DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH Prof Madya/Ketua Program Kenegaraan, Kepimpinan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Tampilkan postingan dengan label RIDHUAN TEE. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label RIDHUAN TEE. Tampilkan semua postingan
Kamis, 18 Juli 2013
KESAN PRODUK TANPA TITA- RIDHUAN TEE ABDULLAH
Apabila Kementerian Pendidikan mengambil keputusan mewajibkan subjek teras universiti, Tamadun Islam Tamadun Asia (TITA) di IPTS, tidak semena-mena Ahli Parlimen DAP melompat seperti cacing kepanasan. Pemimpin MCA turut menyokong. Katanya tidak wajar hanya satu sahaja tamadun yang diajar iaitu tamadun Islam.
Terbaharu, seorang Ahli Parlimen DAP Pulau Pinang mencadangkan supaya TITA menjadi subjek elektif. Ahli Parlimen yang tidak ketahuan asal usul bangsanya ini, kecuali agamanya (Islam), mahukan subjek ini diturunkan tarafnya menjadi elektif. Persoalan saya, siapakah beliau?
Ini diikuti protes dari gabungan NGO anak muda Cina yang dikenali sebagai Emco, yang terdiri daripada penganut Buddha dan Kristian tampil mengatakan bantahan mereka kerana disifatkan, sebagai satu "indoktrinasi" ke atas siswa IPTS.
Ia juga melanggar Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak untuk menganut dan mengamalkan agama seseorang dan menghalang indoktrinasi sesuatu agama yang tidak dianutinya.
Mereka berkata, kerajaan perlu mengetepikan pendekatan "sempit dan sektarian" dalam pendidikan dan juga menghormati kepelbagaian etnik dan agama di Malaysia. Dalam merancang mata pelajaran berhubung tamadun agama, pertimbangan perlu diberikan kepada sejarah agama utama, doktrin serta kesan agama ke atas pembangunan ketamadunan.
Bantahan ini seterusnya disambut oleh Bishop Katolik, Paul Tan, mengesyorkan diperkenal pengajian semua tamadun dunia kepada golongan itu.
Beliau berkata, tamadun Greek, Rom dan Judeo-Christian juga menyumbang banyak nilai kepada manusia dan perlu diketahui seiring dengan usaha melahirkan graduan yang terbiasa dengan nilai-nilai "yang baik, benar dan indah".
Jahil sungguh mereka. Dahulu bersatu dalam senyap. Kini bersatu secara terbuka. Malangnya, kita makin mengalah. Persoalan saya, adakah mereka sudah baca buku teks TITA ini? Jika belum cubalah baca.
Jangan buat tuduhan sembrono. Tidakkah beliau sedar bahawa sekurang-kurang tiga tamadun diajar iaitu Islam (Melayu), China dan India.
Ini akibatnya apabila bukan pakar membahaskan isu-isu di luar kepakarannya. Akhirnya, lahirlah pandangan-pandangan yang amat naif dan pandir. TITA bukanlah subjek tamadun Islam sepenuhnya, tetapi telah diadunkan dengan beberapa tamadun dunia.
Untuk makluman, kursus ini merupakan satu kursus yang membincangkan ilmu ketamadunan yang merangkumi interaksi antara pelbagai tamadun seperti Mesopotamia, Mesir, China, India, Islam, Barat.
Tamadun Islam ditekankan sedikit, kerana tamadun inilah yang melonjakkan orang Melayu dalam membina tamadun Malaysia. Jika tidak, Melayu tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Melayu dan Islam itu sebati.
Turut diajar adalah tamadun China, Tamadun India, isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia, cabaran globalisasi dan Islam dalam proses pembangunan negara.
Sebenarnya tidak ada masalah langsung. Semua tamadun diraikan. Ada apa di sebalik mereka membangkitkannya?
Seperti subjek kenegaraan, tujuan TITA adalah untuk memberikan pemahaman komprehensif mengenai sejarah dan nilai tamadun.
Tujuannya tidak lain, (1) membina satu generasi Malaysia yang berpengetahuan dan peka mengenai isu-isu ketamadunan dan peradaban; (2) memperkukuh jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum dengan mengamalkan kehidupan yang bertoleransi dan bertamadun.
Kami berkeyakinan selepas mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat memahami dan menjelaskan aspek-aspek utama tamadun, tamadun Islam dan tamadun Asia serta berpengetahuan dan peka mengenai isu-isu ketamadunan.
Pendek kata, TITA amat penting kepada rakyat Malaysia yang ingin hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan saling memahami. Negara lain, kebanyakan sebangsa, mungkin mereka tidak perlu mempelajari banyak tamadun berbanding kita di sini. Saya mohon bacalah keseluruhan teks TITA ini.
Sepanjang pengalaman mengajar subjek ini di IPTA, tidak ada seorang pun pelajar bukan Islam yang bersungut, apatah lagi membantah, malah mereka seronok dapat mempelajari tamadun bangsa sendiri dan bangsa lain. Tamadun Islam diadunkan kerana ia adalah juga tamadun Melayu.
Lebih membanggakan, pelajar Melayu tidak pernah bising apabila tamadun China dan tamadun India turut diajarkan.
Pelajar Melayu menerima dengan baik atas dasar menambah ilmu dan kepentingan memahami bangsa lain. Inilah sifat Melayu yang amat saya kagumi, berbanding bangsa saya sendiri. Persoalannya, kenapa orang bukan Islam begitu sensitif dengan tamadun Islam?
Kenapa perkara sebegini boleh terjadi bagi mereka yang telah berjaya mengaut segala keuntungan di bumi bertuah ini? Kita tidak berjaya melahirkan bangsa Malaysia yang bersyukur, tetapi terus kufur, walau sememangnya mereka kufur.
Subjek ini mengambil kira pandangan Samuel P. Huntington, dalam bukunya Clash of Civilizations, akan betapa pentingnya kita saling kenal-mengenal tamadun sesuatu bangsa. Subjek ini amat berguna, terutama kepada rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk.
Jika tidak, akan lahir orang seperti Melissa Gooi yang menghina nabi Muhammad SAW dan pasangan Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24, yang memuat naik gambar hidangan dan kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook.
Pasangan ini telah memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh (herba sup babi) di Facebook.
Sambil menulis kapsyen "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh ...wangi, enak dan menyelerakan," serta meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.
Saya tidak nampak ia dilakukan secara tidak sengaja. Pasangan ini sengaja mahu menyakitkan hati umat Islam.
Jika benarlah hanya tamadun Islam sahaja yang akan diajar, apa salahnya? Jika saya ada kuasa, saya akan paksakan subjek ini sejak dahulu lagi.
Islam adalah agama Persekutuan dan agama bangsa majoriti. Apakah salah bukan Islam mempelajarinya untuk hidup di bumi Melayu Islam?
Bukan Melayu sepatutnya lebih memahami agama Islam anutan majoriti orang Melayu Islam sebelum memahami bangsa lain. Itu adalah lebih baik untuk integrasi nasional. Kecualilah jika mereka tidak mahu tinggal di sini.
Saya amat yakin jika diberikan pilihan dua subjek antara tamadun Islam dan tamadun Barat. Tidak seorang pun dalam kalangan puak ultra kiasu ini yang akan mengambil tamadun Islam.
Kenapa mereka begitu beriya-iya belajar tamadun Barat, tetapi bukan tamadun Islam (Melayu)?
Nampak sangat beliau memandang hina kepada kita semua. Sebab itu, mereka langsung tidak mahu memakai baju kebangsaan dan bersongkok ketika majlis rasmi. Mereka amat megah dengan pakaian Barat.
Saya amat bimbang jika ditakdirkan kumpulan ultra kiasu ini berjaya memerintah Malaysia dalam PRU-14 nanti. Semua identiti Islam akan dihapuskan.
Lebih menghairankan, kenapa Pas membisu seribu bahasa. Ultra kiasu telah menjadi semakin kurang ajar. Pas mesti berani menegur dan mengajar mereka bertatasusila selaras dengan prinsip Rukun Negara.
Lebih malang lagi, tidak ada wakil IPTS yang menyokong hasrat kerajaan ini. Kenapa? Jawapannya, kerana mereka terpaksa mencari pensyarah untuk mengajar subjek yang dianggap 'tidak berguna dan merugikan ini.
Maka akan bertambahlah kos untuk mengambil pensyarah baharu. Pada mereka, ini membazir dan merugikan. Sebab itu mereka hasut anak-anak mereka membangkitkan isu ini. Bila dibangkitkan, kita pun mengalah…alahai nasib Melayu di bumi Melayu.
