Sabtu, 08 September 2012

ULASAN USTAZ FATHUL BARI MENGENAI UCAPAN TUN M

DI ATAS HURAIAN DARI USTAZ FATHUL BARI....DI BAWAH ULASAN DARI KPS.....KPS POST KAT UTUSAN TAK KELUAQ-KELUAQ PUN...JADI KPS LETAK DI BLOG.....
Sebagai seorang pemerhati politik di alam maya, saya merasakan terpanggil untuk memberi ulasan terhadap isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang iaitu berkaitan ucapan negarawan ulung negara Tun Dr. Mahadhir Bin Mohamad. Perkataan “syaitan yang dikenali” dan “malaikat yang belum dikenali”. Para pejuang maya pembangkang riuh memainkan isu ini kononnya Tun M sudah mengeluarkan kata-kata yang menyesatkan. Apakah benar seperti yang didakwa oleh pejuang maya pembangkang ini ? Rasulullah sendiri banyak membuat teguran menggunakan kiasan untuk menjelaskan sesuatu. Dalam perkara ini saya tidak berniat menyamakan Tun M dengan Rasulullah sebaliknya saya mengetengahkan kaedah atau cara yang digunakan oleh Tun M dalam menghentam pembangkang secara halus dan tajam hingga ke rusuk yang paling hitam. Oleh kerana para pejuang maya pembangkang terlalu singkat akal dan pembacaan yang bertaraf amatur, maka sindiran pedas oleh pemimpin berkelas dunia gagal ditangkap penyampaiannya oleh pembangkang lalu mempolitik isu dengan cara yang bebal. Saya tanpa ragu mengaggap mereka ini sebagai 'mandul isu'. Tun M sebenarnya memberi kiasan dari sudut pandang parti pas kepada umno. Parti pas yang menganggap parti umno sebagai tidak islamik dan hanya parti pas yang maksum serta putih dari segala dosa dan noda. Maka umno selalu dilabel sebagai sesat dan merekalah yang diutuskan untuk memerangi umno padahal dalam masa yang sama pas melukut kepada rakan pakatan sendiri. Untuk perkara tersebut kiasan Tun M dari sudut pandang pas bahawa umno sebagai “ SYAITAN yang dikenali” dan pas bolehlah dikatakan sebagai malaikat(kononnya). Penting dicatat bahawa tok guru Nik Abdul Aziz juga pernah mengungkapkan kata-kata yang lunak dengan mendakwa bukan hanya dap, malah syaitan(sebenar) pun sanggup pas bekerjasama semata-mata untuk memerangi umno yang dulunya rakan sekutu dan kini masih lagi terikat dalam persaudaraan bangsa dan agama yang satu. Untuk menjawab isu ini “syaitan yang dikenali” merujuk kepada umno digambarkan oleh Tun M dilihat sebagai jahat dan hina tetapi sejahat-jahat umno masih mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara dalam skala atau darjah cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru itu, masyarakat tidak terkejut kerana dalam satu persidangan yang dianjurkan Malaysia menyaksikan imam masjid Al-Aqsa menyatakan bahawa negara Malaysia berada di barisan hadapan dalam membela masyarakat di negara Palestin. Maka perkataan 'syaitan' bolehlah ditujukan kepada umno oleh parti pas dari sudut pandang mereka dan lebih afdal dengan suntikkan perkataan 'dikenali' kerana telah diakui oleh dunia akan usaha umno dalam menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Oleh yang demikian tidak salah Tun M membuat kiasan “syaitan yang dikenali” yang ditujukan kepada umno. Mengenai “malaikat yang belum dikenal” pula merujuk kepada parti pas. Oleh kerana parti pas sememangnya menyangka mereka adalah sebaik-baik dan semolek-molek parti menurut acuan islam ditambah pula dengan perkataan islam yang turut tercatat pada nama parti tersebut, maka Tun M secara halus merejam parti pas dengan label “ malaikat yang belum dikenal”. Mengapa ada perkataan “belum dikenal” ? Ini adalah untuk merujuk kepada Pas yang belum lagi menunjukkan keberhasilan yang boleh dibanggakan dalam pentadbiaran mereka contohnya di Kedah dan Kelantan. “Belum dikenal” adalah metafora untuk menggambarkan kebobrokkan yang telah berlaku dalam kerajaan yang ditadbir mereka tanpa menjelmakan kejayaan sama ada yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan. Maka amat cocoklah “malaikat yang belum dikenal” kepada parti pas seperti hunusan buah fikir Tun M. mengenai ayat “malaikat juga membuat kesilapan ia juga merujuk kepada parti pas seperti yang dihujahkan sedari awal. Di pengakhiran ini, saya minta supaya pejuang maya pembangkang agar lebih melihat sesuatu dengan inklusif dan bukan hanya eklusif dan secara luar kotak tidak hanya bersifat fungsional dalam membuat hujah. Semoga penulisan ini sedikit sebanyak dapat menghuraikan segala keributan dan kecelaruan yang hadir dalam perdebatan tanpa sempadan di alam maya IRWAN HADZLY KULIM KEDAH

Tidak ada komentar:

Posting Komentar