Selasa, 22 November 2011

BILA IDEA KHALID GEREJA NAK DIADAPTASI DI SUNGAI PETANI....

SI KHALID GEREJA YANG TELAH MEMPORAK PERANDAKAN SHAH ALAM...



SEBAHAGIAN dari penduduk dari empat taman perumahan membuat bantahan bagi pembinaan kuil hindu di Bandar Puteri Jaya Sungai, Petani, baru-baru ini.



SUNGAI PETANI 21 Nov. - Penduduk Taman Bandar Puteri Jaya (BPJ) di sini meminta agar pihak berkuasa campur tangan untuk menghalang pembinaan sebuah kuil di kawasan bukit berhampiran taman itu kerana ia didapati tidak sesuai bagi masyarakat setempat.

Mereka menegaskan, ini kerana lebih 70 peratus penduduk di taman itu dan Bandar Utama, Sri Astana dan Bandar Perdana di sini adalah beragama Islam.

Pengerusi Badan Bertindak Membantah Perbinaan kuil itu, Mohd. Sattar Mohd. Saad berkata, kuil itu tidak wajar dibina di kawasan mereka kerana sepatutnya dibina di kawasan lain yang diduduki ramai penghuni penganut Hindu.

"Bantahan kami lakukan ini bukan ingin menyusahkan mana-mana pihak tetapi pihak berkenaan, perlu fikir masalah penduduk beragama Islam di sini," katanya ketika ditemui oleh Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Jumaat lalu, lebih 500 penduduk di kawasan berkenaan berhimpun secara aman bagi membantah langkah pihak terbabit memberi kebenaran untuk membina kuil itu.

Mohd. Sattar berkata, penduduk akan membuat bantahan sekali lagi jika kerja-kerja pecah tanah pembinaan kuil itu diteruskan pada 27 November ini.

Imam Masjid BPJ, Abdul Rahman Abdul Kadir Jelani berkata, masyarakat Islam di beberapa taman perumahan tidak bersetuju dengan pembinaan kuil berkenaan.

"Adalah amat menyedihkan pembinaan kuil hendak dilaksanakan dalam kawasan didiami oleh orang Melayu manakala kawasan ini hanya lima peratus sahaja didiami oleh masyarakat beragama Hindu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya hairan bagaimana pihak berkenaan boleh melulus pembinaan kuil di kawasan didiami oleh orang Melayu.

Pengerusi Surau Taman Bandar Utama, Abdul Rahman Othman pula memberitahu, pembinaan kuil itu terletak di lokasi bersempadan dengan Taman Puteri Jaya, Seri Astana dan Bandar Perdana yang bilangan penduduk beragama Islam melebihi 50,000 orang.

"Kami tetap membuat bantahan dan pembinaan kuil wajar dibina dalam kawasan penduduk masyarakat Hindu sahaja bukan di kawasan kediaman orang Islam," katanya lagi

1 komentar:

  1. ini kah dikatakan 1 Malaysia. kalau masjid dibina ditempat yang didiami penduduk bukan islam boleh, tapi kalau kuil dibina di tempat penduduk islam, salah..

    otak keparat!!!

    BalasHapus