Selasa, 21 Agustus 2012
Bahaya ultra kiasu kepada Islam -RIDHUAN TEE
Bahaya ultra kiasu kepada Islam
Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir Batin. Artikel khas untuk blog. Sinar Harian tidak terbit hari ini. Lanjutan artikel saya bertajuk “bersatu tegakkan hukum Allah”, saya begitu teruja dengan kenyataan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang menyertai PAS Mei lalu,bahawa persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu, diibaratkan oleh beliau seperti anjing dengan kucing. Saya tidak pasti siapakah anjing, siapakah kucing? Sudah tentukan anjing (haram) itu ultra kiasu dan kucing (halal) itu PAS. Jika begitulah pengibaratan, maka biasanya yang akan menang dalam pertarungan adalah anjing (ultra kiasu). Selama inipun ultra kiasu sahaja yang menang ekoran perpecahan Melayu yang tidak berkesudahan. Apakah benar dakwaan beliau bahawa tidak ada syak wasangka dalam Pakatan Rakyat? Buatlah kajian secara akademik, sekadar berasaskan pengalaman menyiasat sahaja tidak mencukupi rasanya. Jika ultra kiasu sudah lembut dengan Islam, sudah tentu pendirian mereka terhadap Islam berubah. Ini tidak, semakin lama semakin kuat mereka menentang Islam. Bukan itu sahaja, mereka semakin berani mencabar kedaulatan agama Islam. Jika dahulu angkat kepala pun tidak berani. Hari ini disebabkan oleh perpecahan Melayu, usahkan angkat kepala, dengan kepala-kepala kita dipijaknya. Persoalan yang ditimbulkan kenapa ultra kiasu boleh menerima Kanun Keseksanan tetapi tidak hudud? Jawapannya, disebabkan oleh sikap anti Islam. Ultra kiasu tidak langsung mahu menerima apa jua agenda Islam. Ultra kiasu bukan tidak tahu bahawa hudud ini tidak ada kaitan langsung dengan mereka. Hudud ini adalah untuk orang Islam SAHAJA, sama seperti kewujudan mahkamah syariah. Kenapa mereka begitu kuat menentang? Mereka tidak mahu ada apa-apa konotasi yang boleh dikaitkan dengan Islam, kerana akan menjadi precedence dan kekal selamanya. Beginilah jahatnya ultra kiasu dalam perancangan mereka. Cubalah belajar daripada sejarah, jangankan hudud, sejak dahulu lagi ultra kiasu tidak pernah mengiktiraf kewujudan mahkamah syariah. Sebab itu apa jua perkara berkaitan dengan umat Islam, mereka sedaya upaya untuk elakkan perbicaraan dilakukan di mahkamah syariah. Kenapa? Fikirkanlah sendiri. Soal aliran lama dan aliran baharu dalam ultra kiasu ini tidak banyak beza. Cubalah tanya ketua pemuda dan pimpinan muda ultra kiasu yang menjadi exco kerajaan negeri Selangor, adakah mereka bersetuju dengan hudud? Sekadar makluman, kepada bekas polis tersebut, kebanyakan pimpinan baharu ultra kiasu dikuasai oleh mereka yang beragama Kristian. Sikap mereka terhadap Islam begitu jelas. Sebab itulah mereka berjaya mendirikan begitu besar gereja-gereja untuk menggelamkan mercu tanda Islam. PAS akan selama-lamanya tidak akan dapat melaksanakan hudud selagi berkawan dengan ultra kiasu yang anti Islam ini. Mereka terpaksa berkawan dengan PAS kerana tidak ada pilihan untuk mendapat kuasa. Sama juga perkawanan PAS dengan ultra kiasu. Real politik membuktikan, untuk menang dalam pilihan raya, parti-parti Melayu (Islam) mesti berkawan dengan bukan Islam. Persoalannya, adakah bukan Islam ini boleh dipercayai atau tidak, lebih-lebih ultra kiasu? Saya mungkin tidak dapat bersetuju jika hanya melabelkan ultra kiasu itu DAP sahaja. Ultra kiasu ini berada di mana-mana, termasuk dalam komponen Barisan Nasional. Selagi sistem pendidikan kita, beginilah coraknya, bersifat perkauman. Selagi itulah kita akan terus melahirkan lebih ramai lagi ultra kiasu, sama dalam DAP atau parti di luar DAP. Seterusnya, kenapa hudud begitu ditentang, berbanding dengan amalan hubungan seks songsang LGBT? Ultra kiasu langsung tidak menentang LGBT, tetapi menjadi jaguh dan menggalakkan LGBT. Kenapa? Mereka mahukan umat Islam rosak. Apabila umat Islam ramai yang rosak, umat Islam secara otomatik akan menentang hudud suatu masa nanti. Strateginya sekarang, ‘cairkan’ kehidupan cara hidup Islam daripada umat Islam. Jangan biarkan ada sedikitpun umat Islam mendapatkan cara hidup mereka sendiri. Untuk makluman bekas polis ini juga, ultra kiasu (dan sekutunya) yang menentang hudud ini adalah keturunan berserban, agama Sikh. Jika kita mengkaji perbandingan antara agama, agama Sikh yang berusia 600 tahun mempunyai beberapa persamaan dengan agama Islam, sebab pengasasnya Guru Nanak, bermajikankan orang Islam. Cara hidup Sikh amat ketat, misalnya orang lelaki mesti berserban, tidak boleh bercukur dan sebagainya. Sepatutnya beliau menggalakkan jika ada manusia yang mahu kembali dan beramal dengan agamanya. Logiknya, tidak ada nilai agama yang benar, yang mahu merosakkan pengikutnya. Ini tidak, agama lain boleh diamalkan dengan sebebas-bebas dan hak mereka mesti diberikan. Jika tidak diberikan, maka bertempiklah mereka kepada dunia bahawa Malaysia tidak mengamalkan kebebasan beragama dan tidak menjaga hak asasi manusia. Tetapi bila tiba kepada agama Islam, jawapannya, ini tidak boleh, itu tidak boleh. Mereka bersepakatan menentang Islam. Mereka mahu kita kembali kepada zaman British, menjadi Islam hanya relevan di masjid surau, pondok-pondok dan sebagainya. Dalam konteks cara hidup, mereka akan tentang. Lebih-lebih lagi undang-undang Islam. Kenapa sistem demokrasi mutlak mudah diterima tanpa banyak soal, walaupun kehancuran hasil sistem demokrasi itu berlaku di depan mata. Menurut sahabat saya Faiz Na’man (2012), sistem demokrasi mutlak (bebas) yang tercipta oleh bangsa Yunani, yang merupakan tamadun penyembah berhala adalah satu sistem yang mengetengahkan apa yang dikehendaki oleh manusia itu sendiri, bukannya apa yang telah digariskan oleh Pencipta manusia itu. Bacalah sama buku Arno Froese (2008), bertajuk How Democracy Will Elect The Antichrist. Tambah Faiz (2012) lagi, sepanjang sejarah peradaban manusia, dunia telah melalui pelbagai sistem atau ideologi pemerintahan untuk memenuhi kehendak nafsu manusia mentadbir bumi ini. Dari ideologi autokrasi, monarki, dinasti, teokrasi, komunisme, fasisme, hinggalah kepada demokrasi. Mana yang wujud dahulu tidak terlalu penting untuk dibicarakan, tetapi kesan serta hala tuju sesuatu sistem pemerintahan itu yang patut diberi perhatian. Seiringan dengan era penjajahan, Nusantara juga telah mengalami beberapa "revolusi" dalam ideologi yang diguna-pakai untuk menjalankan pemerintahan manusia. Rumpun Melayu pada asalnya adalah serasi dengan sistem monarki (yakni beraja) yang telah menjadi fitrah zaman berzaman nenek moyang kita, sejak wujudnya Empayar Srivijaya hingga ke Empayar Melayu Melaka. Begitu lamanya Rumpun Melayu hidup bersistem dan beradat yang dinaungi oleh sistem monarki ini tadi sambil diperkuatkan lagi dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Kedatangan Islam ternyata telah merubah kehidupan orang Melayu. Ketika itu orang Melayu masih belum diganggu-gugat dengan kehadiran para pendatang asing yang menetap di situ. Orang Melayu bebas untuk menentukan cara hidup mereka. Orang Melayu mendapat hak mereka dan cara hidup mereka. Maka tertegakkan kerajaan Islam Melaka, termasuk perlaksanaan hukumnya. Malangnya, keadaan mula berubah apabila Melayu lupa diri. Persengketaan sesama mereka telah menyebabkan mereka dijajah. Hari ini umat Islam mahu kembali semula kepada cara hidup mereka ketika zaman mereka sebelum dijajah? Kenapa tidak boleh? Bukankah ini tanah mereka sendiri? Tidakkah penduduk asal berhak untuk menentukan cara hidup mereka berbanding dengan orang lain? Tidakkah juga semua bangsa yang bertuankan tanah tumpah mereka berjaya melaksanakan cara hidup dan sistem mereka sendiri? Saya petik lagi kata-kata Faiz (2012), adakah kafir Barat redha dengan sistem kenegaraan yang Malaysia guna hari ini? Jawapannya tidak sepenuhnya. Sejak dari merdeka lagi, kafir Barat terutama dari Britain dan Amerika cuba memperkotak-katikkan kepimpinan Melayu-Islam kita dengan pelbagai alasan, mereka suka jika Malaysia menjadi kucar-kacir akibat diperintah oleh pemimpin yang lemah dan korup, agar akhirnya umat Melayu-Islam melutut kembali kepada cara hidup sekular. Jika mereka tidak dapat melemahkan kerajaan Malaysia hari ini secara luaran, mereka akan cuba melemahkannya dari dalam, iaitu melalui minda dan corak pemikiran para pemimpin politik kita sendiri. Mereka susupkan agenda halus mereka atas nama Hak Asasi Manusia. Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah Republik Demokrasi Liberal (Bebas) seperti Indonesia. Tujuan akhir mereka ialah tidak lain dan tidak bukan, untuk melahirkan masyarakat “rojak” yang hilang identiti serta jati diri kerana menganut kebebasan mutlak. Rumpun Melayu akhirnya akan tinggal sebagai bahan sejarah, akidah Islam akhirnya lupus dari ingatan dan panduan warganya. Realitinya, tanpa kuasa politik, Melayu-Islam itu adalah paria di negara sendiri. Inilah hakikat yang dinukilkan oleh Faiz yang sedang dirancang oleh ultra kiasu dengan bantuan barat. Justeru, berhati-hatilah, mudah-mudahan kita tidak merana di bumi sendiri.Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ketua Jabatan Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Minggu, 05 Agustus 2012
BERSATU TEGAKKAN HUKUM ALLAH- RIDHUAN TEE
Bersatu tegakkan hukum Allah
(4 Ogos 2012 Utusan Malaysia)
Terbaharu, Ketua Pemuda Pas mengeluarkan kenyataan, Pas tetap mahukan hukum hudud dilaksanakan. Orang Islam yang menolaknya boleh menjadi kafir. Tidak semena-mena pengerusi parti ultra kiasu mengulangi pendirian tegas mereka, sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud atau mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam, akan ditentang kerana bercanggah dengan apa yang diputuskan di Muktamar PAS ke 57 tahun lepas, dalam usaha menawan Putrajaya. Pas sebelum ini pernah menyebut bahawa perkataan negara Islam tidak ada dalam al-Quran, melainkan negara kebajikan. Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga. “Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan”, ujar ultra kiasu. Kenyataan ultra kiasu ini benar-benar mencabar maruah Islam. Sudah terang lagi bersuluh, ultra kiasu langsung tidak menghormati tuntutan agama Islam dalam sebuah negara ‘bertuankan’ ketuanan Islam (Melayu). Sikap anti Islam ultra kiasu telah wujud sejak dahulu lagi. Sudah berkali-kali ultra kiasu atau kafir harbi menolak konsep negara Islam dan undang-undang Islam. Namun, kita terus bersangka baik atas kepentingan politik. Pas mendakwa mereka perlu berkawan dan bersekongkol dengan ultra kiasu bagi tujuan dakwah dan menumbangkan Umno. Pas yakin suatu hari nanti ultra kiasu akan menerima hukum Islam. Pas menuduh Umno gagal untuk menyampaikan mesej Islam ini. Jika begitulah hujahnya, perkawanan Pas dengan ultra kiasu agak lama juga. Namun, semakin lama berkawan dan berdakwah kepada ultra kiasu, semakin kuat ultra kiasu menentang Islam. Mungkin alasan Pas selepas ini, mereka masih baharu berkawan dengan ultra kiasu, hasilnya belum nampak, berbanding Umno yang telah sekian lama berkawan dengan komponen Barisan Nasional (BN) melebihi 50 tahun. Lama atau baharu bukanlah ukuran untuk mendakwahi seseorang. Tepuk dada tanya iman, adakah kita ikhlas dalam memartabatkan Islam atau kita asyik berpolitik tidak pernah habis? Almarhum Tunku Abdul Rahman tidaklah lama pemerintahannya, tetapi ada juga tokoh-tokoh besar yang memeluk Islam. Jika Tunku ada keinginan melaksanakan hudud, mungkin hukum ini sudah tertegak. Kenapa hari ini terlalu sukar untuk kita mengikuti jejak Tunku? Jawapannya mudah. Kita tidak ikhlas, kita ada agenda lain. Sebab itulah, ultra kiasu tidak pernah lembut terhadap Islam. Pas begitu cepat melatah dengan desakan ultra kiasu. Naib Presiden Pas terpaksa member respon dengan berkata bahawa Pas sentiasa “bersetuju untuk tidak bersetuju” dengan DAP berkenaan isu hudud. Perbezaan ini tidak dapat dielakkan. Namun, masih terdapat persamaan seperti mahu membanteras rasuah, menuntut keadilan dan hak asasi manusia. Apa yang penting bagi Pas dan DAP adalah kedua-duanya saling memahami dengan proses demokrasi. Persoalan saya, ke manakah hendak dicampakkan agenda hudud? Lanjutan itu, Pengerusi Biro Perpaduan Nasional Pas mengatakan isu hudud tidak perlu dibangkitkan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Fokus Pakatan Rakyat adalah ada isu ekonomi, kebajikan, gaji minima rakyat dan