Jumat, 18 Mei 2012

YAKINLAH....KITA ADALAH 1MALAYSIA

GAMBAR DI ATAS BUKANLAH SATU PROVOKASI KPS KEPADA MASYARAKAT CINA. MESEJ YANG INGIN KPS SAMPAIKAN DI SINI IALAH BUKAN SEMUA ADALAH SEPERTI GAMBAR DI ATAS. KPS AMBIL CONTOH, DALAM ISU 13 MEI, KPS PERNAH BERSEMBANG DENGAN SEORANG CINA SECARA TERUS TERANG MENGENAI 13 MEI. KPS MAKLUMKAN KEPADA DIA BAHAWA 13 MEI BUKANLAH RUSUHAN KAUM, TAPI LEBIH KEPADA RUSUHAN POLITIK. ANTARA PARTI TERLIBAT IALAH DAP, PAS, GERAKAN(KINI KOMPONEN BARISAN NASIONAL). 3 ITU PADA CAKNAAN KPS, MUNGKIN ADA LAGI TAPI KPS TERLEPAS PANDANG. SELAYAKNYA ANDA CUBA SELAK BUKU SEJARAH, PASTI ANDA AKAN TERJUMPA SUATU KEJADIAN DI PULAU PINANG. DAN SEBELUM SATU PERARAKKAN DI IBU NEGARA YANG MENCETUSKAN 13 MEI. DAN YANG PASTI....MELAYU JUGA ADA PENGLIBATANNYA....DAN PARTI YANG KPS SEBUTKAN DI AWAL TADI. MAKA, ADALAH KPS JELASKAN DI SINI BUKAN SEMUA CINA, BUKAN SEMUA MELAYU DAN BUKAN SEMUA KAUM LAIN YANG MENCETUSKAN 13 MEI. YANG MENCETUSKAN 13 MEI ADALAH SEKELOMPOK MEREKA YANG BERKEPENTINGAN POLITIK SEMPIT UNTUK MENGHANCURKAN KEMAJMUKKAN NEGARA MALAYSIA BUMI BERTUAH. DALAM SEJARAH 13 MEI, TERPANCAR BEBERAPA CERITA YANG PERLU KITA INSAFI SERTA TELADANI OLEH GENERASI SEKARANG. MENURUT TAN SRI AISHAH GHANI(VETEREN UMNO), TERDAPAT CERITA BAHAWA DIA MENYEMBUNYIKAN BEBERAPA ORANG BUKAN MELAYU DI RUMAHNYA UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA MEREKA. BELIAU JUGA MENCERITAKAN BAHAWA ADA PENIAGA CINA YANG MENYEMBUNYIKAN BEBERAPA ORANG MELAYU DI KEDAI PENIAGA CINA TERSEBUT DAN MENYELAMATKAN BEBERAPA ORANG MELAYU TERSEBUT DARIPADA MENJADI MANGSA KEGANASAN POLITIK MURAHAN SEKELOMPOK PIHAK. MAKA, KPS INGIN BERWASIAT KEPADA SESIAPA YANG MEMBACA ATAU TERKLIK MASUK KEPADA PENULISAN INI. BUKAN SEMUA DARI BANGSA TERTENTU BERMUSUHAN, TETAPI MAJORITI DARIPADA KITA ADALAH CINTAKAN KEAMANAN. MAKA, JANGAN KERANA KELOMPOK MINORITI , MAKA SUARA TERBANYAK YANG MEWAKILI SEMUA KAUM TERLEPAS PANDANG. MALAYSIA BUMI BERTUAH, TERUS MARA DULU, KINI DAN SELAMANYA.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar