Tampilkan postingan dengan label ANAK KECIL. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ANAK KECIL. Tampilkan semua postingan

Jumat, 06 April 2012

MINTA SAPA-SAPA ADA KEMAMPUAN UNTUK BANTU ADIK KECIL INI....MASA SUDAH SUNTUK BAGI DIA


Impian kanak-kanak yang menghidapi kanser tulang, Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy, 8, untuk bertemu angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menjadi kenyataan apabila mereka ditemukan di Planetarium Negara kira-kira jam 11.30pagi tadi.

Kegembiraan jelas terpancar dari raut wajah anak kecil itu sebaik angkasawan berkenaan memeluk dan menciumnya.

Walaupun menghidapi kanser tulang tahap empat, Arif Ferdaus kelihatan seperti kanak-kanak yang sihat, malah pergerakannya aktif.

Ibunya, Zetty Ramli, 28, berkata, sehari sebelum pertemuan, Wan Arif Ferdaus begitu teruja apabila dikhabarkan akan bertemu Sheikh Muszaphar.

“Dia memang tidak pernah tunjuk yang dia sakit, lebih-lebih lagi bila dapat tahu dia akan jumpa idolanya itu, dia benar-benar gembira. Semalaman dia tidak lena tidur sebab tidak sabar tunggu hari ini. Kami telah bertolak dari Ipoh semalam dan menginap di sebuah hotel di Subang Jaya.

“Alhamdulillah, saya terharu dan seronok melihat keadaan dia. Saya turut berterima kasih kepada Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (PIKM) kerana mereka sanggup membantu merealisasikan impian dia untuk bertemu sumber inspirasinya itu,” katanya pada sidang media di Planetarium Negara.

Turut hadir pada pertemuan itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Fadillah Yusof dan Presiden PIKM, Tan Sri Ramon Navaratnam.

Menurut Zetty, sehingga kini, jumlah sumbangan terkumpul bagi kos pembedahan anak sulungnya yang mesra dengan panggilan Abang, mencecah RM15,000.

“Dalam tempoh dua bulan, kami perlu mengumpul kira-kira RM80,000 untuk menampung kos pembedahan dan pemindahan tulang titanium Abang. Jumlah itu termasuk RM40,000 untuk kos transplan dan RM38,000 untuk implan kaki kirinya yang dikenal pasti mengalami kanser.

“Kami tidak sanggup lagi bila lihat dia tidak dapat tidur malam kerana menanggung kesakitan. Insya-ALLAH. Kami harap dengan bantuan semua, Abang dapat jalani pembedahan dan dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Zetty berkata, setakat ini, Wan Arif Ferdaus telah tiga kali menjalani rawatan kemoterapi dan rawatan itu akan diteruskan sebanyak tujuh kali sebelum menjalani pembedahan.

“Sekiranya wang mencukupi, pembedahan Abang akan dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.

Menurutnya, Wan Arif Ferdaus disahkan mengalami kanser tulang selepas menjalankan Gema Pengimejan Magnetik (MRI) dan x-ray di Hospital Pantai dan keputusan itu dirujuk ke PPUM.

“Pada awalnya, ujian biopsi mengesahkan Abang menghidap kanser tulang tahap dua, malangnya, pada 26 Mac lalu, kansernya sudah merebak dan difahamkan sudah berada di tahap empat dan pembedahan perlu dilakukan, segera sekurang-kurang dalam tempoh dua bulan ini,” katanya.


Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun Maybank atas nama Wan Ahmad Affendy Wan Mohd Yaakob (bapa) 158015114461 atau hubungi 017-5208839 (Zetty) atau 012-5093505 (Wan Ahmad Affendy).



KPS: ABANG KPS TAK MAMPU DIK,,,,CUMA IKLAKAN PENDERITAAN ADIK SAJALAH YANG ABANG KPS MAMPU HULURKAN,,,,

Jumat, 30 Maret 2012

ADIK COMEL INI SEDANG BERTARUNG NYAWA,,,MUNGKIN ANDA MAMPU MEMBANTU


ANAK KECIL INI MUNGKIN PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SUATU MASA NANTI....MOHON SUMBANGAN SELAMATKAN NYAWA ANAK KECIL INI....


Gpms Bayan Baru Penang Segala sumbangan kepada Bayi berusia 4bulan blh disalurkan kepada Akaun Bantuan GPMS - SMJ Strategies & Consultant ,
CIMB 07100000384107

Segala sumbangan dan jasa anda amat bernilai bagi membantu nyawa bayi ini.


ATAU HUBUNGI NOMBOR INI....0135017794

Selasa, 13 Maret 2012

PEMBUNUH ADIK NURUL NADIRAH DI BERKAS????? AYUH POLIS,,,TERUS SIASAT






Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk "mencekup" seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini.

Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan
suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.


DAN MAKLUMAT TERBARU DIPEROLEH DARI BLOGER AAKJ.....DI BAWAH,,,,,



Polis menahan empat suspek termasuk bapa kepada Nurul Nadirah bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak itu.

Malah, kehilangan kanak-kanak itu turut mendapat perhatian pihak swasta apabila RHB Bank Berhad cawangan Johor Selatan baru-baru ini turut mengedar 1,000 keping poster mengenai kehilangannya.

Penderitaan dialami keluarga Nurul Nadirah juga mendapat perhatian isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat keluarga Dirang di rumah mereka di sini semalam.
Tambah Roslan, berikutan pengesahan tersebut, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kesemua empat individu termasuk bapa kandung kanak-kanak terbabit yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan reman bagi membantu siasatan," katanya sambil memberitahu motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.

Tiga 'ekor' daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi

SEMOGA ARWAH BERBAHGIA DI SANA...POLIS...CARI SAMPAI DAPAT PELAKU INI


SEMOGA ARWAH BERGEMBIRA DI SYURGA SANA,,,,KEPADA KELUARGA ARWAH,,,,TAKZIAH,,,KEPADA IBU BAPA YANG LAIN, SILA PASTIKAN KESELAMATAN PERMATA HATI ANDA.....


KPS: PESANAN IKHLAS DARI KPS....

Minggu, 11 Maret 2012

LAGI BUDAK HILANG,,,KEPADA IBU BAPA, SILA PASTIKAN SI KECIL HARAPAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA ANDA SELAMAT

WAN Nor Asma Yusof, bersama anaknya Wan Khadijah Mohd. Khadhir, 4, menunjukkan gambar Wan Hazim, 7, yang hilang dari rumahnya di PJS 10/1, Subang Indah, Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 10 Mac – Sebelum ini, membaca kisah kanak-kanak hilang disiarkan di akhbar atau televisyen membuatkan Wan Nor Asma Yusof simpati memikirkan nasib yang menimpa ibu bapa berkenaan yang kehilangan insan tersayang.

Namun, peniaga barangan aksesori wanita itu tidak menyangka dia juga diuji dengan dugaan yang sama apabila anak keduanya, Wan Hazim Mohd. Khadhir, 7, kini hilang dari rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah di sini sejak semalam.

KPS: AWASI KESELAMATAN ANAK ANDA,,,,KES KEHILANGAN ANAK SEMAKIN BERJANGKIT SEKARANG

Rabu, 07 Maret 2012

INSYA'ALLAH.....TERUS BERDOA, PASTI ADIK INI AKAN KEMBALI KEPADA KELUARGA


WALAUPUN SUDAH RAMAI PARA BLOGER DAN FACEBOOKER MENGELUARKAN BERITA INI, KPS TETAP RASA TERPANGGIL UNTUK MENYIARKAN LAGI DAN LAGI BERITA BERKAITAN KEHILANGAN SEORANG ANAK KECIL INI. SEMOGA ALLAH MEMELIHARA DAN MELINDUNGI SEORANG ANAK KECIL YANG TIDAK BERDOSA INI. KEPADA KELUARGA MANGSA TERUSKAN BERDOA, INSYA'ALLAH....KESUDAHAN YANG BAIK BAGI ANDA SEKELUARGA

Kamis, 23 Februari 2012

ADIK FARIS NUR DANIEL KEMBALI KE RAHMATULLAH

SEBELUM INI KPS PERNAH COPY RAYUAN SEORANG ANAK KECIL YANG MEMERLUKAN BANTUAN....KINI ANAK KECIL ITU SUDAH MENINGGAL DUNIA....TAKZIAH KEPADA KELUARGA ANAK KECIL INI...AL-FATEHAH....






UCAPAN TAKZIAH DARI BLOGER YANG MENDEDAHKAN...DI BAWAH,,,

Ternyata Allah lebih sayangkan adik Faris Nur Daniel, pagi ini setelah 23 hari menderita akibat barah darah, akhirnya adik Faris Nur Daniel menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.18pagi tadi.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham.

Sementara itu, keluarga Allahyarham merakamkan ucapan jutaan terima kasih pada setiap pembaca yang menghulurkan bantuan.

Faris Nur Daniel Dalam Kenangan;

Kamis, 03 November 2011

RINGANKAN PENDERITAAN ANAK KECIL INI........HULURKAN SEMAMPU YANG BOLEH

ANAK KECIL INI DAN KELUARGANYA MEMERLUKAN BANTUAN




PLAGIAT DARI BLOG KERIS PUTERA....
Saya merayu bagi pihak rakan Blogger dan juga individu yang bermurah hati seluruh Malaysia agar dapat mewar-warkan penderitaan baby ini dan mudahan akan dapat disalurkan sumbangan bagi meringankan beban penderitaan keluarga ini.