sebagainya. Maknanya, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, yang hanya akan wujud adalah negara kebajikan sahaja. Persoalan saya lagi, tidakkah kita akan diazab oleh Allah nanti kerana melupakan hudud? Kenapa tidak disahut cadangan ADUN Kemelah (Umno), Ayub Rahmat? Semua sedia maklum, Adun Umno ini pernah membangkitkan cadangan menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukuman berkenaan. Cadangan ini dikemukakan pada 20 Jun lalu dalam mesyuarat pertama penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-12 dan Sidang Dun pada Disember tahun lalu. Kata Ayub, “Kanun Jenayah Syariah dilaksanakan Pas seperti Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam (hudud) yang menyeluruh dan melibatkan semua kaum. “Jadi, saya mencadangkan hukum hudud sebenar yang meliputi semua kaum di negara ini dapat diterajui Johor. Kefahaman yang betul adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama ketika zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW”. Kenyataan berani Ayub ini harus dipuji kerana tidak ramai orang Umno yang berani bersuara isu ini. Pada saya, jika kita boleh menerima hukum buatan manusia seperti demokrasi dan komunis, kenapa kita harus bersangka buruk atau menolak hukum Allah? Bukankah kita makhluk Allah? Selepas kenyataan ini dikeluarkan, pemimpin-pemimpin Umno dan Perkasa turut memberikan respon yang positif, kerana memikirkan kepentingan dan kebaikannya umat Islam di Malaysia. Sekretariat Ulama Muda Umno turut menyokong, dengan cadangan untuk “menghimpunkan pakar-pakar terlebih dahulu bagi memberikan pandangan supaya hukum ini benar-benar dapat dilaksanakan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, turut bersetuju dengan syarat persediaan perlu dibuat seperti kemudahan mahkamah, hakim dan pegawai pendakwa bagi melaksanakan hudud. Melalui semua kenyataan, saya dapat katakan sebahagian besar umat Islam di Malaysia mahukan hudud, tidak kira Umno atau Pas. Jika berlaku penolakan oleh ultra kiasu, adalah perkara baisa kerana mereka adalah kafir harbi. Termasuk juga ultra kiasu lain, seperti presiden MCA. Ultra kiasu ini memberi amaran untuk keluar BN jika Umno cenderung kepada hudud. MCA menyifatkan pandangan Ayub sebagai idea gila, bankrup, sekadar mahu menarik perhatian. Begitulah cerdiknya ultra kiasu berpolitik. Kita sahaja yang terpedaya. Persoalan saya, kenapa kita perlu tunduk kepada telunjuk mereka? Adakah hidup mati kita sebagai umat Islam ditentukan oleh mereka ini? Adakah umat Islam langsung tidak ada hak untuk menentukan cara hidup sendiri? Saya berpendiriann, isu besar ini boleh diselesaikan jika Pas berlembut dengan Umno, begitulah sebaliknya. Malangnya, semakin Umno mula cenderung kepada hudud, Pas pula semakin tidak mempercayai Umno. Pas sanggup menggandaikan prinsipnya bersekongkol dengan ultra kiasu semata-mata untuk menguasai Putrajaya. Sedangkan kita semua tahu, ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, hudud Pas hanya tinggal hudud. Pas tidak pernah dihargai dalam Pakatan Rakyat, walaupun kekuatan Pas jauh melebihi ultra kiasu dan PKR. Ingatan saya kepada Pas, janganlah terlalu ghairah dengan perlantikan Salleh Man sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Jawatan tersebut amatlah kecil nilainya di mata ultra kiasu berbanding dengan jawatan Exco Kerajaan Negeri. Jawatan tersebut bukanlah jawatan pembuat dasar. Segala peruntukan tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri yang dibolot oleh ultra kiasu. Janganlah kita terlalu bangga dengan peruntukan tambahan terhadap program atau aktiviti Islam, sekolah agama dan sebagainya. Jika mereka tidak melakukan lebih daripada apa yang Umno lakukan, sudah tentu kerajaan ultra kiasu ini tidak dapat bertahan lama. Lakonan ini amat jelas. Janganlah kita mudah kelabu mata. Saya tidak pula kata apa yang Umno selama ini betul belaka. Umno perlu mengkoreksi diri untuk mendapat kepercayaan rakyat, terutama dalam perkara melibatkan hukum Islam, integriti dan umat Islam. Apa yang penting hari ini adalah umat Islam secara keseluruhan mesti diselamatkan daripada keruntuhan berpanjangan. Dalam menyelesaikan kemelut politik umat Islam, kita semua perlu berlapang dada. Kecenderungan Umno terhadap hudud makin terserlah, Pas perlu menyambutnya. Langkah pertama yang boleh dilakukan adalah, terimalah hukum Allah ini dengan lapang dada dan ada keinginan untuk melaksanakannya. Kedua, jika belum bersedia, bentuklah terlebih dahulu sekumpulan pakar untuk mengkaji undang-undang ini. Kita tidak perlu takutkan ultra kiasu. Undang-undang ini bukan untuk mereka tetapi hanya untuk orang Islam. Perlembagaan Persekutuan sudah baik untuk menjadi rujukan mereka. Umno dan Pas tidak perlu hiraukan sokongan mereka dalam pilihan raya. Jika Umno dan Pas boleh berbincang, kecut perutlah mereka. Ketiga, berikan pendidikan dan kefahaman mengenai hukum Islam. Umat Islam perlu disedarkan bahawa kita berhak untuk menentikan cara hidup kita sendiri, bukan orang lain. Saya tertarik dengan pandangan, bekas Ketua Pengarah JAKIM, Wan Mohamad Abdul Aziz, Malaysia mempunyai banyak kelebihan apabila Islam diangkat sebagai agama rasmi negara, justeru tiada alasan untuk melengahkan lagi pelaksanaan undang-undang Islam. Menurutnya, Islam sebagai agama Persekutuan merupakan tunjang kekuatan umat Islam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu ini adalah Ketua Agama Islam dan ini juga adalah lambang keutuhan umat Islam di negara ini. Pendek kata, semua ini terletak di bahu kita sama ada mahu memulakan usaha ini, atau tunggu dan lihat. Kita akan terus ketinggalan berbanding dengan negara yang sebelum ini dimomokkan seperti negara sekular Turki dan Mesir yang telah mula menapak ke hadapan. Justeru, apa yang ditunggu lagi.Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ketua Jabatan Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Senin, 07 Mei 2012
BILA BERSIH BERTUKAR JIJIK- RIDHUAN TEE
Bila BERSIH bertukar JIJIK (Sinar Harian 7 Mei 2012) Demonstrasi jalanan duduk bantah, Bersih 3.0 minggu lalu telahpun berakhir. Janji duduk bantah tidak lagi lagi dipatuhi, yang jelas ramai yang berdiri memberi isyarat, berjalan, berlari, membuat kacau bilau dan lari. Sama ada mencapai matlamatnya atau tidak, itu sudah tidak penting. Apa yang lebih penting adalah kesan yang ditinggalkan. Pada kumpulan ini, sudah tentu mendakwa tindakan ‘paling berjaya’. Mereka merancang meneruskan Bersih 4.0. Apapun Bersih sudah tidak lagi bersih, tetapi amat menjijikkan. Gelagat pemimpin-pemimpin ultra kiasu laksana jaguh kampung. Lebih melucukan, mereka mendakwa lebih 300,000 telah keluar menyertai perhimpunan tersebut. Wah! Hebatnya. Perlakuan yang baik-baik semuanya mereka. Manakala aksi yang buruk dan provokasi pada mereka, adalah tindakan pihak tertentu, terutama yang dirujuk di sini adalah Umno. Pendek kata, ultra kiasu Bersih adalah betul, yang salah adalah pihak berkuasa (polis) dan Umno. Maklumlah, siapa nak mengaku berak tengah jalan. Inilah politik desperado, mereka yang ingin menguasai Putrajaya. Pemimpin inikah yang kita harapkan memimpin negara? Golongan ini mengatakan demokrasi telah mati di Malaysia. Kerajaan bertindak kejam seperti Hitler dan Stalin. Apakah yang dimaksudkan demokrasi? Adakah demokrasi bermakna mengikuti semua yang diamalkan di barat tanpa ubah suai mengikut acuan kita? Adakah demokrasi semuanya benar? Adakah "Gay, Lesbian, Bisexual, Transgender" (LGBT) dibolehkah atas nama demokrasi? Jika begitu keadaannya, akidah kita sudah tergelincir. Sekadar suka dengan amalan tersebut, saya tidaklah hairan. Tetapi untuk menghalalkannya, jangan sama sekali. Inilah sifat ultra kiasu Melayu yang mengaku Islam. Beliau juga mendakwa ahli Bersih terlibat begitu berdisiplin, mendengar arahan dan patuh kepada cakap ketua. Bagaimana penilaian dibuat? Hebat sangatkah kepemimpinan beliau sehingga boleh mengawal keadaan yang kelam kabut itu? Bolehkah arahannya dipatuhi? Apakah jaminan peserta demonstrasi tidak merempuh pagar kawat duri polis yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka? Adakah wajar mereka ditinggalkan begitu sahaja selepas menunjukkan muka seketika? Nampak sangat kita pengecut, kerana takut dipersalahkan jika berlaku apa-apa. Selepas itu, mudahlah bagi kita menuding jari dan menyalahkan orang lain. Sepatutnya sebagai pemimpin yang baik, kita sepatutnya berada di sana sehingga demonstrasi selesai. Apa yang saya lihat, kebanyakan pemimpin mereka datang sebentar sahaja, menunjukkan muka, memberi isyarat, selepas itu, lari, menghilangkan diri. Bayangkan selepas itu, berlaku perkara yang tidak diingini, siapakah yang memberi arahan dan meleraikan suasana kelam kabut tersebut kalau bukan pihak berkuasa? Insiden yang sama berlaku ke atas Dewan Pemuda PAS yang menuntut akhbar Sinar Harian meminta maaf dan menarik balik laporan yang mendakwa anggota Unit Amal menyerbu ke arah pihak polis semasa perhimpunan di luar Kuala Lumpur City Centre. Mereka menyifatkan tindakan tersebut sebagai “tidak munasabah”. Rekod Unit Amal, dakwanya begitu ‘bersih’ selama ini. Pada mereka, tidak masuk akal dan tidak munasabah untuk mempercayai bahawa mereka akan menggunakan kekerasan dan menyerbu pihak polis. Pendek kata, wartawan salah, mereka yang betul. Sedangkan wartawan Sinar Harian sudah terkenal dengan integriti dan ketelusannya. Persoalannya, bukan soal rekod, munasabah atau tidak, tetapi keadaan yang berlaku ketika itu. Hebat sangatkah unit amal boleh mengawal keadaan yang tidak tentu keruan? Unit Amal bukannya malaikat. Mereka juga adalah manusia. Apakah mungkin mereka tidak melakukan kesalahan? Persepsi golongan ini terhadap polis sudah negatif sejak awal? Bila diperlukan kita puji polis. Bila dalam begini, kita hina, kutuk dan lawan mereka. Adakah ini wajar? Pada saya, perhimpunan tersebut akan menjadi lebih teratur jika diadakan tempat tertutup seperti di stadium atau lokasi negeri yang diperintah oleh ultra kiasu. Kenapa mereka tidak mahu dan berkeras? Jawapannya, dengan berada di jalanan, menampakkan seolah-olah mereka ramai kerana orang awam turut berada di situ untuk melihat gelagat mereka. Mereka mahu publisiti murahan. Takut-takut nanti tidak ramai, ada yang akan mendakwa demonstrasi itu tidak berjaya. Justeru itu, mereka begitu beriya-iya agar ianya berlaku di jalanan. Janganlah terlalu obsess dengan kejayaan rakyat Mesir yang berhimpun di Dataran Tahrir. Budaya Arab berbeza dengan budaya Melayu atau rakyat negara kita. Lagipun, rakyat Mesir menentang regim yang zalim. Perjuangannya sangat jelas. Tidak hairanlah jika ada yang ‘mati syahid’ sekalipun. Adakah keadaan sama Malaysia seperti itu? Kita bersekongkol dalam demonstrasi tersebut, dengan pemimpin-pemimpin salah laku dan melakukan pengkhianatan terhadap Islam. Isu pendaftaran pemilih (SPR) adalah alat sahaja. Matlamat mereka adalah untuk meraih simpati, menunjukkan kehebatan dalam usaha menawan Putrajaya. Selaku ahli akademik yang pernah mengkaji peranan dan fungsi SPR, dahulu saya memang tidak nafikan ada banyak kelemahan SPR. Hari ini, SPR sudah banyak berubah. Penambaikan begitu ketara. Soal sama ada pemimpin-pemimpin SPR adalah ahli Umno atau tidak, bukan soalnya. Ramai penjawat awam di negeri-negeri Pakatan Rakyat menjadi ahli parti mereka, kenapa tidak dipertikaikan? Bagaimana dengan kredibiliti mereka? Adakah mereka tidak bias dalam membuat keputusan? Pada saya, menjadi ahli parti tidak salah, selagi mana penjawat awam tersebut ada sifat takutkan Allah. Menurut rakan facebook saya, hari ini rakyat diajar demonstrasi lawan kerajaan. Esok lusa, akan ada demonstrasi lawan mereka yang memperkenalkan budaya demonstrasi jalanan ini. Mereka takkan dapat duduk selesa dengan ajaran dan anjuran mereka sendiri. Pasti akan makan tuan. Saya harap rakyat tidak terpengaruh dengan cakap tidak serupa bikin golongan ultra kiasu Melayu dan bukan Melayu ini. Saya masih teringat dalam rancangan Bicara Rakyat TV1, bertarikh 30 Mac 2012, Ketua Angkatan Muda Keadilan, berkata jika mahu mati, matilah di Selangor, akan dapat RM3000 wang khairat kematian. Ibu saya baharu sahaja meninggal pada 29 Februari yang lalu, di Ampang, Selangor. Begitu juga adik ipar saya. Saya tidak nampakpun sejumlah wang disebutkan, hatta satu sen pun tidak ada. Bolehkah orang ini dipercayai dan dipatuhi arahannya? Jijik sungguh.
