Kamis, 30 Mei 2013

HARGA MINYAK MALAYSIA KE-8 TERMURAH DI DUNIA PADA SAAT INI

Harga minyak di Malaysia, iaitu pada RM7.29 segelen atau RM1.90 seliter yang kelapan paling murah di dunia, demikian mengikut kajian dibuat oleh agensi berita kewangan antarabangsa, Bloomberg. Mengikut kajian bertajuk ‘Highest & Cheapest Gas Prices by Country’ itu, harga petrol di negara ini dalam dolar Amerika Syarikat (AS) adalah pada AS$2.36 segelen, juga paling murah di Asia Tenggara. Kajian dibuat berdasarkan himpunan profil data daripada Associates for International Research Inc (AIRINC); portal pemantau tenaga Eropah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); dan Energy Information Administration dari Amerika Syarikat (AS). Bloomberg dalam kajiannya membabitkan 60 negara itu menyenaraikan Venezuela sebagai negara dengan harga petrol paling murah di dunia, diikuti Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran, Nigeria, Malaysia, Mexico dan AS. Turki disenaraikan sebagai negara dengan harga petrol paling mahal di dunia, diikuti Norway, Belanda, Itali, Portugal, Greece, Sweden, Belgium, Perancis dan Denmark. Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia berada di tempat ke-11, Thailand (13), Filipina (17) dan Singapura ke-22). Harga petrol di Singapura dijual pada AS$6.26 atau RM19.43 segelen; Indonesia (AS$3.66 atau RM11.31 segelen); Thailand (AS$4.42 atau RM13.65 segelen); dan Filipina (AS$4.87 atau RM15.05 segelen). Purata 1.17 liter sehari Bagi Malaysia, kajian Bloomberg itu menyatakan, seorang rakyat di negara ini perlu membelanjakan 7.5 peratus daripada purata gaji harian mereka, iaitu AS$32 (RM98.90) sehari untuk membeli segelen petrol. Mengikut kajian itu, secara purata seorang penduduk negara ini menggunakan 0.31 gelen (1.17 liter) petrol sehari. Sebagai perbandingan di rantau ini, seorang penduduk di Indonesia dengan purata pendapatan harian AS$11 (RM33.99) perlu membelanjakan 33 peratus, manakala di Thailand yang penduduknya memiliki purata gaji harian AS$17 (RM52.53) pula 25 peratus. Rakyat Filipina dengan pendapatan harian AS$7.11 (RM21.96) perlu membelanjakan purata 69 peratus, sementara penduduk Singapura yang memperoleh purata pendapatan harian AS$139 (RM429.5) sehari sebanyak 4.5 peratus. Berbanding sembilan negara dengan harga petrol paling murah pula, yang mana kecuali Mexico adalah dalam kalangan 20 negara yang memiliki rizab minyak terbesar, penduduk Venezuela dengan purata pendapatan harian AS$31 (RM95.79) hanya perlu membelanjakan 0.2 peratus, manakala penduduk Arab Saudi dengan purata pendapatan harian AS$64 (RM197.76), sebanyak 0.7 peratus. Penduduk Kuwait pula dengan purata pendapatan harian AS$123 (RM380.07) perlu membelanjakan 0.7 peratus; sementara penduduk Mesir dengan purata pendapatan harian AS$9.04 (RM27.93) pula sebanyak 13 peratus. Di UAE, penduduknya dengan purata pendapatan harian AS$180 (RM556.20) perlu membelanjakan satu peratus dan penduduk di Iran dengan purata pendapatan harian AS$18 (RM55.62), sebanyak 12 peratus. Penduduk di Nigeria yang memiliki purata pendapatan harian AS$4.74 (RM14.64) perlu membelanjakan 49 peratus, manakala penduduk Mexico dengan purata pendapatan harian AS$29 (RM89.61) sebanyak 11 peratus. Penduduk di AS dengan purata pendapatan harian AS$140 (RM432.60) pula perlu membelanjakan sebanyak 2.4 peratus. Berbanding Turki, rakyatnya yang berpendapatan purata AS$30 (RM92.70) sehari pula perlu membelanjakan purata 33 peratus daripada gaji mereka untuk membeli segelen bahan api itu. Kerja sehari setengah Sementara itu, rakyat Pakistan dengan purata pendapatan harian sekitar AS$3.55 (RM10.96) sehari, iaitu paras paling rendah dalam kalangan 60 negara dikaji, terpaksa bekerja kira-kira sehari setengah hanya untuk membeli segelen petrol. Negara yang dipilih dalam kajian Bloomberg itu adalah negara yang memiliki purata pendapatan individu minimum AS$3.50 (RM10.81) sehari, manakala harga petrol yang dinyatakan pula berasaskan pada harga segelen petrol biasa tanpa plumbum dalam nilai dolar AS. Harga yang diambil kira pula ialah yang paling murah bagi setiap negara berikutan gred petrol berbeza mengikut negara. Maklumat data negara yang terbabit dalam kajian itu diperoleh agensi berita itu daripada CIA World Factbook dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Sumber: bharian.com.my

THE RED BEAN ARMY ADALAH SEKUMPULAN MANUSIA BODOH

THE RED BEAN ARMY YANG KONONNYA MENJADI KETAKUTAN BANYAK PIHAK KINI MULA TERASA PANAS BERBAHANG. KETEGASAN KDN YANG DITERAJUI DATO' SERI ZAHID HAMIDI BERJAYA MENGUBAH SEDIKIT SENARIO SEMASA KEBUASAN PIHAK PR DENGAN TINDAKKAN TEGAS TANPA AMARAM SAHAJA. TAHNIAH DATO SERI. TETAPI APAKAH HEBATNYA "THE RED BEAN ARMY" INI YANG DIBAYAR DENGAN SEJUMLAH BESAR WANG TETAPI MASIH BODOH PIANG, MANDOM , LA'E DAN KORO TAK SUDAH. APAKAH MEREKA INI JUGA SEBODOH GUAN ENG DAN DAP KERANA TERSILAP KIRA DALAM CEC DAN JUGA TERSILAP TAIP HARGA TEROWONG DASAR LAUT? DARIPADA GAMBAR DI ATAS YANG DIKELUARKAN OLEH CYBERTROPER DAP ITU JELAS MEREKA MENYATAKAN 5.5 JUTA MAJORITI RAKYAT.....KEBODOHAN TAHAPAPAKAH INI? RAKYAT MALAYSIA MELEPASI 28 JUTA TETAPI BAGI MEREKA 5.5 JUTA ITU ADALAH MAJORITI. KALAU ADA PIHAK MENGATAKAN MEREKA INI BAHAYA.....SILA FIKIRKAN SEKALI LAGI. CUMA SATU CARA UNTUK MEMUSNAHKAN MUSIBAT DAP INI DENGAN BERKESAN. MACAM MANA? PARA BLOGER BN DAN YANG PRO-BN MEMERLUKAN SEGERA RAKAN-RAKAN PENGGERAK DARI KAUM BUKAN MELAYU UNTUK BERADA DALAM ARUS PERDANA HEMISFERA BLOGER.....AYUH.....ANDA SUDAH JAUH KETINGGALAN, KALAU BUKAN SEKARANG???????? BILA LAGI???????

Selasa, 28 Mei 2013

KIAMAT UMAT MELAYU...."BILA MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI"

DARIPADA SENARAI DI ATAS, JELAS MENUNJUKKAN KEPADA KITA SELURUH CAKERAWALA BAHAWA DALAM BN DI SEMENANJUNG HANYA UMNO YANG TERHEGEH-HEGEH BEKERJA SEDAYA UPAYA UNTUK MENDAFTAR PENGUNDI BARU. KOMPONEN-KOMPONEN LAIN IBARAT MELEPASKAN BATUK DITANGGA. PERPATAH "BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN DIJINJING SAMA" TIDAK WUJUD DALAM BN. JELAS SEKALI BAHAWA BN DI SEMENANJUNG HANYA UMNO YANG TERHEGEH-HEGEH UNTUK BERJUANG. SAMA ADA DILAPANGAN MAYA ATAU DIALAM REALITI HANYA UMNO YANG TERKIAL-KIAL MENONGKAH BADAI PR. DI P-IHAK PEMBANGKANG PUN SAMA. SEBELUM PASCA PRU-13, HANYA MELAYU PAS DAN PKR YANG BANYAK MENYEMAK DI JALAN RAYA UNTUK MERUNTUHKAN KERAJAAN BN. DAP HANYA GOYANG KAKI. KONKLUSINYA MUDAH, MELAYU MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.
DALAM SITUASI BN DI SEMENANJUNG, HANYA UMNO YANG BEKERJA. KOMPONEN BN YANG LAIN SUDAH MAMPUS. BUKTINYA IALAH DARI DAFTAR PEMILIH YANG BERJAYA DIDAFTARKAN OLEH AGEN PARTI MENURUT SUMBER SPR(JAN-JUN 2010):-
KERAJAAN PEMERINTAH
UMNO-54 872 ORANG
MCA-2 897 ORANG
GERAKAN-471 ORANG
MIC-1 109 ORANG
PAKATAN RAKYAT
PAS-38 631 ORANG
PKR-13 098 ORANG
DAP- 55 321 ORANG
ANDA LIHAT SENDIRI BAGAIMANA PARTI MELAYU TEWAS KEPADA PARTI ULTRA-KIASU....KERANA MELAYU SUDAH TERPECAH DAN TERBURAI....MELAYU HANYA AKAN TINGGAL PADA 'BAJU MELAYU' SUATU MASA NANTI KALAU KEADAAN INI TERUS LAGI DAN LAGI..... MAAF.....KPS BUKAN RASIS,,,,,SEKADAR MEMPERINGAT TENTANG 'KIAMAT UMAT MELAYU'.....SINGAPURA SUDAH MERASAINYA.....APAKAH KINI GILIRAN KITA....AYUH BANGUNLAH....DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU KITA.

Senin, 27 Mei 2013

ANWAR MELIWAT BANGLA KETIKA BLACKOUT PUNCA DAKWAT KEKAL TERTANGGAL

ANWAR IBRAHIM TERUS MELIWAT FIKIRAN RAKYAT MALAYSIA. YANG TERLIWAT DAN DILIWAT FIKIRAN MERREKA BUKAN SORANG DUA TETAPI BERIBU-RIBU ORANG. SEGALA FITNAH DAN CACI CELA KEPADA KERAJAAN PILIHAN RAKYAT BN AKHIRNYA MUNGKIN AKAN MENJADI MODAL MEREKA KE NERAKA JAHANAM. TUDUHAN BERLAKU 'BLACKOUT', BANGLA MENGUNDI SERAMAI 40 RIBU ORANG, PETI UNDI DIBUANG DARI HELIKOPTER DAN SEGALA PENIPUAN MAHA DAJJAL OLEH PAKATAN RAKYAT AKHIRNYA SEPERTI BIASA TERKENA BATANG HIDUNG MEREKA SENDIRI SEPERTI MANA DIKENCING PADA 16 SEPTEMBER 2008 YANG MENJADI PENYEBAB UTAMA KPS BERALIH ARAH MENYOKONG DAN MENJADI 'HARDCORE' BARISAN NASIONAL. CUBA TENGOK LAPORAN POLIS OLEH PAK NUAR.....ADA TAK ISU BANGLA????? ADA ATAU TIDAK ISU 'BLACKOUT'??????ADA TAK LAPORAN TENTANG PENIPUAN KERTAS UNDI????? HANG PA SEMUA TENGOK DI BAWAH.......
“Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar.Saya ada di sana sejak jam 8.30 malam sampai awal pagi.mana ada gangguan bekalan elektrik pun.Ramai orang juga ada di sana... wartawan ada,jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada.Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana.Kalau betul berlaku (gangguan elektrik),mesti semua yang ada di sana boleh sahkan,” katanya

TEMUDUGA TERBUKA 28 MEI DI PEJABAT BURUH KULIM....SEBARKAN

PADA 28 MEI 2013(SELASA) DARI PUKUL 10 PAGI HINGGA PUKUL 3 PETANG AKAN DIADAKAN TEMUDUGA TERBUKA OLEH SYARIKAT YANG BERIKUT(SENARAI DI BAWAH) DI PEJABAT BURUH KULIM(BERSEBELAHAN MASJID KULIM):-
1)CANON ELECTRONICS
2)HERBA PRIMA MARKETING
3)INOKOM
4)KTJ MANPOWER
5)SILTERA
6)STAR TECHNOLOGY INDUSTRIAL
7)FUJI ELECTRONIC
JAWATAN
PELBAGAI JAWATAN DARI PERINGKAT SPM HINGGA PERINGKAT IJAZAH. SILA SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DAN KELUARGA. SEDIKIT USAHA KITA, BESAR MAKNANYA KEPADA MEREKA YANG MENCARI KERJA

Minggu, 26 Mei 2013

BLOGER PAS HINA FIZIKAL AZIZAN RAZAK DAN KEBODOHAN HADI AWANG....PRLAHHHHHHHH

SEMALAM SINAR HARIAN KELUAQ MUKA DEPAN ISTERI AZIZAN MERASA TERHINA KEADAAN FIZIKAL AZIZAN DIJADIKAN BAHAN GURAUAN SEGELINTIR PEMIMPIN PAS KEDAH YANG TIDAK MENYUKAI AZIZAN RAZAK. MALAH SEBUAH BLOG PRO PAS-PR PUN MENGHINA AZIZAN RAZAK YANG TURUT SAMA MELETAKKAN NAMA HADI AWANG SEPERTI DI ATAS. PERSOALANNYA KINI, APAKAH INI KONSPIRASI UMNO ATAU UMNO MEMBAYAR BLOGER 'HARD-CORE' PR TERSEBUT?????? INSYA'ALLAH......MB MUKRIZ AKAN MEMBAWA POLITIK KASIH SAYANG DI KEDAH....DAN DOA KITA SESAMA ISLAM SUPAYA AZIZAN SIHAT HENDAK-NYA.....

Rabu, 22 Mei 2013

MACAI PR 'GANTUNG DIRI' MEROYAN MIMPI UNDI 2 KALI

PEGHHHHH,,,,,KPS MEMANG SIKIT SEDIH SEBAB GAGAL UNTUK TEMUDUGA SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI UPSI. TETAPI BERITA NI BUAT KPS BOLEH LA SENYUM SIKIT. BADIGOL PR YANG SEKOQ NI KATA DIA MENGUNDI 2 KALI. YANG PELIKNYA DIA DALAM MASA YANG SAMA KELUAQ KENYATAAN YANG DIA TAK MENGUNDI DUA KALI SEBALIKNYA SIMPAN KERTAS UNDI. WOI SAMDOL FUCKatan.....HANG INGAT KAMI RAKYAT JELATAN BODOH PIANG KA? LEPAS KITA TANDA DI KERTAS UNDI KITA AKAN KE PETI UNTUK MASUKAN KERTAS YANG KITA SUDAH TANDA. AKAN ADA PETUGAS DI SITU. MACAM MANA HANG BOLEH BAWAK KELUAQ PULAK KERTAS TU?????? LU MEMANG POYO.........APA PUN BUDAK HANCING PR NI KANTOI SUDAH....LA NI KITA TUNGGU SAJA TINDAKKAN DARI POLIS.....LU MACAI PR JANGAN NAK MENANGIS SAMPAI TERKENCING PULAK LEPAS NI.....

Senin, 20 Mei 2013

LEGASI POLITIK LIAR NIK AZIZ TELAH MAMPUS DI KELANTAN

MENTERI BESAR KELANTAN YANG BARU INI AMAT MOLEK TINDAKKAN BELIAU BERBANDING DENGAN NIK AZIZ YANG AGAK KETERLALUAN DALAM BEBERAPA ISU. TERBARU KENYATAAN MB KELANTAN INI YANG MENOLAK RUSUHAN JALANAN SEBAGAI CARA UNTUK TUBUHKAN KERAJAAN. PERKARA INI SEKALIGUS MENYEBABKAN MANUSIA SEPERTI ANWAR IBRAHIM, NIK AZIZ DAN KIT SIANG SERTA KARPAL SINGH MATI PUCUK SERTA KANCING GIGI. MASIH INGATKAH KITA YANG NIK AZIZ NIK MAT PERNAH MENGELUARKAN FATWA WAJIB SERTAI PERHIMPUNAN BERTUANKAN AMGIGA LAKNATULLAH?????? NIK AZIZ JUGA SANGGUP MENYARA PESERTA BERSIH BERTUANKAN AMBIGA DENGAN MEMBERIKAN 'PITIH' KEPADA MEREKA UNTUK MERUSUH DI JALANAN. IANYA AMAT BERTENTANGAN DENGAN MB KELANTAN YANG BARU YANG DIJANGKA MEMBAWA SINAR BARU KEPADA MASYARAKAT MELAYU ISLAM. PERTAMANYA TERSINGKIRNYA ORANG ANWAR DALAM PAS IAITU HUSAM MUSA DARI SENARAI EXCO. 1HATI.....BUKAN 1PARTI

Minggu, 19 Mei 2013

RAHSIA UNTUK DAP TEWAS PRU-14....KDN WAJIB BERTINDAK

APAKAH BENAR MASYARAKAT CINA MENYEBELAHI PAKATAN RAKYAT MELEBIHI 90%. BAGAIMANA PERKARA INI BOLEH TERJADI? KENAPA MP DAP DI PARLIMEN SIPUTEH BOLEH MENANG DENGAN MAJORITI 50 000 LEBIH ? APAKAH KEHILANGAN PELANCUNG NEGARA CHINA YANG MELAWAT KE MALAYSIA YANG MENJADI KEBIMBANGAN MANTAN PERDANA MENTERI DULU ADA ASAS UNTUK DIKAITKAN DENGAN FENOMENA "TSUNAMI CINA" TERHADAP BARISAN NASIONAL? KALAU TUSNAMI 2008 MELIBATKAN SEMUA KAUM, KENAPA PADA PRU-13 MELAYU DAN INDIA MENYEBELAHI UMNO/BN? KENAPA TIDAK DISERTAKAN KAUM CINA? HARAP KDN BARU AKAN MENYIASAT PERKARA INI. JANGAN HAMPAKAN RAKYAT MALAYSIA......

