Jumat, 14 September 2012
BILA ISLAM DICERCA DAN BILA KITA PULA MENGHINA
KITA TERKINJA-KINJA SEPERTI BERUK MAKYEH BILA ADA MUSUH ISLAM MENGHINA ISLAM HINGGA KADANG KALA LUPA DARATAN. BUKAN KPS KATA KITA TIDAK BOLEH MENUNJUKKAN EMOSI SEKIRANYA MUSUH ISLAM MEMPERSENDA AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI TAPI BERTEMPATLAH. DALAM ISU FILEM YANG MENGHINA ISLAM, KENAPA DUTA AMERIKA KE LIBYA DIBUNUH BESERTA BEBERAPA LAGI ? KENAPA MEREKA DIBUNUH ? APA DOSA MEREKA? APAKAH INI YANG DIAJAR OLEH ISLAM? JANGAN KITA JADI MENUAAFIK. ANTARA CIRI-CIRI MUNAFIK IALAH BILA BERGADUH IA MELAMPAUI BATAS. MEMANG BENAR FILEM TERSEBUT DARI NEGARA AMERIKA TAPI SI DUTA BERKENAAN TIDAK TERLIBAT. KPS SECARA PERIBADI BERSETUJU DENGAN PENGERUSI NEGARA OIC BAHAWA PEMBUNUHAN TERSEBUT ADALAH TIDAK WAJAR. APAKAH PENDAPAT ATAU PANDANGAN UMUM TERHADAP ISLAM SELEPAS PEMBUNUHAN INI ? APAKAH ISLAM MEMBENARKAN MEMBUNUH MEREKA YANG TIDAK BERDOSA? APAKAH JIKA SEORANG WARGANEGARA AMERIKA MEMBUAT FILEM MENGHINA ISLAM MAKA KITA AKAN MENGHUKUM KESELURUHAN RAKYAT AMERIKA? SEDARKAH KITA WAHAI ORANG ISLAM BAHAWA SAUDARA KITA YANG KEBULURAN DI SOMALIA MUNGKIN SEKARANG INI SEDANG DIRIBA DAN DIPANGKU OLEH SEORANG AKTIVIS ISRAEL YANG MENYAMAR SEBAGAI SEORANG ARAB. YANG BAYI ITU SEDANG MENGHADAPI SAAT KEMATIAN TETAPI SI AKTIVIS INI SEDANG MERIBANYA DAN MENEMANI SEHINGGA SAAT AJAL MENJEMPUT BAYI ISLAM TERSEBUT. KPS BUKAN NAK MENYOKONG AKTIVIS ISRAEL TERSEBUT SEBALIKNYA MAHU UMAT ISLAM SECARA KESELURUHAN BERFIKIR DENGAN AKAL KURNIAAN ALLAH DAN BUKAN BERLANDAS EMOSI SEMATA. ISLAM TIDAK MENGAJAR KITA MEMBUNUH ORANG DI RUMAH IBADAT. ISLAM TIDAK MENGAJAR KITA MEMBUNUH ANAK KECIL, WANITA DAN WARGA EMAS. ISLAM TIDAK MENGAJAR KITA MENJADI PENGGANAS. TETAPI SEBALIKNYA KITA YANG MENJADIKAN ISLAM YANG SUCI DILIHAT SEBAGAI GANAS. PERSOALANNYA KINI....APAKAH YANG KITA AKAN LAKUKAN SEKIRANYA NABI KITA DIHINA OLEH ORANG ISLAM SENDIRI?....DIPERGUNA OLEH ORANG ISLAM SENDIRI? KPS KETIKA BEKERJA SEMALAM DIDATANGAI SEORANG RAKAN SEKERJA YANG MENGENALI KPS SEBAGAI SEORANG BLOGER. DIA BERADA DI SEKITAR PADANG SERAI DAN MEMAKLUMKAN BERKAITAN ISU KHUTBAH BERKENAAN. DAN BEBERAPA BLOG SEBELUM ITU TURUT MEMBANGKITKAN ISU INI TAMBAHAN PULA BLOG ABUAQIF JUGA MEMUAT NAIK. APAKAH ANDA TIDAK MAHU MENYERANG RUMAH KHATIB TERSEBUT ? APAKAH ANDA BERPELUK TUBUH KERANA KHATIB TERSEBUT DARI PARTI BULAN BINTANG ANDA ?????/ HANG PA PIKIAQ AMBIK......
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
ini yang kita sering terlepas . 'sentiasa bertindak mengikut emosi' .
BalasHapus