Senin, 23 April 2012
Ekonomi bukan penentu segala-galanya- OLEH RIDHUAN TEE
Ekonomi bukan penentu segala-galanya
(Sinar Harian23.4.12)
Apabila membincang soal pendidikan, jarang kita mahu melihat dalam konteks semangat sayangkan agama dan cintakan negara, seperti yang terangkum dalam makna patriotisme dan nasionalisme. Dalam kepala kita, hanya ada nilai ekonomi, ekonomi, ekonomi. Seolah-olah ekonomilah tanda aras yang menentukan hala tuju sesebuah negara. Bidang lain sudah tidak penting lagi.
Kita terlalu mengejar pembangunan, kemewahan dan keduniaan, bertunjangkan kekuatan ekonomi. Kita lupa, tanpa semangat keagamaan, patriotisme dan nasionalisme, pencapaian ekonomi tidak ada maknanya. Inilah perkara yang selalu dikaburi oleh ultra kiasu dan musuh Islam, agar kita lupa jihad yang sebenar.
Jika di negara lain, kesedaran patriotisme begitu dititikberatkan, kerana itulah asas kehidupan bernegara. Namun, saya berasa amat pelik, kenapa dan mengapa kita memandang remeh isu ini? Asyik-asyik kekuatan ekonomi dan unity in diversity. Berlakukah realiti itu?
Ya, saya tidak nafikan, semua itu juga adalah satu kekuatan. Tetapi apalah erti kekuatan tersebut, jika jiwa rakyatnya kosong dan hanya memikirkan bangsa sendiri sahaja. Sebab itulah, Perdana Menteri Britain, David Camerons mengatakan multiculturalism is dead. Buatlah kajian kenapa pemimpin sebuah negara maju dan hebat ekonominya boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian. Kita jarang mahu membuat kajian. Kita asyik berpolitik untuk mendapat undi.
Semua percaya dan amat yakin, negara China akan keluar sebagai kuasa besar ekonomi. Itulah hakikatnya. Namun, kita jarang buat kajian, kenapa dan mengapa China boleh bangkit sebagai salah kuasa besar dan kuasa ekonomi? Sedarkah kita bahawa rakyat China mempunyai semangat patriotisme dan nasionalisme yang tinggi. Faktor inilah yang telah melonjak ekonomi dan pembangunan mereka serta muncul sebagai kuasa besar.
China sudah terkenal dengan bangsa yang amat bongkak dengan tamadun dan kebudayaannya. Tidak timbul soal dua China, termasuk melepaskanTaiwan dan Hong Kong. Begitu juga kepulauan Spratly. China berdiri teguh dengan semangat 1China. Semangat 1China ini begitu kuat mengikat, sebab tidak akan wujud 2China sampai bila-bila.
Begitu juga dengan negara Korea Utara. Walaupun 1Korea Utara dikatakan ‘mundur’, namun semangat patriostisme yang kuat telah melonjak negara ini. Jika bukan kerana sekatan negara barat, sudah lama negara komunis maju lebih pantas berbanding Korea Selatan. Dalam keadaan yang tertekan ini, berbekalkan semangat patriotisme, mereka masih mampu melancarkan peluru berpandu dan menghasil senjata dan tenaga nuklear.
Inilah faktor utama kejayaan mereka. Ekonomi memang penting, tetapi mesti didahului dengan semangat patriotism dengan mengutamakan agenda nasional. Bila saya bercakap sebegini, ramai yang menuduh saya membuat serangan atau menanam kebencian terhadap orang Cina. Terus terang, tidak ada niat langsung untuk menanamkan semangat anti Cina, kerana saya sendiri dan keturunan saya adalah Cina. Saya cuma menyeru agar kita menyahut sama agenda kebangsaan.
Misalnya, bagaimana kita boleh mengatasi masalah buta bahasa kebangsaan yang menjadi agenda utama pembinaan negara? Mengikut kajian, hasil produk SJKC, satu daripada empat pelajarnya akan tercicir kerana tidak dapat menguasai bahasa Melayu. Setakat ini terdapat 1293 buah SJKC, 78 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC). Ini tidak termasuk Sekolah Menengah Persendirian Cina. Kebanyakan orang Cina memilih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) untuk pengajian seterusnya kerana sudah tidak ada pilihan. Jika SMJKC sama banyak bilangan seperti SJKC, sudah tentu aliran SMK bukanlah lagi pilihan.
Terbaharu, timbul pula cadangan supaya kelas peralihan (remove class) di SMK dirombak dan diberi penambahbaikan kecinaan. Sebelum itu lagi, pada September 2011, sebuah jawatan kuasa yang disertai oleh 13 Persatuan Cina telah ditubuhkan, mendesak kerajaan supaya mengkaji semula keberkesanan kelas peralihan, termasuk silibusnya dan cara pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru-gurunya. Guru-guru bukan Cina yang mengajar kelas peralihan di SMK mesti boleh menguasai bahasa mandarin. Pendek kata, mereka mahukan kelas peralihan dikendalikan sama seperti SJKC.
Apabila ada cadangan supaya diwujudkan kelas peralihan di SJKC bagi mereka yang gagal bahasa Melayu tahun enam, mereka cukup menentang atas alasan tidak cukup guru dan prasarana. Pada saya, yang perlu dikaji semula bukan kelas sistem peralihan sekolah menengah, tetapi proses P&P di SJKC. Pastikan semua gurunya mesti pandai menguasai bahasa Melayu ketika mengajar apa jua subjek dalam bahasa Cina. Jika guru bukan Cina mesti disyaratkan menguasai bahasa Cina, apakah guru bahasa Cina tidak boleh disyaratkan fasih berbahasa Melayu? Kenapa mengajar bahasa Cina langsung tidak diselang selikan dengan bahasa Melayu?
Baiklah, katakan jika kerajaan terpaksa lagi tunduk dengan tuntutan ultra kiasu untuk mencinakan kelas peralihan, apakah jaminan selepas ini pelajar lepasan SJKC tidak akan tercicir lagi? Pada saya, hantarlah sebanyak manapun guru yang boleh berbahasa mandarin untuk mengajar apa jua subjek yang memerlukan terjemahan, sama ada di SJKC atau di SMK, selagi sikap tidak berubah dan semangat patriotism tidak ada, selagi itulah kita akan dibelenggu dengan masalah yang sama. Apakah kekuatan ekonomi dan unity in diversity akan berkekalan jika beginilah keadaannya?.
Pelajar Melayu pun ramai yang tercicir di sekolah menengah, kenapa perkara ini tidak perjuangkan oleh kita semua? Inilah fenomena biasa yang akan berlaku selagi patriotisme tidak menjadi teras. Isteri saya mengajar di kelas peralihan, masalahnya tidak ada seorang pun yang boleh menguasai bahasa Melayu mudah. Mengajar mereka seperti mengajar bayi yang baharu membesar. Seorang menjadi itik, seorang menjadi ayam. Pelajar ini tidak boleh disalahkan. Sistem yang menjadikan mereka sedemikian.
Biarlah kita bersama ketika senang dan susah. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. Hidup mati bersama mempertahankan negara. Saya amat bimbang jika ada pemikiran dalam bahasa hokkien seperti yang dipernah dibisikkan oleh ultra kiasu yang berbunyi huan na ceng ko, teng lang cau lo, bermaksud pastikan Melayu terus mundur, orang Cina mesti ke hadapan.
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Rabu, 28 Maret 2012
RIDHUAN TEE MENULIS: BAHAYA TUNTUTAN ULTRA KIASU
Bahaya tuntutan ultra kiasu
(Utusan Malaysia 28 Mac 2012)
Ahad lalu kita dikejutkan dengan Perhimpunan 325 ultra kiasu sekitar kolej perkauman mereka, ala universiti merdeka di Kajang. Saya tertanya-tanya bagaimana perhimpunan perkauman sebegini diberikan permit. Sepatutnya ISA lah jawapannya. Tetapi kita tidak pernah lakukan. Ini toleransi dan mulianya hati budi pemimpin. Berbanding dengan undang-undang di Singapura, panggilan ‘anjing’ sudah membolehkan seseorang itu dipenjara atau didenda dan beberapa kemudahan ditarik balik. Di negara kita, tiada sebarang tindakan dikenakan walaupun perkataan lebih hina dan lucah digunakan serta sentimen perkauman dimainkan.
