEMASA
SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
1. Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
2. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
3. Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
SEMASA BANJIR - DI DALAM KENDERAAN
1. Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
2. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat
SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH
1. Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
2. Bersedia dengan peralatan kecemasan.
3. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
1. Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
2. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
3. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
4. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
5. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
6. Jangan minum air banjir.
SELEPAS
SELEPAS BANJIR
1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
4. Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
1. Pakai kasut.
2. Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
3. Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
4. Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.
SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
1. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
2. Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
3. Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
4. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
5. Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
6. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
7. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
Jumat, 11 November 2011
APAKAH BANJIR SUDAH TIBA ? ALLAH PUNYA PERANCANGAN HEBAT
SELEPAS BEBERAPA HARI LANGIT CERAH....HARI INI MENDUNG SECARA TIBA-TIBA. PADAHAL PAGI TADI CERAH.....APAKAH BANJIR SUDAH TIBA ? KITA HANYA MERAMAL, ALLAH PUNYA PERANCANGAN YANG MAHA HEBAT.....
Langganan:
Postingan (Atom)