Kamis, 16 Mei 2013

BANGKAI POLITIK CUBA NAK MENGAJAR ORANG KUBANG ROTAN CARA POLITIK

KPS SECARA PERIBADI SEMALAM TELAH MEMBACA TULISAN SEORANG BLOGER YANG BOLEH DIKATAKAN HEBAT. KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN KPS BAGAI LANGIT DAN BUMI. BLOGER MESRA KERAJAAN BERKENAAN MEMANG HEBAT. KPS AKUI. DITAMBAH PULA BELIAU DARI KETUMBUKKAN YANG MEMBOLEHKAN MEMBOLOT GAJET TERKINI DISAMPING RAKAN-RAKAN YANG RAMAI DALAM KUMPULAN TERSEBUT WALAUPUN BUKAN SEMUA 'HARD-CORE'@OTAI BLOGER MESRA KERAJAAN MENYUKAI KUMPULAN TERSEBUT. LANTAKLAH, ITU HAL MEREKA, KPS CUMA BILIS DALAM HEMISFERA BLOGER INI. TUJUAN KPS MENULIS INI ADALAH BAGI MEMBANTAH SISI PANDANG PEMBACAAN BLOGER BERKENAAN. MUNGKIN KERANA KERING IDEA ATAU SEKADAR MAHU MEMPERBANYAKKAN CERITA DALAM BLOG BELIAU, MAKA TULISAN YANG TIDAK BERKUALITI PUN BELIAU POST DI BLOG TERSEBUT. BLOGER HEBAT TERSEBUT MENGUTUK 'KAW-KAW' BEBERAPA S/U POLITIK PM YANG KALAH DALAM PRU-13 LALU. DARIPADA 4, KPS RASA CUMA SEORANG YANG MENANG IAITU MENJADI 'GIANT KILLER' MENEWASKAN CALON PAS DI SELANGOR. 3 LAGI TEWAS DI KAWASAN MASING-MASING. SALAH SEORANG DARI MEREKA IALAH DATO' LATT SHARIMAN. KPS KURANG BERSETUJU DENGAN TULISAN BLOGER TERSEBUT YANG MENUNJUKKAN PENGHINAAN YANG TERAMAT SANGAT KE ATAS S/U POLITIK PM SAMA ADA YANG MENANG ATAU PUN TEWAS. TAHAP KEBODOHAN BELIAU MENGULAS MENJANGKAU 9.0 PADA SKALA REKTER. INDIKATOR ATAU PENANDA ARAS APA YANG BELIAU GUNAKAN KPS TIDAK TAHU, TETAPI DARIPADA PENGALAMAN KPS, BELIAU HANYA BERTUHANKAN NAFSU DALAM MENULIS PENULISAN YANG KOTOR SEBEGITU. DATO' LATT SHARIMAN AMAT BEKERJA KUAT DI KUALA KEDAH. MALAH ORANG DI FELDA TELOI TIMUR YANG BERADA DI PARLIMEN DAN DUN LAIN PUN SANGAT MERASAI AURA LATT SHARIMAN. ADA SEORANG DARI FELDA TELOI TIMUR BERJUMPA DENGAN KPS DAN BERTANYA KEPUTUSAN DI PARLIMEN KUALA KEDAH DAN DUN KUBANG ROTAN. SELEPAS MENGETAHUI DATO' LATT TEWAS, BELIAU BEGITU KECEWA KERANA PEMIMPIN YANG BEKERJA 24 JAM 7 HARI SEMINGGU TEWAS. BLOGER BERKENAAN BUKAN DARI KUALA KEDAH DAN TIDAK TAHU KEHIDUPAN SEHARIAN PENDUDUK DI SITU. KPS PULA WALAU PUN TIDAK BERADA DI PARLIMEN KUALA KEDAH, TETAPI DI SITULAH IBU DAN BAPA KPS DILAHIRKAN. MALAH SEBUAH KAMPUNG DI KUALA KEDAH DINAMAKAN SEMPENAN MOYANG KPS YANG PERNAH MENJADI PENGHULU DI KAWASAN TERSEBUT. KUALA KEDAH BUKAN ASING BAGI KPS. SEMASA BELAJAR DI POLIMAS, KUALA KEDAH LAH TEMPAT KPS MERONDA SEKIRANYA TIADA KERJA UNTUK DIBUAT. MALAH RAMAI KAWAN-KAWAN KPS DARI KAWASAN KUALA KEDAH SEMASA KPS BELAJAR DI SEBUAH SEKOLAH TEKNIK DULU. TIMBALAN KETUA PENGAWAS JUGA DARI KUALA KEDAH BERSEKOLAH SAMA DENGAN SEKOLAH AYAH KPS DAHULU. DIPENDEKKAN CERITA KUALA KEDAH ADALAH TEMPAT PERMAINAN KPS. SEMASA BANJIR 2010 KAWASAN KUALA KEDAH TERUK TERKENA UJIAN ALLAH. RAKYAT DI SITU NAK HARAPKAN PAS....MATI KEBULUQ LA. YANG BERTUNGKUS LUMUS SEJAK DARI AWAL ADALAH DATO' LATT SHARIMAN. BUKAN KETIKA BANJIR SAHAJA, RIBUT, KEMALANGAN, SAKIT DAN DEMAM DATO' LATT PASTI HADIR. SEBAB ITU KPS AMAT TERKILAN DENGAN TULISAN BODOH BLOGER TERBABIT. KALAU TIDAK TAHU SESUATU ISU BAIK SENYAP. ITU LEBIH BAIK. ULAR KALAU MENYUSUR AKAR TIDAK AKAN HILANG BISA. MAKA PADA HEMAT KPS, PERKATAAN SEPERTI "WINKABEL CANDIDATE" TIDAK PERLU DITUJUKAN KEPADA MEREKA. KALAH TIDAK BERERTI MEREKA GAGAL. CUBA KITA LIHAT ABDUL GHANI DI JOHOR DAN ALI RUSTAM DI MELAKA. MEREKA HEBAT TETAPI TEWAS KERANA FAKTOR UNDI PERKAUMAN. MAKA, BEGITU JUGA KEADAANNYA DENGAN S/U POLITIK PM YANG TEWAS. KALAU BLOGER TERSEBUT HEBAT SANGAT, HANG MAI LA BERTANDING KAT SINI KITA SAMA-SAMA PAKAT TENGOK HANG BUNGKUIS KA HANG MENANG. TULIS GUNA AKAL BUKAN NAFSU. KPS BERHARAP AGAR PIHAK YANG LAIN PUN TIDAK MEMBUAT TELAHAN YANG BURUK SEPERTI BLOGER BERKENAAN. UNTUK PENGETAHUAN BLOGER BERKENAAN, SEMASA ORANG SUDAH MALU DAN SEGAN UNTUK MEMAKAI LAMBANG UMNO DAN BARISAN, MEREKA-MEREKA INILAH YANG MEMBERI SEMANGAT DAN KAMI DI SINI MENJULANG PANJI UMNO/DAN BARISAN WALAU DICEMUH DAN DICACI DENGAN MAHA DASYAT. PESANAN KPS KEPADA BLOGER BERKENAAN.....USAH LAH MENJADI 'BANGKAI' POLITIK. SEKIAN. DATO' LATT TERBAIK, TERUSKAN USAHA DATO LATT.....JANGAN DI DENGAQ KATA-KATA MEREKA YANG HINA ITU, KAMI RAKYAT KEDAH TERUTAMA DI KAWASAN KUBANG ROTAN AMAT MEMERLUKAN KHIDMAT DATO LATT....PERJUANGAN BELUM SELESAI.

Rabu, 15 Mei 2013

LUAHAN HATI SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK YANG WAJIB DIBACA DAN DIKONGSI

KPS ADALAH 'HARD CORE' BARISAN NASIONAL. TETAPI SESUATU YANG TELAH MENARIK KPS MENGENAI PAS KEDAH. LUAHAN HATI SECARA TERANG DAN TERBUKA SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK(MB KEDAH BAWAH PAS). BELIAU SECARA TERBUKA TELAH MELUAHKAN ISI HATI BELIAU DAN AZIZAN RAZAK APABILA PAS KEDAH MENGALAMI PERGOLAKKAN YANG MAHA DASYAT. TETAPI SEPERTI BIASA DAN CERAMAH PARTI PAS ATAU PEMBANGKANG MEREKA BERLAKON BAHAWA MEREKA HEBAT DENGAN PENUH RIAK DAN TAKSUB. TETAPI PEKUNG ITU TIDAK MAMPU LAGI DITAMPUNG DALAM HATI DAN JIWA SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK INI. MAKA DILUAHKAN OLEHNYA SECARA TERANGAN DI DALAM BLOG BELIAU SENDIRI. MALAH LEBIH MENARIK IALAH BELIAU MENYIFATKAN MB MUKRIZ(MB KEDAH BARU BAWAH UMNO) SEBAGAI ANAK DAN AYAH DENGAN AZIZAN RAZAK. TETAPI DALAM PENULISAN INI JUGA BELIAU MERAKAMKAN BAHAWA ADA ORANG PAS SENDIRI YANG MEMAKI HAMUN AZIZAN RAZAK. BOLEH JATUH AIR MATA BILA BACA TULISAN ORANG YANG PALING RAPAT DAN YANG PALING DIPERCAYAI OLEH AZIZAN RAZAK INI. SEMOGA USTAZ AZIZAN LEKAS SEMBUH. MAKA, KPS BERMURAH HATI MEMBERIKAN RUANG SEBUAH KANDUNGAN PENUH DARI BLOG PEMBANGKANG DITAYANGKAN DALAM BLOG KPS TANDA EDIT SEDIKITPUN. ANDA BACA SENDIRI TULISAN SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK DI BAWAH......BOLEH JATUH AIR MATA.....WALAU SESIAPA PUN KITA.....KITA KAN 1MALAYSIA. :)
Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Kehilangan
Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.
Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.
Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."
Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.
Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.
"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.
Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"?
MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan". Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok".
Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas.
Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. "Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali.
Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.
Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur.
Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. "As long he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off". Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.
Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok."
"Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok". Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah.
Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia.... Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman.
Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk. Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.
Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu".
Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan qasar.
Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.
Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.
Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!
Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah.
Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.
Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. " Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.
Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur. Pada tengahari hari rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.
Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!
Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok!