Saya telah pergi ke kolej yang dipunyai oleh ultra kiasu ini (tempat perhimpunan) enam tahu lalu. Operasinya langsung tidak mencerminkan identiti kebangsaan, sama seperti kolej di negeri China. Laman webnya pun langsung tidak menggunakan bahasa Melayu. Saya tidak faham bagaimana kolej ini boleh diikhtiraf sebagai salah satu IPTS negara ini. Apa boleh buat, semua telah diluluskan. Kita tidak pernah bertegas, malah semakin tunduk kepada tuntutan dan tekanan. Malang sungguh negara ini, identiti kebangsaan langsung tidak tertonjol,yang menonjol adalah identiti orang lain.
Beberapa laman web ultra kiasu melaporkan perhimpunan tersebut disertai oleh lebih 5000 orang. Manakala akhbar ultra kiasu melaporkan lebih 7000 orang. Angka tidak penting, walaupun sering dimanipulasikan oleh akhbar ultra kiasu untuk menunjukkan mereka hebat. Tidak mustahil bilangannya agak ramai kerana jika pelajar-pelajar dan ibu bapa kolej ultra kiasunya turun, sudah cukup mendapatkan angka tersebut. Pada saya, perhimpunan ini tidak perlu dianggap sebagai satu gugatan. Apa yang penting adalah tindakan pro aktif kita, bukan action oriented, takut kepada mereka. Agenda kebangsaan mesti diperkasakan daripada agenda perkauman komunis mereka.
Tuntutan mereka amat tidak logik dan begitu ektrem. Inilah strategi komunis yang dipakai sekian lama. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat. Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun, kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka. Kerajaan sepatutnya sudah dapat membaca strategi lapok ini. Jangan gentar sama sekali dengan ugutan menjelang pilihan raya. Biar kalah, tetapi bermaruah, daripada menang, tetapi tergadai segala-galanya. Generasi akan datang menderita. Kita akan dikutuk sampai bila-bila
Antara tuntutan kumpulan ultra kiasu ini adalah;
Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tidak latar belakang sekolah Cina atau mengambil mandarin dalam sijil SPM.
Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minima tiga tahun, supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.
Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.
Keempat, rombak akta pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.
Siapakah ultra kiasu ini yang begitu biadab dan kurang ajar, yang begitu berani mencabar kerajaan? Mereka tidak layak hidup di negara bertuah yang memberikan banyak kebebasan sehinggakan identiti negara tidak terserlah. Tuntutan ini amat tidak masuk akal. Sebahagian orang Cina sendiri tidak selesa dengan tuntutan terlalu ultra ini. Justeru, tidak wajar kita salahkan semua orang Cina.
Saya cadangkan ultra kiasu membawa tuntutan yang boleh memporakperandakan negara ini ke negara komunis China. Saya amat yakin, komunis China pun tidak dapat menerimanya walaupun berkaitan dengan agenda bangsa Cina, kerana memberi ancaman kepada keselamatan kerajaan. Tidak perlu pergi jauh, lihatlah berapa ramai yang menjadi korban dalam peristiwa Tiananmen 1989, hanya kerana mereka menuntut kebebasan dan demokrasi? Seramai 400-800 orang (The New York Times) telah menjadi korban dan ribuan cedera. Selain tindakan ketenteraan, kerajaan China telah melakukan penangkapan besar-besaran untuk menyekat kebangkitan penunjuk perasaan dan pengikut pro demokrasi di seluruh China.
Media asing diharamkan dari membuat liputan. Media awam dikawal dalam membuat segala liputan media mengenai kejadian tersebut. Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentiment perkauman. Kita terus berlembut. Jika adapun tindakan, hanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani menjentiknya. Kenapa? Takut mereka tidak mengundi kita. Nasihat saya, berilah sebanyak manapun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita.
Apa yang dibuat oleh kerajaan kita terhadap perhimpunan perkauman ini? Boleh dikatakan tiada. Mereka terus melakukan provokasi. Jika Kementerian Pelajaran tunduk kepada tuntutan ultra ini, maruah kita berada di tahap yang paling hina dan amat rendah sekali. Jangan terlalu mengharapkan undi sehingga maruah dan harga diri negara ini tergadai. Pentingkan agenda kebangsaan berbanding agenda bangsa. Jika mereka benar-benar ikhlas sudah tentu agenda kebangsaan (bahasa Melayu) dibincang atau dibawa bersekali. Ini tidak, semuanya mesti cina, cina dan cina seperti di negeri China.
Mereka tidak pernah risau sebahagian produk SJKC yang langsung tidak boleh menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan. Malah mereka tutup kedua-dua belah mata. Masalah yang dihadapi oleh kementerian pelajaran, langsung tidak mahu diambil tahu. Mereka hanya tahu hak mereka mesti dipenuhi. Hak orang lain langsung tidak dihiraukan. Sedangkan toleransi kerajaan sudah sampai ke tahap maksimum. Tindakan sebegini hanya akan membuahkan dendam.
Dalam pembinaan negara bangsa, tidak salah jika orang Cina kurang sedikit kecinaannya, lebih kepada kemalaysiaannya. Lagipun mereka bukan bangsa majoriti. Barulah betul dikatakan Malaysian first. Saya tidak nampak identiti dan jatidiri orang Melayu dan bumiputera hari ini begitu terangkat dan terdarjat walaupun mereka adalah majoriti. Mereka sanggup berkorban menggadaikan identiti bangsanya, demi menjaga hati orang lain. Namun, madu dibalas tuba. Ingatan saya kepada kerajaan, jangan biarkan pemikiran komunis ini menguasai kita.
Toleransi kita sudah tidak ada tolok banding. Dahulu, terdapat peruntukan Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Pelajaran untuk menghapuskan sekolah vernakular. Sebagai menghormati hak bangsa lain, peruntukan ini telah dimansuhkan dalam Akta Pelajaran 1996. Menteri Pelajaran tidak ada kuasa lagi menghapuskan sekolah vernakular. Nampaknya, pemikiran komunis tidak pernah menghargai toleransi kerajaan.
SJKC yang dahulunya dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal, hari ini hampir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini tidak termasuk hampir 400 SJKC yang dibina sepenuhnya oleh kerajaan termasuk bangunan dan tanah. Menjelang pilihan raya, ke mana sahaja Perdana Menteri membuat lawatan ada sahaja SJKC/T baru yang diluluskan. Rumah ibadat janganlah dicerita.
Saya tidak pasti penambahan Sekolah Kebangsaan dan sekolah agama, sebab tidak dilaporkan. Yang pasti, bangsa lain semakin mendapat tempat dan diraikan menjelang pilihan raya umum. Tidak cukup dengan itu, kaduk terus naik junjung, mereka terus mendesak ditambah lagi, seolah-olah tidak pernah cukup, termasuk penambahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina serta sijil-sijil sekolah perkauman (UEC) yang mesti diikhtiraf.
Maka tidak hairanlah, baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima 146 institusi pengajian tinggi di China menjadi kumpulan pertama yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), susulan Perjanjian Pengiktirafan Seiring (MRA) yang ditandatangani Malaysia dan China pada 28 April 2011.
Antara universiti China yang diiktiraf ialah Universiti Anhui, Universiti Beihang, Universiti Fudan dan Universiti Donghua. Ini tidak termasuk kerjasama dengan Taiwan. Saya tidak menolak akan kerjasama tersebut, tetapi apakah mekanisme seterusnya. Siapakah yang akan belajar di sana? Apakah kritirianya? Menggunakan SPM atau UEC? Bagaimana pemantauan boleh dilakukan dengan lambakan IPTS perkauman yang tidak terkawal terutama kolej ultra kiasu di Kajang itu. Selepas ini dan selama inipun mereka terus mendesak supaya agar graduan-graduan mereka ini diterima memasuki perkhidmatan awam tanpa syarat.
Jika demonstrasi inilah yang mahu dijadikan ukuran untuk menggegarkan kerajaan, saya fikir sekolah agama rakyatpun akan berdemonstrasi juga. Lihatlah dan pergilah membuat lawatan ke sekolah agama rakyat, ibarat segan mati tak mahu. Pernahkah orang Islam membuat tunjuk perasaan seperti ultra kiasu. Sedangkan hak Islam dan orang Islam dijamin dengan jelas dalam perlembagaan, terutama perkara berkaitan dengan pembinaan institusi Islam yang mesti dibiayai oleh negara.
Saya tidak pernah risau majoriti mereka mengejek timbalan menteri pelajaran ketika perhimpunan. Ini sebahagian daripada taktik strategi mereka. Selepas ini perkara ini akan dibawa kepada menteri pelajaran dan diminta menebuskan balik penghinaan tersebut untuk menagih simpati. Akhirnya, kerajaan jadi sedih bersimpati, dan memberikan segala tuntutan mereka. Taktik lapok ini sudah lama saya fahami. Bila tuntutan itu dipenuhi, malah menteri tersebut akan dijulang kembali oleh ultra kiasu.
Bayangkan jika kita tunduk kepada tuntutan tersebut, apakah akan terjadi kepada agenda kebangsaan dan pembinaan negara bangsa. Saya menyeru kepada Umno dan Pas, jangan tunduk kepada ultra kiasu ini. Sama ada dipenuhi atau tidak, tuntutan mereka, mereka tidak akan mengundi Umno (BN) dalam pilihan raya akan datang. Bukti yang ada sudah cukup jelas. Jika diberi, bermaharajalelalah mereka. Jika tidak diberikan pun, mereka masih menang, kerana mereka sudah ada wakil dalam BN dan kerajaan ultra kiasu di beberapa negeri.
Justeru, janganlah lihat demonstrasi ultra kiasu ini sebagai ancaman. Tetapi lihat demontrasi itu sebagai peluang untuk kita memperkasakan agenda kebangsaan, bukannya tunduk kepada pemikiran komunis ini .
Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Minggu, 18 Maret 2012
LAGI RIDHUAN TEE BALUN PAS,,,PANDANGAN AKADEMIK
LANGSUNG DARI BLOG RIDHUAN TEE....
Jangan jahil dalam politik
(Sinar Harian 19 Mac 2012)
Lanjutan artikel saya yang disiarkan minggu lalu, seorang ahli parlimen di utara Perak yang juga mempunyai doktor falfasah dan juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, menuduh saya bodoh dan menjadi penulis upahan Umno. Tuduhan tanpa bukti ini agar sukar untuk saya terima kerana datang daripada seorang pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam. Islam yang sudah sinonim dengan parti ini, tidak disertai dengan akhlak Islam pemimpinnya. Akhlak sebeginilah sebenarnya yang akan menjahanamkan imej Islam.
Namun, saya tidak hairan akan ketidakmatangannya, kerana beliau hanya mengkhusus dalam bidang kajian organisasi, bukan bidang politik dan kerajaan. Jika dia tuduh saya bodoh, saya yakin dia lebih bodoh. Kejahilan beliau begitu terserlah. Setelah sekian lama menceburkan diri dalam politik, sepatutnya beliau menjadi lebih alim, tetapi tulisannya menserlahkan kejahilannya.
Fokus tulisan saya adalah beza antara parti politik dan kerajaan. Parti politik bersifat sementara, manakala kerajaan akan terus kekal selagi ada negara. Parti politik tidak boleh menjadi kerajaan. Parti politik hanya ruling party kepada kerajaan. Kerajaan telah wujud dalam sebuah negara berdaulat, sebelum wujud parti politik. Tidak ada sebuah parti politikpun yang boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah kepunyaan bapaknya walaupun mungkin parti itu memperolehi majoriti untuk menguasai kerajaan. Asas-asas ini perlu difahami. Jika tidak, sia-sia sahaja menceburi bidang politik. Pemikiran sebegini bukan sahaja tidak layak beliau mentadbir negara, apatah lagi untuk diundikan dalam PRU 13 akan datang.
Inilah sikap sebahagian pemimpin ektrim Islam yang rakus untuk berkuasa. Mereka tidak membaca sepenuhnya artikel yang ditulis. Saya tidak hanya mengkritik Pas, tetapi turut mengkritik Umno dan BN. Saya turut mencadangkan agar Umno dan BN memberikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Namun, beliau mengatakan saya hanya memberikan pandangan sebelah pihak. Saya harap hatinya tidak menjadi buta disebabkan oleh fanatik kepartian. Buatlah lebih banyak pengajian dan penyelidikan supaya tidak menampakkan kebodohan selaku seorang ahli parlimen.
Selaku seorang pemimpin Islam berpengalaman, sepatutnya kita menerima kritikan secara terbuka. Pandangan saya perlu dijadikan muhasabah diri. Ini tidak, pantang dikritik sedikit, ibarat cacing kepanasan. Inikah sikap anak kepada seorang ulamak dan pemimpin tertinggi Pas? Sepatutnya beliau mewarisi sikap lunak perjuangan Allahyarham bapanya. Namun, sebaliknya berlaku. Malang sungguh Pas mempunyai pemimpin seperti ini.
Jika masih tidak faham biar saya ulang. Parti yang menguasai kerajaan hanya berlaku dalam negara komunis. Saya tidak kata Pas itu komunis. Kecuali yang makan cili… Saya hanya persoalkan, kenapa Kerajaan Kedah perlukan Pas sebagai penasihat sedangkan kerajaan Kedah adalah kerajaan rakyat? Jika sudah tidak ada locus standi, kenapa perlu membuang masa dan tenaga? Bukankah semua exco Kedah itu warak-warak belaka? Adakah kita masih tidak mempercayai mereka?
Lagipun kerajaan tersebut adalah kerajaan negeri rakyat Kedah, bukan kerajaan Pas? Apa kata wakil-wakil rakyat lain yang bukan Pas? Jika ahli parlimen Pas tersebut masih tidak faham, biar saya jelaskan. Terdapat beberapa jenis parti politik dunia hari ini yang menjalankan urusan pentadbiran kerajaan. Parti politik tersebut dibahagikan kepada empat jenis iaitu, sistem satu parti (parti komunis), sistem dwi parti (seperti yang diamalkan Amerika dan Britain), sistem pelbagai parti (Malaysia) dan sistem parti dominan (Singapura). Malaysia boleh jatuh dalam dua kategori, sistem pelbagai parti dan parti yang dominan (Umno).
Kebiasaannya, parti-parti politik bertanding dan mendapat majoriti akan menguasai kerajaan. Parti politik yang mempunyai majoriti di parlimen atau DUN berkuasa untuk melantik menteri atau exco kerajaan negara/negerinya. Menteri/exco yang dilantik berkuasa untuk menentukan hala tuju kementerian dalam kerajaan yang diterajuinya.
Begitu juga terdapat perbezaan antara parlimen dan kerajaan. Parlimen juga bukan kerajaan. Insitusi Parlimen mewakili rakyat. Wakil rakyat yang dipilih rakyat hanya menjalankan urusan kerajaan. Namun, jika sesebuah parti tidak mendapat majoriti dalam parlimen, mereka mesti menghormati parti-parti politik lain yang turut dipilih rakyat dan membentuk kerajaan campuran. Dalam kata lain, wakil rakyat hanya mengisi kerusi di Parlimen bagi memboleh urusan kerajaan berjalan.
Pemimpin kerajaan adalah Perdana Menteri. Perdana Menteri akan memilih jawatan kuasa atau kebinet yang akan membantunya. Kerajaan juga berbeza dengan mereka yang memenangi pilihan raya mewakili parti politik. Berasaskan kepada hujah-hujah inilah saya masih bertegas, jawatankuasa yang diwujudkan tidak ada hak untuk memantau atau memberi nasihat kepada kerajaan negeri.
Minggu lalu, Pas telah melantik seorang pemimpin berasal dari Kelantan untuk mengetuai panel lima orang dalam jawatankuasa pemandunya bagi memantau pelaksanaan manifesto di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat. Menurut Pas, jawatankuasa berkenaan tidak mencampuri urusan negeri dan hanya akan memberi teguran kepada pemimpin negeri tersebut mengikut saluran parti. Antara isu yang akan ditekan jawatankuasa berkenaan ialah sikap kerajaan Kedah dalam isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Persoalan saya, adakah Pas kekurangan cerdik pandai dan ulamak kalangan orang Kedah untuk mengetuai jawatankuasa tersebut? Tidakkah orang Kedah lebih faham keadaan politik negeri Kedah?
Persoalan siapakah yang memberikan mandat atau legitimasikan kepada jawatankuasa pemandu ini untuk memberi nasihat kepada kerajaan yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat terdiri dari pelbagai parti dan latar belakang berbeza? Ia hanya boleh berlaku jika hanya satu parti yang berkuasa seperti yang berlaku dalam kerajaan komunis.
Justeru, saya menyeru kepada pimpinan Pas supaya berfikir dua kali. Jika kita mengatakan orang lain tidak betul, maka tunjukkanlah bezanya antara kita dengan orang lain itu. Tidak rugi sebenarnya melakukan muhasabah dan mengakui kelemahan sendiri. Kecualilah jika terlalu taksub, kita hanya yang betul, orang lain semua salah.
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Senin, 12 Maret 2012
RIDHUAN TEE BALUN PAS KEDAH
TULISAN RIDHUAN TEE DI BAWAH.......
Nampaknya pemimpin PAS pusat begitu gembira kerana dapat menyelesaikan krisis dalaman kepimpinan kerajaan negeri Kedah. Salah seorang Naib Presiden PAS menangis teresak-esak kerana keputusannya dikatakan telah diterima baik oleh Menteri Besar dan Exco yang terbabit. Jawatan Kuasa Pemandu turut ditubuhkan bagi memantau perjalanan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri Kedah. Exco yang terbabit berkata mereka akur keputusan kepimpinan tertinggi parti dan bukannya keputusan MB Kedah.
Secara professional, PAS Pusat sepatutnya menyerahkan budi bicara Menteri Besar (MB) dan kabinetnya untuk menyelesaikan segala masalah yang berlaku, supaya tidak timbul isu parti menguasai kerajaan. Amalan ini jarang sekali berlaku. Lagi pula, wakil rakyat PAS bukan calang-calang orang, majoriti bergelar ustaz. Jika tidak ustazpun, mereka adalah protaz (professional ustaz).
Boleh dikatakan kebanyakan orang PAS ‘alim-alim’ belaka. Berkonfrantasi secara terbuka, bukanlah budaya politik PAS. Biasanya, jika mengikut amalan PAS sebelum ini, mereka akan meminta petunjuk daripada Allah SWT dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Apatah lagi masalah yang dihadapi hanyalah krisis dalaman parti. Namun demikian, keadaan berlaku sebaliknya. Mungkinkah wakil rakyat ini terlalu mengejar dunia sehingga mereka lupa mendapatkan petunjuk seperti yang biasa dilakukan sebelum ini? Mungkinkah juga mereka sudah lupa untuk bangun solat malam? Apakah mereka sudah lupa amalan tok guru?
Selaku pengkaji ilmu politik dan kerajaan, ingin saya jelaskan bahawa kerajaan dan parti politik adalah dua institusi berbeza. Parti politik tidak boleh menjadi kerajaan. Parti politik adalah parti politik, ia tidak berdaulat. Kerajaan telah wujud sebelum wujudnya parti politik dan ianya berdaulat. Kerajaan sudah wujud apabila sebuah negara berdaulat terbentuk. Barisan Nasional (BN), UMNO, PKR, PAS dan DAP, bukannya kerajaan. Mereka hanyalah ruling party atau parti yang menguasai atau menjalankan urusan kerajaan. Justeru, adalah salah jika kita katakan, “Ini projek kerajaan BN, kerajaan PR, kerajaan PAS atau kerajaan DAP”. Pada hemat saya, lebih molek jika ditulis atau disebut “Ini adalah projek kerajaan pilihan rakyat”.
Pendek kata, dalam demokrasi, tidak sepatutnya berlaku parti politik menguasai kerajaan kecuali dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem komunis. Parti yang dominan akan menguasai seluruh jentera kerajaan seperti negara China dan Korea Utara. Keputusan yang dibuat untuk rakyat ditentukan oleh parti yang dominan. Suka atau tidak, rakyat terpaksa menerimanya. Saya beranggapan, PAS tidaklah akan bertindak sebegitu.
Namun, jika dibiarkan berlaku, integriti PAS selama ini akan tercabar. PAS akan dilihat cuba menguasai kerajaan. Sedangkan kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan rakyat, bukan kerajaan parti, bersesuaian dengan makna demokrasi, “kerajaan dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat”. Bukannya kerajaan dari PAS untuk PAS kepada PAS. Jika itulah yang akan berlaku, PAS akan menerima akibatnya nanti. PAS perlu sedar, kerajaan Kedah bukan kepunyaan PAS, tetapi kepunyaan rakyat. Dalam sesebuah negara atau negeri, tidak semuanya menyokong PAS.
Justeru, hak rakyat perlu diberikan sewajarnya. Saya tidak hanya merujuk kepada kerajaan yang pimpin oleh PAS sahaja, tetapi juga parti politik yang lain. Perlu diingatkan, apabila kabinet dibentuk untuk mentadbir kerajaan, bermakna kabinet tersebut adalah kabinet rakyat, bukan parti. Mereka yang dilantik adalah wakil rakyat, bukan wakil parti lagi. Dibimbangi apabila parti menguasai kerajaan, keputusannya bukan lagi keputusan rakyat tetapi keputusan parti.
Dalam demokrasi, rakyat tidak sewajarnya menjadi mangsa hanya kerana perbezaan ideologi dan parti politik. Rakyat tidak bersalah, yang salah adalah orang yang menguruskannya. Sama juga isu royalti minyak. Jika itulah yang menjadi hak rakyat Kelantan, berikanlah, seperti mana yang disebut oleh Tun Mahathir baru-baru ini. Jangan mangsakan rakyat Kelantan keseluruhan, hanya kerana majoriti mereka memilih PAS untuk menjadi ruling party. Rakyat Kelantan tidak bersalah. Hak rakyat perlu diberikan dan ditunaikan. Jangan biarlah seluruh umat Islam menderita. Lagipun majoriti rakyat Kelantan adalah orang Islam. Tolong PAS atau tolong UMNO, umat Islam juga yang merasainya. Adakah kita masih lagi tidak boleh bezakan? Adakah ultra kiasu lebih baik daripada UMNO dan PAS? Ingatlah, doakan orang yang teraniaya tidak ada hijabnya.
Saya yakin suatu hari ini, dengan kewibawaan kepimpinan hari ini, yang dipimpin oleh Perdana Menteri, pasti royalti tersebut akan diberikan kepada rakyat Kelantan. Pada ketika itu, kita amat mengharapkan, jika PAS masih lagi menguasai Kelantan, berikanlah bantuan kepada sesiapa sahaja, tanpa pilih kasih. Jangan hanya mengutamakan ahli sendiri atau ahli parti, tetapi lihatlah rakyat secara keseluruhan. Inilah sunnah yang telah ditinggalkan oleh Baginda SAW dan para sahabat. Jika kita boleh memberi bantuan kepada bukan Islam, kenapa sukar sangat untuk membantu sesama Islam. Bukanlah kita semua bersaudara?
Secara peribadi saya MB Kedah. Saya kenal hati budinya. Beliau bukanlah kalangan jenis yang terlalu mengejar dunia, termasuk projek-projek negeri, berbanding dengan exco-exco yang tidak sefahaman dengannya. Saya masih ingat bagaimana bisnes minyak saudara saya disebotaj oleh wakil-wakil rakyat PAS yang bergelar exco ini. Mereka nampaknya begitu ghairah untuk hidup mewah dan bermesyuarat di hotel lima bintang. Akhirnya bisnes minyak saudara saya itu lingkup angkara exco-exco ini. Tidak semua exco yang bergelar ustaz dan protaz ini baik. Mereka juga mahukan habuan dan kepuasan nafsu dunia. Mereka tidak hanya cukup dengan seorang isteri. Dahulu mereka menuduh BN dan UMNO mengamalkan rasuah dan kroni. Bila sampai sendiri memerintah, tidak banyak bezanya. Jangan sampai mengata dulang paku serpih, mengata orang, kita yang lebih.
MB Kedah sanggup menjadi tidak popular dengan mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah yang melanggar undang-undang mengikut peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Tindakan ini amat tidak disenangi oleh Pakatan Rakyat dan orang PAS sendiri yang mahukan AUKU dimansuhkan sama sekali mengikut selera ultra kiasu.
Tetapi itulah sifat MB Kedah, begitu professional. Ingatan saya kepada PAS, walaupun tidak sehaluan dengan kerajaan pusat, tidak semestinya semua perkara baik, yang datang daripada BN dan UMNO mesti ditolak. Berpolitiklah secara matang. Mana baik dan buruk mesti tahu dibezakan. Jangan kerana perbezaan ideologi dan parti, pintu hati kita tertutup dalam menilai kebenaran.
Inilah politik rimba yang masih lagi sukar untuk dibuang daripada segelintir pemikiran umat Islam sehingga ultra kiasu mengambil kesempatan. Dengar sahaja nama UMNO dan BN semuanya ditolak, seolah-olah UMNO tidak memberi apa-apa sumbangan selama ini. Tidakkah sepatutnya kita mengamalkan sikap yang baik itu diterima, manakala yang merosakkan itu ditolak, tidak kiralah datang dari sesiapapun. Begitulah juga sebaliknya. Saya tidak tujukan kepada sebelah pihak sahaja.
Janganlah kerana terlalu mengejar dunia dan mahu menjadi kaya raya sehinggakan lupa perjuangan asal. Saya tidak menolak masih ada yang ikhlas dalam perjuangan. Jika dahulu, para pejuang PAS sanggup berbasikal dan tinggal dalam pondok buruk, seperti mana yang diamalkan oleh tok-tok guru mereka. Hari ini, tidak lagi, mereka sudah pandai berlumba-lumba untuk mendapatkan tender di sana sini. Saya tidak kata, hidup mewah itu salah, tetapi ia bukan perjuangan PAS yang saya kenal dulu.
Saya difahamkan, rakyat Kedah tidak selesa dengan pembentukan Jawatan Kuasa Pemandu PAS, terutamanya kalangan mereka yang berada dalam Perkhidmatan Awam Kedah. PAS tidak berhak untuk menentukan masa depan Kerajaan Kedah. Hormatilah MB Kedah dan barisan kepimpinan untuk menentukan hala tuju negeri mereka sendiri. PAS perlu memahami budaya politik Kedah berbeza budaya politik Kelantan. Bagi rakyat Kelantan, ikon mereka mungkin Tok Guru dan PAS. Namun, keadaan ini mungkin berbeza dengan negeri Kedah.
Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Rabu, 22 Februari 2012
BILA MELAYU MENJADI BARUA DAP,,,,,,SIAPA LAGI NAK BELA KITA ?
DARI RAKAN FB DAN BLOGER....AKTIVIS PENDANG JR....
Demi kuasa, orang Islam dalam PAS dan PKR sanggup ketawa jika DAP menghina Melayu, tapi demi Islam, Dr. Mohd Ridhuan Tee, sanggup membela bangsa Melayu yang digelar pendatang oleh DAP.
KPS: ALIF, BA DAN TA(AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR)....
Minggu, 19 Februari 2012
DARI PENA RIDHUAN TEE.....TERBARU DAN ANDA MUNGKIN YANG PERTAMA BACA
Tentang penghinaan terhadap Islam
(Sinar Harian 20 Feb 2012)
Saya berkeyakinan bahawa orang Melayu yang menyertai parti ultra kiasu mempunyai hasrat untuk dipilih menjadi calon menjelang Pilihan Raya Umum 13, bukan kerana percaya kepada dasar parti tersebut. Almaklum sahajalah ultra kiasu sedang mencari calon-calon Melayu yang boleh diperalatkan dan ditonjolkan, bagi membuktikan bahawa mereka bukan lagi parti perkauman tetapi parti berbilang kaum. Perjuangan mereka bukan ‘Chinese first’, tetapi ‘Malaysian first’. Untuk memenuhi nafsu serakah mereka itu, maka muka-muka Melayupun dicari, terutama Melayu yang kontroversi dan mempunyai sedikit pengaruh. Malangnya, Melayu-Melayu ultra ini masih tidak sedar diri. Mementing kuasa daripada masa depan agama, bangsa dan negara. Cuba tanya parti ultra kiasu ini, apakah mereka sudah meninggalkan perjuangan Malaysian Malaysia ataupun Chinese first?
Justeru itulah, Melayu sepatutnya menjauhi parti perkauman ini yang boleh mengancam masa depan Islam, Melayu dan Raja. Orang Melayu tidak ada pilihan lain, melainkan sama ada memilih altenatif parti yang didominasi oleh umat Islam, antara PAS dan UMNO. Jika UMNO bukanlah pilihan, sekurang-kurang pilihlah PAS. Matlamat PAS jelas, walaupun dalam usaha mencapai matlamat itu masih samar, kerana terlalu banyak berpolitik dengan ultra kiasu sehingga tergadai prinsip. PKR tidak boleh diharapkan sangat, mereka ini orang yang kecewa dengan UMNO. Perangai dan perwatakan mereka tidak banyak beza.
Bekas wartawan Melayu yang baru menyertai parti ultra kiasu sejak 21 Januari lalu berhujah, sejak bersekongkol dengan parti itu, beliau dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Misalnya, solat berjemaah di masjid, menghadiri kenduri kahwin jiran dan berterusan memberi sedekah pada malam Jumaat selepas bacaan Yasin dengan menyediakan juadah untuk jemaah. Nampak sangat hujah beliau seperti budak tidak bersekolah, tidak mencerminkan kewartawannya. Ilmu Islamnya amat cetak. Islam baginya sekadar solat dan baca yasin. Sedangkan Islam itu adalah cara hidup.
Saya syorkan Melayu ultra kiasu ini menyertai PAS jika terlalu kecewa dengan UMNO. Paling tidak, akan meningkat juga ilmu pengetahuannya mengenai Islam. Maaf, saya tidak menyentuh UMNO sebab pada bekas wartawan ini, UMNO dilihat terlalu hodoh, walaupun sebelum itu, beliau sendiri bekerja mencari rezeki anak isteri di bawah akhbar yang didakwa milik UMNO itu. Apabila sudah kecewa dan bercerai, semuanya buruk. Inilah perangai segelintir Melayu yang amat saya bimbang. Bila bercerai talak tiga, segala pekung di dada dihemburkan, sedangkan Islam melarang melakukan sedemikian. Sehingga sampai ke peringkat yang buruknya orang Islam, yang baiknya ultra kiasu yang bukan Islam.
Terbaharu, ultra kiasu menghina nasihat pemimpin-pemimpin Islam yang melarang umatnya menyambut hari kekasih atau valentine day. Pada mereka yang suka berzina ini, apakah salahnya dengan hari kekasih? Hari kekasih pada mereka begitu murni kenapa harus ditentang? Jawapan saya, hari kekasih tidak salah, tetapi berkasih-kasih sebelum nikah ketika hari kekasih, itu yang salah. Maka kuserahkanlah segala-galanya, jiwa dan raga. Akhirnya, yang menjadi mangsa orang Melayu. Ultra kiasu tidak menjadi mangsa, kerana mereka pandai makan, pandai simpan. Tidak nampak perut membuncit kerana telah dikempiskan awal-awal.
Sedangkan orang Melayu tidak ada keupayaan melakukan sedemikian, kerana agama melarang menggugurkan, walaupun hasil hubungan secara haram. Dek kerana takut malu, maka dibuanglah anak luar nikah itu merata-rata, malahan ada yang dibunuh, ditanam hidup-hidup. Adakah Melayu ultra kiasu masih buta?
Dalam Islam, tidak timbul setahun sekali baru mahu berkasih. Setelah bernikah, berkasih-kasihlah setiap saat dan waktu. Tidak perlu tunggu hari-hari tertentu. Sebenarlah budaya berkasih sehari adalah budaya jahiliah ultra kiasu. Tiada ada halal haram, malah yang haram menjadi halal. Dengan sebab itulah, mereka begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan hak asasi manusia, termasuk hubungan seks bebas, perkahwinan gay dan lesbian. Manusia lebih hina daripada binatang. Mereka mahu manusia menjadi binatang, itulah yang dinamakan valentine day pada manusia jahil ini. Fikirkanlah kata-kata saya ini apabila menyertai parti ultra kiasu.
Bekas wartawan ini juga berkata, orang Melayu dilayan dengan baik ketika berada dalam parti ultra kiasu. Satu lagi hujah dangkal. Memanglah ultra kiasu perlu bersikap sedemikian. Jika awal-awal lagi mereka sudah menutup pintu, pastinya Melayu ultra kiasu akan angkat kaki. Jika benar-benar mahu mengujikan ultra kiasu ini, syorkan supaya meletakkan ramai calon Melayu, termasuk beliau, di Bukit Bintang atau Ipoh Timur, atau mana-mana kawasan majoriti bukan Melayu. Bukannya meletakkan calon Melayu bertanding menentang sesama Melayu di kawasan majoriti Melayu. Syorkan juga supaya parti ini menyokong undang-undang Islam untuk orang Islam sahaja, bukan untuk mereka. Jawapannya pasti ada.
Hujah beliau lagi, orang Melayu kini telah mula menyedari bahawa UMNO dan BN bukan lagi parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu sebaliknya sebuah parti yang mementingkan kroni serta suku sakat mereka sahaja. Saya tidak nafikan ada kebenaran fakta tersebut, tetapi tidak seratus peratus benar. Berkali-kali saya menegur UMNO dan BN supaya berubah sebelum rebah. Perlu diingat juga, dasar UMNO dan BN selama ini turut memberi peluang kepada orang lain termasuk ultra kiasu untuk menikmati kek ekonomi yang sedia ada. Jika semua yang dilakukan UMNO dan BN buruk, sudah tentu semua ultra kiasu dan parti pembangkang yang lain berada di bawah paras kemiskinan. Persoalannya, kenapa masih ramai yang kaya raya dengan sistem yang sedia ada? Adakah kerana usaha mereka semata-mata. Sebenarnya, sistem yang sedia ada membenarkan mereka untuk menjadi kaya.
Bagaimana pula dengan kerajaan negeri pimpinan pakatan ultra kiasu, bebaskah dari kroni dan rasuah? Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja wajah-wajah ahli majlis dan tender-tender dalam majlis perbandaran. Siapakah yang bolot dan menyapu semuanya itu? Jika tidak faham Islam, tanyalah pemimpin PAS. Pasti rakan-rakan PAS akan memberikan jawapan siapakah ultra kiasu itu sebenarnya? Buat sementara ini PAS tidak ada pilihan lain, melainkan bersama ultra kiasu. Jika UMNO boleh berubah, saya yakin PAS akan meninggal ultra kiasu perkauman dan ultra kiasu Melayu ini. Selepas itu, saya cadangkan saudara pula tinggalkan ultra kiasu itu, masuklah PAS, jika UMNO bukan lagi alternatifnya, kerana saya tidak nampak perjuangan saudara dalam parti ultra kiasu boleh membawa saudara ke syurga? Perjuangan mereka jauh sekali dari landasan agama. Tanyalah ustaz-ustaz PAS jika masih jahil. Jangan lupa mendampingi ustaz-ustaz PAS ketika berada di masjid membaca yassin. Jika benar Melayu yang menyertai parti ultra kiasu ini ikhlas, beri amaran kepada ultra kiasu supaya jangan bersikap kurang ajar mencampuri hal ehwal agama Islam kerana umat Islam tidak pernah mencampuri urusan agama mereka.
Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Senin, 28 November 2011
RIDHUAN TEE MELANYAK ULTRA KIASU.....
SI ULTRA KIASU......
Berhijrahlah sebelum terlambat
(Sinar Harian 28.11.11)
Artikel ini saya ubah suai sedikit daripada artikel blog ini minggu lalu kerana masih belum disiarkan oleh Sinar Harian. Harap pembaca maklum jika ada pengulangan fakta. Artikel mengenai haji dalam Sinar Harian isnin lalu dikatakan tidak ada ummpph.
Tahun Baru Islam silih berganti. Tema demi tema dipilih untuk menyedarkan umat Islam supaya menjadi lebih baik. Namun, realiti berlaku disebaliknya. Keadaan umat Islam masih sama, malah semakin membimbangkan. Apa yang jelas ultra kiasu semakin kuat dan semakin hari semakin berani. Mereka mempertikaikan kedudukan Melayu dan Islam yang jelas termaktub dalam perlembagaan tanpa rasa segan silu. Selain daripada agama Islam, isu-isu berkaitan Melayu Islam turut dicabar hebat. Kewujudkan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Maktab Sains MARA, Matrikulasi dan sebagainya dijadikan bahan untuk memburukkan Islam dan mempropagandakan ketidakadilan. Sila baca artikel terbaharu ultra kiasu yang mendakwa dirinya seorang profesor. Pelbagai tuduhan dilemparkan kerajaan dan orang Melayu Islam. Termasuklah sistem pendidikan yang kendalikan.
Dakwanya, pelajar bukan Melayu disusahkan dengan peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM), manakala pelajar Melayu disenangkan melalui peperiksaan di institusi MARA dan Matrikulasi kerana soalan dibuat sendiri oleh guru atau pensyarah di institusi berkenaan. Maka tidak hairanlah katanya, ramai pelajar Melayu mendapat keputusan yang cemerlang setiap tahun kerana soalan telah dibocorkan. Tuduhan ini amat melampau, biadab dan kurang ajar. Beliau tidak sedar berapa ramai pelajar-pelajar Melayu yang turut mengambil STPM? Kenapa beliau hanya merujuk kepada pelajar bukan Melayu sahaja yang mengambil STPM? Inilah agenda yang amat licik dan desperado.
Jika begitulah keadaannya, bermakna, pelajar-pelajar universitipun turut terlibat sama kerana majoriti pensyarah dan pelajarnya adalah orang Melayu (Islam) dan bumiputera. Persoalannya, siapakah yang paling ramai mendapat kelas pertama dan kedua atas setiap kali konvokesyen di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)? Adakah dengan adanya ramainya pensyarah Islam di IPTA, maka soalan-soalan dibocorkan kepada pelajar-pelajar Melayu. Bagaimana pula dengan pensyarah bukan Melayu, adalah soalan tersebut tidak dibocorkan pelajar bukan Melayu?
Kenapa ultra kiasu ini tidak menyebut langsung kewujudan Sekolah Persendirian Cina, Kolej Tunku Abdul Rahman, universiti merdeka seperti Universiti Tun Abdul Razak (UTAR), Universiti Terbuka Wawasan, Universitui AIMST dan ratusan IPTS yang dipunyai oleh bukan Melayu dan ultra kiasu? Tidak cukupkah universiti tersebut untuk menampung bukan Islam yang kurang daripada 40 peratus? Kajilah juga berapa ramai pelajar yang dihantar ke universiti Taiwan dan China? Lihatlah saban tahun bagaimana mereka mendesak kerajaan memberikan biasiswa, penempatan di universiti dalam dan luar negeri untuk subjek-subjek kritikal (perubatan) dan sebagainya. Apakah kemasukan mereka ke IPTA dan IPTS tidak menunjukkan lambakan bukan Melayu berada di menara gading? Kenapa dan mengapa umat Islam sering dijadikan mangsa dan dikatakan rasis, tetapi tidak mereka? Mungkin ada yang mendakwa bukan Melayu menggunakan wang sendiri berbanding Melayu Islam. Apakah benar? Kajilah juga bantuan kerajaan. Ribuan hektar tanah telah dikorbankan untuk pembangunan universiti perkauman seperti UTAR, AIMST dan IPTS yang lain? Apakah bukan Melayu yang kaya raya hari ini semata-mata hasil usaha sendiri tanpa melihat bagaimana sistem yang sedia ada menjadi mereka kaya raya?
Pernahkah orang Islam menuduhkan guru atau pensyarah IPTS memberikan soalan bocor kepada pelajar-pelajarnya? Penulis artikel yang mendakwa dirinya profesor ini sepatutnya membuat penyelidikan yang terperinci. Bila kena pada Melayu Islam dikatakan rasis. Bila kena pada mereka, itu adalah keadilan.
Berapa ramai pelajar Melayu yang gagal di IPTA berbanding pelajar bukan Melayu setiap tahun? Jika tenaga pengajar Melayu membocorkan soalan peperiksaan sudah tentu pelajar-pelajar Melayu sahaja yang akan mendapat markah terbaik. Tetapi hakikat sebenarnya bagaimana? Tuduhan liar, tidak berasas dan amat tidak bertanggungjawab? Adakah semua kemudahan ini dapat dikecapi oleh umat Islam yang menjadi minoriti di China dan India? Adakah umat Islam di sana dibenarkan berkata ini adalah rasis?
Persoalan Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), perjawatan di sektor awam dan agihan saham amanah juga dibangkitkan. Buatlah kajian berapa ramai bukan Melayu yang telah dilantik memegang dalam tinggi dan pembuatan dasar. Lihatlah juga apa yang telah berlaku kepada Petronas. Siapakah yang lebih berkuasa, Melayu atau ultra kiasu? Berapa ramai bukan Melayu yang telah dimasukkan menjadi ahli lembaga pengarah Petronas, Maybank, CIMB Bank, Ambank dan lain-lain syarikat kepunyaan Melayu? Berbanding dengan bank-bank dan syarikat bukan Melayu. Berapa ramai orang Melayu dilantik sebagai ‘pak pacak’ (pengerusi/pengarah) untuk mendapat tender dan kontrak kerajaan? Sedangkan Melayu tersebut langsung tidak diberikan peranan? Hanya mendapat gaji dan elaun buta. Saya teramat sedih melihat ‘orang-orang besar dan berpengaruh serta bergelar’ ini diperalatkan. Agenda Melayu dan Islam endah ke mana. Mereka leka dengan wang ringgit yang diumpankan.
Ayuh wahai umatku! Sedarlah, bahawa kita sudah diperalatkan sekian lama. Di luar masih ramai yang merintih kerana merempat di bumi sendiri. Tanyalah orang Melayu yang berada di Petronas betapa sakitnya hati mereka melihat keadaan ini bila mana pekerja Melayu mula dipinggirkan, termasuk pemberian kontrak. Justeru, saya mohon dan merayu kepada Melayu Islam yang memegang jawatan tinggi di Petronas dapat memantau perkara ini. Jangan hanya seronok dan khayal dengan jawatan tinggi yang diberikan. Jawatan itu amanah, laksanakan dengan baik-baiknya. Fikirkanlah sama baik buruknya kepada masa depan agama dan bangsa dalam membuat sebarang keputusan.
Satu persoalan lagi, kenapa tidak dibandingkan dengan lambakan sektor swasta yang dikuasai oleh bukan Melayu melebihi 70 peratus yang rata-ratanya mengambil pekerja bukan Melayu dengan meminggirkan orang Melayu Islam? Usahlah ditanya kedudukan dan penggunaan bahasa Melayu di sana. Langsung tidak dipraktikkan atau didaulatkan. Jika adapun pekerja Islam dan bahasa Melayu digunakan, ia hanya untuk melariskan jualan. Lihatlah bagaimana orang Melayu (termasuk pekerja Indonesia) diperalatkan untuk kepentingan perniagaan mereka.
Berapa ramai pekerja-pekerja Melayu yang diperalatkan tidak dibenarkan solat ketika waktu kerja dan juga solat jumaat. Saya amat hairan kenapa parti-parti politik seperti UMNO, PAS dan PKR tidak sensitif dengan perkara ini. Adakah wajar kita menuduh semua ini salah UMNO, seolah-olah kita tidak bersalah. Pernahkah kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang mengambil berat perkara ini? Adakah syarikat bukan Melayu diberikan surat peringatan oleh kerajaan negeri supaya menghormati pekerja-pekerja Islam untuk menunaikan tanggungjawabnya?
Saya menyeru kepada umat Islam supaya berhati-hati dengan perancangan ultra kiasu yang jelas-jelas bersekongkol dengan musuh Islam untuk memusnahkan Melayu dan Islam. Selaku Cina Islam, saya perlu bangkit mempertahankannya, kerana jika lenyap Islam, maka lenyaplah penganut agamanya, tidak kira sama ada yang lahir Islam atau yang baru memeluk Islam.
Bersempena sambutan Tahun Baharu Islam 1433, bertemakan “persefahaman asas perpaduan ummah”, marilah kita bersefahaman dan bersatu atas nama Islam, menghadapi semua angkara durjana perancangan ultra kiasu bertujuan menghancurkan Islam ini. Berhijrahlah sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur. Menangis air mata darah sekalipun tidak akan berjaya mengembalikan nasi setelah menjadi bubur nanti. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433.
Prof. Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Kumpulan Pemikiran Politik dan Peradaban Islam
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Langganan:
Postingan (Atom)




