DI SAAT KITA TANPA MENGIRA PERBEZAAN KEPERCAYAAN DAN BERLAINAN KETURUNAN DISAMPING TUTUR KATA DIALEK YANG PELBAGAI, PR MENERUSI PEJUANG MAYA MEREKA TELAH MENGHINA MENDIANG KANANG ANAK LANGKAU. MESKIPUN ADA PENGHUJAH SEJATI DARI PIHAK SEBELAH SANA TIDAK MENGAKUI BAHAWA BLOG INI DARI PIHAK MEREKA MASAKAN "BANGKAI MAMPU DITUTUP DENGAN NYIRU". KANANG ANAK LANGKAU ADALAH WIRA NEGARA. BAGAIMANA DICERITAKAN DALAM KEADAAN PARAH BELIAU TERUS MARA UNTUK MENENTANG KOMUNIS. HASILNYA ADALAH KEMAKMURAN KITA PADA HARI INI DARI PERLIS KE TAMBAK JOHOR HINGGALAH KE MALAYSIA TIMUR YANG MERANGKUMI SABAH DAN SARAWAK. KANANG ANAK LANGKAU BUKANLAH PAHLAWAN SARAWAK SEMATA. DIA ADALAH PAHLAWAN MALAYSIA. JADI AMAT LAYAKLAH KERAJAAN MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA MENDIANG. YANG MENJADI SOAL DI SINI IALAH, KENAPA PR MENGHINA PEJUANG NEGARA INI? APAKAH BELIAU TIDAK MENYOKONG KOMUNIS SEPERTI MAT SABU MENJADI ISU? SEMOGA KITA MENOLAK POLITIK MEMBENCI PR DALAM USAHA KITA MENGENANG PAHLAWAN NEGARA MALAYSIA TERCINTA. AYUH ANDA MAMPU MENGUBAHNYA. UNTUK LEBIH JELAS.....KPS LETAKKAN KENYATAAN PENUH TANPA DIEDIT TULISAN BLOGER PR DI BAWAH.....
Inilah artikel penuh tanpa diedit oleh penyokong Pakatan Pembangkang yang mengecam pemergian Kanang anak Langkau.
BULAN ini sahaja kerajaan BN dikesan telah membelanjakan sejumlah besar wang rakyat untuk mengadakan upacara pengebumian negara bagi menghormati pemergian 2 orang ‘tokoh’ iaitu bekas Presiden Gerakan, Tan Sri Lim Keng Yeik dan terbaru, Temenggung Datuk Kanang a/k Langkau.
Berapa jumlah sebenarnya penulis kurang pasti tapi yang pasti, tentu besar, melihat kepada program-program yang diatur bagi meraikan pengebumian negara ini.
Melihat kepada persiapan dan jumlah tenaga kerja yang terlibat, penulis rasa tidak kurang dari RM 1 juta dibelanjakan untuk satu majlis dan itu hanyalah anggaran.
Adakah ini permulaan yang baik untuk menyambut tahun baru 2013? Tapi apa yang penting, Pakatan Rakyat merasakan semua ini adalah pembaziran dan bukti ketidakcekapan kerajaan BN dalam menguruskan wang rakyat.
Walaupun begitu, penulis secara peribadi tidak ada masalah dengan pengebumian negara yang dijalankan kerajaan untuk mendiang Lim Keng Yeik. Sebagai bekas pemimpin kerajaan, sedikit sebanyak sudah tentu mendiang mempunyai jasa kepada rakyat sepanjang lebih 20 tahun menjadi Menteri Kabinet.
Perkara ini penting disebutkan kerana pemimpin politik berbeza dari anggota tentera yang memang dibayar untuk menghadapi ancaman sedemikian. Orang politik ada pilihan untuk menceburi karier lain, tapi bila mereka memilih untuk membantu rakyat dengan menceburi bidang politik, itu sahaja sudah merupakan satu pengorbanan yang besar.
Pemimpin politik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim contohnya, sanggup berkorban termasuk dihumban dalam penjara bertahun-tahun lamanya untuk memperjuangkan hak-hak rakyat.
Inilah ciri-ciri hero yang sebenar dan layak mendapat penghormatan sedemikian!!
Yang penulis tidak faham, atas alasan apa pula kerajaan memutuskan untuk mengadakan pengebumian negara untuk mendiang Kanang? Adakah untuk popular?
Setahu penulis, Kanang telah dianugerahkan pingat kebesaran SP kerana ‘semangatnya’ yang kuat untuk membantu rakan sepasukan yang lain walaupun peluru pejuang komunis telah menembusi badannya dalam satu operasi pasukan Renjer pada 1980 (rujuk Wikipedia).