Demi kesinambungan kehidupan baby ini.. saya merayu kepada badan badan koporat serta orang perseorangan yang ingin menghulurkan bantuan untuk membiayai kos perubatan baby ini. Langkah ini saya ambil ialah untuk memohon keperihatinan semua pihak untuk tujuan tersebut. Moga Allah memurahkan rezeki para penderma yang budiman.

BANTULAH ADIK IMAN SYAFIQ


As’salam…..Hari ini sue nak buat special entry bagi memohon bantuan belas ihsan semua Blogger2 dan semua yang membaca entry ini….

Ini adalah Baby Iman Syafiq yang baru sahaja berusia sebulan, dia adalah anak ke5 kepada kawan baik saya Norhayama Ramli. Beliau bekerja sebangai pembantu makmal civil engineering di Universiti Teknologi Petronas (UTP) manakala suaminya bekerja sebagai pemandu lori. Iman telah dilahir dengan sebahagian Usus dan Hatinya terkeluar dari perut. Setelah sebulan berada di HKL, baru beberapa hari pulang ke kampung Lambor Kanan, Perak. Keadaan Iman masih begini sehingga kini dengan usus dan hatinya masih terkeluar,hanya pada Disember ini nanti barulah doktor dapat buat keputusan tentang rawatan yang perlu dilakukan kerana keadaan Iman belum lagi mengizinkan untuk membuat sebarang pemedahan kerana kedudukan hati yang dekat dengan jantung dan selaput hati yang terlalu nipis dan mudah pecah. Ini mungkin akan memberikan risiko yang tinggi kepada Iman. Kos perubatannya juga amat tinggi. Cubalah anda bayangkan bagaimanalah keadaan sikecil yang tak mengerti ape2 dan hanya tangisan dapat menzahirkan kesakitan yang dialaminya.

Hati saya tergerak membuat entry ini kerana tahu insyallah ada ramai diluar sana yang perihatin dan bermurah hati untuk membantu sikecil ini.

Oklah sue ceritakan sedikit sebanyak tentang kawan sue ini . Dia adalah kawan baik Sue dari sekolah tadika sehinggalah ke sekolah menengah, kami selalu duduk sekelas dan duduk berdekatan. Kami cuma berpisah bila dia memasuki politeknik dan sue melanjutkan pelajaran di UITM, tapi kami masih menghubungi satu sama lain, bertemu bila ada kelapangan. Saya biasa memanggilnya dengan gelaran Kak Yong, disebabkan dia merupakan anak sulung dalam keluarganya. Alhamdullillah bersyukur dapat seorang kawan yang baik sepertinya, kerana dizaman persekolah kami saling bantu membantu dalam pelajaran sehingga berjaya memasuki Sek.Men. Teknik bersama-sama dan melanjutkan pelajaran ke universiti.

Semenjak mengetahui keadaan Baby Iman, sue selalu menghubungi Kak Yong. Sue telah hubunginya hari ini untuk mengetahui keadaan iman dan amat terkejut kerana mendapat tahu bahawa ayah Iman telah dimasukkan ke hospital kerana mungkin mengalami masalah otak. Semenjak pulang dari HKL menemani iman tempohari, dia mengadu pandangannya kabur dan sakit2 kepala. Sekarang Iman hanya ditemani ibu, adik beradiknya dan neneknya sahaja dirumah…..manakala Ayah Iman berada dihospital Teluk Intan. Pada awal tahun depan 2 drp 5 org anaknya akan memasuki Pra Sekolah. Makin bertambahlah kos saraan yang akan ditanggung keluarga Kak Yong dengan keadaan Baby Iman dan suaminya sekarang.

Itulah ujian dari Allah untuk Norhayama sekeluarga, semoga dia tabah menghadapinya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun sue belum mempunyai anak, sue faham macam mana perasaan seorang ibu bila melihat keadaan anaknya sebegitu rupa dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak2 yang lain. Bak kata org, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…..

Jika ada sesiapa yang sudi memberikan sumbangan boleh menghubungi Sue atau terus kepada Norhayama Ramli, sue sertakan detail nya :

Nama : Norhayama Ramli
Akaun No. : 08086020105526 ( Bank Islam )
No Tel : 013-5208980
kampung Tua, Batu 16,
32900 Lambor Kanan, Bota , Perak

atau

Suhaila Jamunai
114487080214 ( Maybank)
012-2773546
lamborian_cute82@yahoo.com


Kredit to rmf7.wordpress