Rabu, 02 Mei 2012

RAKYAT KEPUNG PEJABAT MB, AZIZAN SEMBUNYI BALIK PINTU

DENGAQ HABAQ PEJABAT MB BALAK AZIZAN KENA SERBU DENGAN RAKYAT. RAKYAT KENA LAYAN MACAM PENDATANG. RAKYAT MAI NAK JUMPA AZIZAN , AZIZAN LARI SEMBUNYI BELAKANG PINTU. BUKANYA AZIZAN TAK TAU, DEPA DAH HABAQ DAH, DEPA NAK MAI KEPUNG PEJABAT AZIZAN DULU KALAU AZIZAN TAK SELESAI MASALAH DEPA....AWAT AZIZAN PENAKUT TARA TU,,,,,BUAT MALU ORANG KEDAH SAJA.....LANGSUNG DARI BLOG KEDAHAN69
Alor Setar – Jeritan "MB penakut" berkumandang di depan pagar pintu masuk Wisma Darulaman apabila lebih 160 orang penduduk kampung dari Kulim berhimpun bagi membantah tindakan Kerajaan PAS Kedah meluluskan projek Memorial Park "jirat Cina" di atas tanah rizab Melayu. Jeritan tersebut dibuat setelah pegawai wakil MB mengarahkan pengawal pintu masuk Wisma berkenaan ditutup segera. Menggesa Menteri Besar Kedah untuk turun bertemu dengan mereka, sebilangan dari mereka mengepung Wisma tersebut bagi memastikan Azizan tidak 'terlepas' keluar dari kawasan kompleks kerajaan itu. Keadaan menjadi lebih panas apabila beberapa penduduk kampung yang mulanya berhimpun ditepi jalan bertindak untuk duduk di atas jalanraya di depan pintu besar Wisma tersebut sambil membantah dan menjerit-jerit nama Azizan memintanya turun menerima bantahan. Wakil penduduk kampung itu mempersoalkan kewajaran MB Kedah meluluskan projek "jirat Cina" berkenaan sedangkan 16,000 penduduk di kawasan mukim Karangan itu adalah majoriti Melayu dan hanya dihuni oleh kira-kira 2,000 bukan Melayu. Seorang ibu yang berang turut mengungkit soal 'janji dan undi' yang diberikan kepada PAS pada PRU13 dan ia bertukar menjadi igauan ngeri apabila tanah rizab Melayu dikawasannya tergadai oleh tandatangan MB Kedah itu di atas sekeping kertas yang meluluskan projek berkenaan. Seorang wanita turut marah-marah mengingatkan tentang para pemimpin PAS yang sering turun pada pada PRU yang lalu untuk berkempen merayu undi, namun kini "menutup pintu pagar" untuk mengelak dari mendengar rintihan rakyat. "Dulu dok rajin pi tempat kami..dok rayu undi..kempen sana sini dengan janji tapi sekarang kami mai 'rumah' depa, depa tutup pintu pulak dah. Lagu ni ka Islam depa?," katanya di depan pagar bangunan Wisma tersebut. Para penduduk kampung yang datang dengan 4 buah bas tersebut turut dipaksa menunggu selama hampir sejam sebelum wakil MB Kedah menemui mereka. Menurut salah seorang dari penduduk kampung berkenaan, Azizan sebelum ini telah bersetuju untuk bertemu mereka bagi membincangkan isu jirat Cina di atas tanah rizab Melayu itu hari ini. Namun mereka kecewa apabila dilayan seperti peminta sedekah yang merempat di depan pagar Pejabat MB itu di sini dan tiada kelibat Azizan atau wakilnya yang tampil untuk melayan mereka. Meskipun merayu bagi dibenarkan seramai 6 wakil penduduk kampung itu untuk bertemu dengan Azizan, hanya 3 orang saja yang diperkenankan. Setelah puas merayu berkali-kali, hanya 5 orang sahaja yang dibenarkan untuk masuk 'mengadap' MB di pejabatnya. Bagaimanapun, dari 5 orang yang masuk ‘mengadap’ Azizan Razak, hanya Pengerusi Jawatankuasa tersebut, Ustaz Wahi Saidin, dan 2 orang ahli jawatankuasanya, Roslan Osman dan Nazirah Ali sahaja yang dibenarkan berjumpa MB Kedah itu. Para penduduk kampung itu membantah kelulusan projek memorial park itu dan menggesa agar projek yang telah ditandatangani Azizan itu dibatalkan serta merta atau dipindahkan ke tempat lain.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar