Sabtu, 26 November 2011

ADUN PONG GAS THE RASIS TAK MENGAKU....TAPI ADA SAKSI......NANTIKAN


RASIS UNTUK KE SEKIAN KALINYA......SAMPAI BILA MAMPU KITA TAHAN DENGAN PERANGAI DIA NI ????/ AYUH TUKAR SEGERA SEMASA PRU-13


Saya ada saksi - Sarimah

PULAU PINANG 25 Nov. - Peniaga barang lusuh, Sarimah Packeer Mohd. kesal dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik yang menafikan pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya dan seorang lagi wanita baru-baru ini.

Menurut Sarimah, 43, dia mempunyai saksi yang melihat dan mendengar perbuatan Wei Aik itu.

"Saya kesal dengan penafian dia (Wei Aik). Saya ada saksi yang dengar dia bercakap sedemikian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kelmarin, Sarimah dan Fatimah Sharmin Abdullah, 30, mendakwa dihina sebagai pengkhianat negara oleh Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Kata-kata kesat tersebut dilemparkan ketika Wei Aik meninjau serta menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran sederet rumah kedai termasuk premis milik mereka di Jalan Gurdwara di sini, kira-kira pukul 6.30 petang, Selasa lalu.

Bagaimanapun, semalam Wei Aik membuat laporan polis bagi menafikan ada berbuat demikian terhadap Sarimah dan seorang lagi peniaga barang lusuh, Fatimah Sharmin Abdullah, 30.

Sarimah menambah, saksi berkenaan juga telah membuat laporan polis kelmarin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar