Rabu, 24 Agustus 2011

SAH PEGUAM PAS MEMBELA PEMURTAD.... KENAPA TAK TARBIYAH SAJA ?


LELAKI DI ATAS IALAH PEGUAM DARI PAS....

BUKTI BELIAU AHLI PAS IALAH Peguam PAS tersebut merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat (2011-2013). Dia pernah bertanding menentang Datuk Wira Abu Seman di Parlimen Masjid Tanah pada tahun 2004.

SAH PAS MEMBELA PEMURTAD

Peguam yang mewakili 12 orang Islam yang terbabit dalam kontroversi ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di majlis makan malam amal anjuran Harapan Komuniti di Dream Centre pada 3 Ogos lalu berkata, mereka tidak sepatutnya dicemuh dan dihina, terutama di bulan Ramadan yang mulia ini.

"Sebagai peguam syarie mereka, saya perlu mengingatkan semua pihak untuk menahan diri daripada menuduh mana-mana orang Islam sebagai murtad yang boleh sama seperti kesalahan 'Takfir'," kata peguam Muhammad Burok.

Takfir bermaksud mengkafir orang Islam yang lain.

Muhammad meminta semua pihak supaya bertindak dengan introspeksi dan berhati-hati "agar kita boleh membantu pentadbiran keadilan undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang".

"Marilah kita semua berdoa agar keributan yang telah menyebabkan ketegangan dalam hubungan masyarakat kita, akan berlalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, akibat kontroversi tersebut, terdapat sentimen awam sedang ditiup dalam pelbagai media cetak dan elektronik, termasuk dalam blog, dengan cara yang menghasut ketegangan di kalangan rakyat Malaysia.

"Ini adalah sangat dikesali," tambahnya.

Menurutnya, beberapa penerbitan dan posting amat tidak bertanggungjawab dengan mendedahkan identiti dan butir peribadi pelanggannya, dan mendedahkan mereka bukan sahaja kepada cemuhan dan hinaan awam, tetapi juga kepada gangguan yang boleh membahaya keselamatan diri mereka.

"Kami menyeru semua pihak yang terlibat dalam media untuk bertindak dengan akal dan kebijaksanaan dengan menahan diri daripada membuat apa-apa penerbitan dan posting sedemikian supaya kita boleh membawa ketenangan dan perspektif pelbagai budaya dan agama dalam masyarakat kita," katanya.

Kepada agensi-agensi penyiasatan dan pegawai-pegawai mereka pula, Muhammad meminta mereka supaya mengekalkan piawaian tinggi profesionalism, integriti dan kerahsiaan.

KPS : KPS MENYOKONG JAIS DAN HASSAN ALI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar