Rabu, 30 November 2011

KERANA PAK NUAR.....AZMIN SANGGUP GADAIKAN ISTERI DAN BUANG KELUARGA .......KERANA PAK NUAR ????





Peringatan Ummi Hafilda kepada Azmin

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa meruntuhkan dahulu 'tembok penjara' yang ada di dalam dirinya dahulu sebelum mencampuri urusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adik Timbalan Presiden PKR itu, Ummi Hafilda Ali berkata, Azmin perlu terlebih dahulu membuang perasaan taksub dan membuang segala 'sihir' yang telah Anwar lakukan terhadap dirinya.

"Saya minta Azmin segera membuang segala sihir yang telah Anwar lakukan kepadanya sehinggakan dia begitu taksub dan mengagung-agungkan Anwar.

"Tidak timbul isu penjara zalim dan sebagainya, apa yang dilakukan Anwar itu memang salah, dan dia patut dipenjarakan sejak awal lagi. Mana ada seorang pemimpin yang mempunyai rekod buruk seperti Anwar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Azmin yang mahu meruntuhkan kezaliman penjara sekiranya Ketua Pembangkang itu dipenjarakan ketika menyampaikan ucapan dasar pada majlis perasmian Kongres Nasional PKR Kelapan di Johor Jumaat lalu.

Sebagai seorang pemimpin paling kanan dalam PKR, Ummi Hafilda berkata, Azmin seharusnya mencerminkan sikap peribadi yang mulia bukan mengeluarkan kenyataan yang tidak logik semata-mata kerana terlalu taksub dengan Anwar.

"Bukan sahaja terlalu taksub dengan Anwar, malah disebabkan beliau, Azmin sanggup membuang ibu dan keluarga.

"Hanya kerana kami sekeluarga menyokong UMNO, Azmin membuang kami sebagai keluarga. Malah Azmin pernah kata makanan di rumah kami adalah najis," katanya.

Ummi Hafilda dalam nada sebak berkata, sebagai seorang yang beragama Islam Azmin wajib menghormati ibu yang telah bersusah payah mengandungkannya selama sembilan bulan.

"Tetapi disebabkan ketaksubannya terhadap Anwar dan parti PKR, Azmin langsung tidak datang melawat ibunya sejak Hari Raya Aidiladha lalu sehingga kini.

"Bahkan, Azmin tidak datang majlis perkahwinan anak saudara kami walaupun telah dijemput berkali-kali," katanya.

Sambil meminta Azmin supaya segera melakukan taubat nasuha, dalam nada tegas Ummi Hafilda berkata, disebabkan Anwar keluarganya berpecah-belah dan kucar kacir.


KPS SARANKAN AZMIN ALI JANGAN JADI DAYUS.....AYUH.....CONTOHI JUSTIN BEIBER.....BUAT UJIAN DNA....


BAYANGKAN ANDAI KATA KPS ADA JODOH DENGAN AFIFA....BAYANGKAN SAJA.....


SIAPA AKAN JADI WALI ????

PAK NUAR ATAU PAK MIN(AZMIN ALI) ?????

Tidak ada komentar:

Posting Komentar