Senin, 14 Mei 2012

RM 25 RINGGIT UNTUK SEMAK KEMASUKKAN KE INSANIAH....MENATANG APA NI AZIZAN???

Kuin didakwa kenakan bayaran semakan kemasukan ALOR SETAR 13 Mei - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri Kedah dikatakan mengenakan bayaran sebanyak RM25 kepada pelajar atau waris yang ingin menyemak status permohonan kemasukan ke kolej itu bagi semester Jun 2012. Notis mengenai caj bayaran itu dikatakan dikeluarkan oleh Dekan Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik Kuin, Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Idris. Salinan notis itu yang diedarkan kepada media hari ini, ia secara tidak langsung mendedahkan kepincangan masalah kewangan Kuin, yang bayaran seperti itu dipercayai tidak dikenakan oleh institusi pengajian tinggi yang lain. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini menyalahkan Kementerian Pengajian Tinggi sebagai punca Kuin terpaksa menaikkan yuran pengajian. "Pendedahan terbaru ini menjelaskan masalah kewangan Kuin yang diwar-warkan oleh Azizan sebagai kejayaan kerajaan negeri pimpinan Pas mendirikan universiti sendiri tetapi pada masa sama ia menyerlahkan kepincangan pentadbiran mereka. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah dan Kuin khususnya kerana bijak menguruskan kewangan dengan baik sehingga mengenakan bayaran RM25 untuk menyemak kemasukan yang biasanya ditawarkan percuma oleh IPTA dan IPTS lain," kata Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid. - BERNAMA

3 komentar:

  1. dia start nak buat 'tol' kat pelajar pulak dah..

    BalasHapus
  2. bakal mahasiswa Kuin14 Mei 2012 pukul 10.42

    mna lah berita korg dpt ni..aku check free ja pn.memandai lah...sauk berita merata pastu pos kat blog. kang aku letak aku dpt kuliyyah apa korg cri aku lak.huhuhuh

    BalasHapus
  3. SAMAN SAYA KALAU SAYA TIPU....HANTAR SAPINA...SAYA SEDIA JAWAB DIMAHKAMAH

    BalasHapus