Minggu, 12 Mei 2013

CIKGU PR BUAT SEKOLAH JADI SARKAS POLITIK

POLITIK TAKPERNAH HABIS. TIDAK KIRA DIMANA JUA....POLITIK HADIR DAN MENYERIKAN SUASANA. KADANG KALA BAGUS DAN KADANG KALA BOLEH MEROSAKKAN. KALAU ORANG MATI PEMBANGKANG SELITKAN DOAPERMUDAHKAN KAMI KE PUTRAJAYA ITU MEMANG TIDAK BOLEH DITERIMA. MALAH DI MIMBAR-MIMBAR MASJID JUGA DISELITKAN KHUTBAH POLITIK DAN TINDAKKAN TIDAK DIAMBIL WALHAL PEJABAT AGAMA CUMA SEBERANG JALAN MASJID SAJA. POLITIK DI MASJID JUGA SATU PERBUATAN MAHA KEJI YANG BOLEH MEROSAKKAN PERPADUAN UMAT ISLAM YANG BERLAINAN IDEOLOGI. SEBAB ITU MASA BELAJAR DULU, KPS BILA JADI IMAM KADANG-KADANG KPS BUANG SONGKOK ATAS KEPALA ATAU KPS PAKAI KOPIAH KERANA NAK JAGA HATI ORANG BELAKANG YANG KOPIAHNYA WARNA HIJAU PUTIH. TAPI KINI POLITIK MELARAT KE DALAM SEKOLAH RENDAH. ANAK KECIL YANG MASIH SUCI DARI NODA POLITIK DIBASUH MINDA MEREKA UNTUK MEMBENCI KERAJAAN. DARIPADA SEMBANG-SEMBANG, SEBENARNYA DAH BERBELASTAHUN BERLAKU PERKARA MACAM INI. CUMA SELEPAS TSUNAMI POLITIK 2008 PERBUATAN INI SEMAKIN MENGGILA. LIHAT SAHAJA KEPADA REPORT POLIS DI ATAS.....BAGAIMANA ANAK KECIL MENJADI MANGSA BASUHAN POLITIK CIKGU PR.....
Seorang guru Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam bertindak menyuruh 17 murid berdiri diatas kerusi kerana ibu bapa menyokong BN dilihat satu pekara yang tidak wajar apatah lagi murid yang dimaksudkan berusia lingkungan 11 tahun. Sehubungan dengan kejadian itu bapa seorang pelajar tersebut membuat laporan Polis di balai polis Seksyen 15 pada 10 Mei dan juga telah melaporkan perkara yang berlaku kepada Pejabat Pelajaran Dearah ( PPD) yang tidak jauh jaraknya dari sekolah tersebut. Sebagaimana umum tahu,Penjawat awam adalah kakitangan kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan dibayar gaji oleh kerajaan yang memerintah negara ini tanpa mengambil kira kecenderungan politik samada kepada BN,PAS,PKR,DAP.Jadi mengapa pula guru tersebut mengamalkan sikap tidak profesional ketika menjalankan tugas beliau sehinga sanggup melakukan pekara yang tidak wajar kepada pelajar yang belum mengerti persoalan politik kepartian apatah lagi guru-guru dilarang berpolitik di sekolah atau semasa bertugas. Apakah ibu bapa tidak rasa sangsi jika para guru mangamalkan politik ekstrem? Apakah tidak akan terjadi jika murid-murid yang ibu bapa penyokong BN atau PAS.PKR,DAP diberi markah rendah dalam peperiksaan kerana guru yang mengajar mereka tidak berpihak kepada parti yang disokong oleh ibu bapa murid.Memang ramai yang akan mengatakan pendapat MSA ini tidak masuk akal,tapi tidak mustahil jika ianya berlaku pada masa-masa akan datang .biarpun tiada bukti pekara seumpama itu berlaku pada era ini,tapi tidak salah rasanya jika MSA berpendapat sedemikian. Berbalik kepada Isu..Difahamkan oleh beberapa rakan,kecenderungan politik guru tersebut kepada Pakatan Rakyat dan beliau juga difahamkan tinggal di kuarters guru. Diharap pihak Kementerian Pelajaran membuat siasatan teperinci dan dapat mengambil tindakkan sewajarnya terhadap guru tersebut bukan berdasarkan sokongan politik kepada mana-mana pihak,sebaliknya berdasarkan kepada fakta siasatan.
DI BAWAH ADALAH LUAHAN BAPA SEORANG DARI KANAK-KANAK TERBABIT....
Salam tuan, Hari ini ada satu Penolong Kanan sekolah anak saya cakap pasal politik dlm kelas anak. Sapa yg sokong BN berdiri atas kerusi. Anak saya dan 17 org lagi murid2 pun berdiri atas kerusi dan disoal kenapa pilih BN. Anak saya jawab sebab Dato Nawawi dan cikgu tersebut mencebik dan suruh duduk. Cikgu tersebut juga menulis di papan hitam berkenaan manifesto BN dan PR. Beliau mengatakan PR bijak dan BN bodoh. Esok saya nak jumpa Pejabat Pegawai Daerah(Pembetulan:Pejabat Pelajaran Dearah PPD) dan adukan perkara ini. Cikgu tersebut kurang ajar. Ini berlaku di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, tengahari tadi. Nama guru Shamsuddin bin Majid, guru Ko-Kurikulum (koko) . Hina sangatkah sokong BN, mohon dipanjangkan kepada pihak yg berkenaan. Guru seperti itu tak perlu ada di sekolah kerana bukan mahu mendidik tapi menghasut. Kerana beliau habis rosak nama sekolah dan perlu dibenteras. Saya rasa terhina. Jamil Mohamad Isa
DOAKAN KPS BERJAYA ESOK DALAM UJIAN MEDSI UNTUK PERMOHONAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN....AMIN

Tidak ada komentar:

Posting Komentar