Selasa, 14 Mei 2013

MUKRIZ BUAT PAS SEMALAYSIA GUGUR AIR MATA

SEMALAM KETIKA KPS MENJAWAB UJIAN MEDSI UNTUK MENCUBA NASIB BAGI MELANJUTKAN PELAJARAN UNTUK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DI UUM SINTOK, DI SUDUT LAIN NEGERI KEDAH IAITU DI MASJID ZAHIR TELAH BERLANGSUNG SESUATU YANG MAMPU MENGALIRKAN AIR MATA SEKALIAN AHLI PAS SEMALAYSIA. KELIHATAN MB MUKRIZ KYUSUK MEMBACA YAASIN DAN SUJUD DALAM SOLAT HAJAT UNTUK MENDOAKAN KESIHATAN BAGI BEKAS MANTAN PEMIMPIN TERTINGGI PAS YANG JUGA MANTAN MB KEDAH IAITU USTAZ AZIZAN RAZAK. KPS DALAM MASA YANG SAMA TERINGAT DOA K.O YANG DIUNGKAPKAN OLEH PEMIMPIN PAS KEPADA UMNO/BN SEDIKIT MASA DULU. SEKARANG ALLAH TELAH MENGUTUSKAN SEORANG MB YANG PALING TEPAT DALAM KEADAAN DAN SITUASI SEMASA YANG SEMAKIN LIAR. DAN ALLAH UTUSKAN MB TERSEBUT DARI PIHAK UMNO YANG CUBA MEMBAWA ARUS POLITIK BARU DI KEDAH IAITU POLITIK KASIH SAYANG. SEMOGA MB MUKRIZ BERJAYA.....AMIN...... SATU KEJADIAN YANG KPS TIDAK MAHU ULAS PANJANG DULUNYA JUGA MENUNJUKKAN BERTAPA PEMIMPIN UMNO MENUNJUKKAN POLITIK KASIH SAYANG. SUATU UCAPAN YANG TELAH MENYEBABKAN AIR MATA IBU KEPADA MANTAN PERDANA MENTERI IAITU PAK LAH TELAH MENGALIR ATAS UCAPAN MANTAN PRESIDEN PAS. TETAPI PAK LAH DAN TIMBALANNYA PM NAJIB KETIKA ITU HADIR MENGHANTAR MAYAT PRESIDEN PAS TERSEBUT KE KAMPUNGNYA. AL-FATEHAH KEPADA YANG TERLIBAT. DAN KETIKA TOK GURU NIK AZIZ MENDOAKAN TURUN BALA KEPADA PM NAJIB DAN ZAHID HAMIDI...... PM NAJIB MELAWAT BELIAU........ KESIMPULANNYA, UMNO MELIHAT PAS SEBAGAI LAWAN POLITIK TETAPI DARI SEGI SAUDARA SEISLAM MASIH ADA TITIK PERTEMUAN. BERBEZA PAS MELIHAT UMNO SEBAGAI MUSUH ISLAM KERANA MENGANGGAP MEREKA SAHAJA ISLAM. INILAH KESILAPAN PAS YANG MAHA BESAR.

Senin, 13 Mei 2013

HARAP SELEPAS PAS KALAH MASJID BUKAN LAGI SEBUAH SARKAS POLITIK

IMAM MASJID KULIM PADA HARI JUMAAT SEBELUM MENGUNDI MEMAKLUMKAN DI ATAS MIMBAR KHUTBAH BAHAWA JANGAN TAKUT UNTUK MENUKAR KERAJAAN PUSAT KERANA DI DALAM KERAJAAN YANG BARU(KONONNYALAH) AAKAN ADA RAMAI MP MELAYU ISLAM. IMAM TERSEBUT MERUJUK KEPADA PAS YANG BERTANDING LEBIH KERUSI KALI INI BERBANDING KOMPENEN PAKATAN YANG LAIN. TETAPI SELEPAS PRU-13 JELAS SEKALI MP ISLAM DI PIHAK PR ADALAH KURANG DARIPADA YANG BUKAN ISLAM. MALAH PAS YANG PALING KECIL JUMLAH KEMENANGAN SEBALIKNYA YANG PALING TINGGI PERATUSAN KEKALAHAN MAJORITINYA TERSUNGKUR KEPADA CALON ISLAM UMNO. JUMAAT LEPAS PUN MASIH DALAM KEADAAN SEDIKIT EMOSI KHATIB TERSEBUT TETAPI DIA LEBIH BANYAK MENEMPELAK NIK AZIZ DAN PENCERAMAH PAS DI PENTAS CERAMAH YANG SELALU MENGGUNAKAN KATA KESAT. DAN KHATIB ITU JUGA MENEMPELAK PIHAK YANG MENDOAKAN YANG TIDAK BAIK KEPADA SESAMA ISLAM.....AWAT PULAK DAH DIA JADI PRO BN....KAT PAPAN KENYATAAN MASJID PUN CERAMAH PAS TAK ADA.....TAHNIAH, KEMPEM MASJID BEBAS POLITIK. MASJID BUKAN TEMPAT UNTUK BERPECAH SEBALIKNYA PENYATUAN.....

Minggu, 12 Mei 2013

CIKGU PR BUAT SEKOLAH JADI SARKAS POLITIK

POLITIK TAKPERNAH HABIS. TIDAK KIRA DIMANA JUA....POLITIK HADIR DAN MENYERIKAN SUASANA. KADANG KALA BAGUS DAN KADANG KALA BOLEH MEROSAKKAN. KALAU ORANG MATI PEMBANGKANG SELITKAN DOAPERMUDAHKAN KAMI KE PUTRAJAYA ITU MEMANG TIDAK BOLEH DITERIMA. MALAH DI MIMBAR-MIMBAR MASJID JUGA DISELITKAN KHUTBAH POLITIK DAN TINDAKKAN TIDAK DIAMBIL WALHAL PEJABAT AGAMA CUMA SEBERANG JALAN MASJID SAJA. POLITIK DI MASJID JUGA SATU PERBUATAN MAHA KEJI YANG BOLEH MEROSAKKAN PERPADUAN UMAT ISLAM YANG BERLAINAN IDEOLOGI. SEBAB ITU MASA BELAJAR DULU, KPS BILA JADI IMAM KADANG-KADANG KPS BUANG SONGKOK ATAS KEPALA ATAU KPS PAKAI KOPIAH KERANA NAK JAGA HATI ORANG BELAKANG YANG KOPIAHNYA WARNA HIJAU PUTIH. TAPI KINI POLITIK MELARAT KE DALAM SEKOLAH RENDAH. ANAK KECIL YANG MASIH SUCI DARI NODA POLITIK DIBASUH MINDA MEREKA UNTUK MEMBENCI KERAJAAN. DARIPADA SEMBANG-SEMBANG, SEBENARNYA DAH BERBELASTAHUN BERLAKU PERKARA MACAM INI. CUMA SELEPAS TSUNAMI POLITIK 2008 PERBUATAN INI SEMAKIN MENGGILA. LIHAT SAHAJA KEPADA REPORT POLIS DI ATAS.....BAGAIMANA ANAK KECIL MENJADI MANGSA BASUHAN POLITIK CIKGU PR.....
Seorang guru Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam bertindak menyuruh 17 murid berdiri diatas kerusi kerana ibu bapa menyokong BN dilihat satu pekara yang tidak wajar apatah lagi murid yang dimaksudkan berusia lingkungan 11 tahun. Sehubungan dengan kejadian itu bapa seorang pelajar tersebut membuat laporan Polis di balai polis Seksyen 15 pada 10 Mei dan juga telah melaporkan perkara yang berlaku kepada Pejabat Pelajaran Dearah ( PPD) yang tidak jauh jaraknya dari sekolah tersebut. Sebagaimana umum tahu,Penjawat awam adalah kakitangan kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan dibayar gaji oleh kerajaan yang memerintah negara ini tanpa mengambil kira kecenderungan politik samada kepada BN,PAS,PKR,DAP.Jadi mengapa pula guru tersebut mengamalkan sikap tidak profesional ketika menjalankan tugas beliau sehinga sanggup melakukan pekara yang tidak wajar kepada pelajar yang belum mengerti persoalan politik kepartian apatah lagi guru-guru dilarang berpolitik di sekolah atau semasa bertugas. Apakah ibu bapa tidak rasa sangsi jika para guru mangamalkan politik ekstrem? Apakah tidak akan terjadi jika murid-murid yang ibu bapa penyokong BN atau PAS.PKR,DAP diberi markah rendah dalam peperiksaan kerana guru yang mengajar mereka tidak berpihak kepada parti yang disokong oleh ibu bapa murid.Memang ramai yang akan mengatakan pendapat MSA ini tidak masuk akal,tapi tidak mustahil jika ianya berlaku pada masa-masa akan datang .biarpun tiada bukti pekara seumpama itu berlaku pada era ini,tapi tidak salah rasanya jika MSA berpendapat sedemikian. Berbalik kepada Isu..Difahamkan oleh beberapa rakan,kecenderungan politik guru tersebut kepada Pakatan Rakyat dan beliau juga difahamkan tinggal di kuarters guru. Diharap pihak Kementerian Pelajaran membuat siasatan teperinci dan dapat mengambil tindakkan sewajarnya terhadap guru tersebut bukan berdasarkan sokongan politik kepada mana-mana pihak,sebaliknya berdasarkan kepada fakta siasatan.
DI BAWAH ADALAH LUAHAN BAPA SEORANG DARI KANAK-KANAK TERBABIT....
Salam tuan, Hari ini ada satu Penolong Kanan sekolah anak saya cakap pasal politik dlm kelas anak. Sapa yg sokong BN berdiri atas kerusi. Anak saya dan 17 org lagi murid2 pun berdiri atas kerusi dan disoal kenapa pilih BN. Anak saya jawab sebab Dato Nawawi dan cikgu tersebut mencebik dan suruh duduk. Cikgu tersebut juga menulis di papan hitam berkenaan manifesto BN dan PR. Beliau mengatakan PR bijak dan BN bodoh. Esok saya nak jumpa Pejabat Pegawai Daerah(Pembetulan:Pejabat Pelajaran Dearah PPD) dan adukan perkara ini. Cikgu tersebut kurang ajar. Ini berlaku di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, tengahari tadi. Nama guru Shamsuddin bin Majid, guru Ko-Kurikulum (koko) . Hina sangatkah sokong BN, mohon dipanjangkan kepada pihak yg berkenaan. Guru seperti itu tak perlu ada di sekolah kerana bukan mahu mendidik tapi menghasut. Kerana beliau habis rosak nama sekolah dan perlu dibenteras. Saya rasa terhina. Jamil Mohamad Isa
DOAKAN KPS BERJAYA ESOK DALAM UJIAN MEDSI UNTUK PERMOHONAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN....AMIN