Sementara pingat kebesaran PGB, diperolehi mendiang kerana berjaya membunuh 5 orang pejuang komunis setahun selepas itu.
Setiap satu pingat kebesaran ini datang dengan elaun tertentu yang dibayar kerajaan kepada penerimanya. Kalau tidak salah penulis, penerima SP menerima RM 2,000 sebulan dan PGB sebanyak RM 1,500 sebulan dan mendiang Kanang menerima kedua-duanya.
Penulis tak tahulah orang lain melihatnya bagaimana, tapi pada pendapat penulis, biasalah untuk askar menembak dan ditembak. Sebab itu mereka dibekalkan senapang dan latihan yang secukupnya bagi menghadapi situasi seumpama itu.
Tidak lupa, dibayar gaji juga semasa berkhidmat dan pencen selepas bersara.
Tapi itu sahaja bukan alasan kukuh untuk menjadikan mereka sebagai wira negara sehingga bila mati, istiadat pengebumian negara perlu diberikan bagi menghormati kematian mereka. Apa tak cukupkah elaun dan pelbagai kemudahan lain sebagai penerima pingat SP dan P GB yang diberikan kerajaan selama ini sehingga bila mati pun, istiadat pengebumian negara nak diadakan?
Penulis pernah dimaklumkan bahawa ada seorang anggota Komando bernama Mansur, berasal dari Johor yang berjaya membunuh 6 orang pejuang komunis dalam satu operasi yang mengambil masa kurang dari 2 minit!! Kalau nak diikutkan dari segi jumlah, orang macam inilah yang lebih layak diberikan penghormatan seumpama itu.
Kanang baru 5 orang sahaja dan tak tahu berapa lama masa diambil.
Apa pun, penulis tidak mahu begitu menekankan aspek tersebut (jumlah pejuang komunis yang dibunuh) kerana artikel ini berkenaan pembaziran wang rakyat untuk mengadakan begitu banyak istiadat pengebumian negara.
Apatah lagi, rujukan penulis dalam laman web veteran ATM menunjukkan, ada 3 orang penerima SP dan 52 penerima PGB dari kalangan anggota tentera setakat ini.
Penulis kurang pasti berapa ramai dikalangan mereka ini yang masih hidup, tapi kalau semua ini nak diadakan istiadat pengebumian negara bila mati nanti, berapa banyak wang rakyat yang perlu dikeluarkan untuk membiayai semua majlis tersebut?
Setelah melihat semula keseluruhan senario ini, penulis rasa Kanang adalah hero yang terlalu didendangkan kerana jelas sekali mendiang telah begitu dihargai kerajaan sepanjang usia hidupnya.
Jangan salah, penulis menghormati dan menghargai jasa dan pengorbanan mendiang semasa berkhidmat tapi untuk mengadakan istiadat pengebumian negara bagi menghormati pemergiannya?
Itu ada masalah sikit.Di petik dari blog Suara Pakatan Rakyat
SUMBER DARI BLOGER SARAWAK
kalu ko yang mati nanti....lempar ajelah tak gitu...mangkuk
BalasHapusbetul tu anonim.PR ni mmg selalu ckp tak serupa bikin.cakap je pandai,tp habuk pun takde..menghasut rakyat ada lh..
HapusPEJUANG NEGARA, JASAMU TETAP KU KENANG
BalasHapusni pkr punya writer ke? $ama cam di tibai. bodoh jahil sejarah .
BalasHapusmelayu tak bersatu.. habis la ..sbb takde sapa lagi nak ptotect.
komunis pun diangkat jadi hero ...habis la..
dlm dunia ru sia sgtnkuat simpati. ya. hu di mereka. gitu juga negara besar timur dan barat...
takziah datuk kanang rip
Bodoh pengecut dayus mangkok tu yg layak...korang xditempat dia...bckp mmg mudah beranak zaman selepas merdeka xmerasa keperitan....bercakap jadi bodoh.
BalasHapussapalah si bodoh bangang blogger buta sejarah tidak mengenang budi tu...? aku cabar kau blogger bodoh...kau seberani Datuk Kanang kah kalau negara di ancam? Aku nak tengok kau di mana??? entah2 kau yg cabut lari dahulu tinggalkan negara kan? dasar pengecut & bahlul.
BalasHapusBodoh pengecut dayus mangkok tu yg layak...korang xditempat dia...bckp mmg mudah beranak zaman selepas merdeka xmerasa keperitan....bercakap jadi bodoh.
BalasHapusLain mcm je aku tengok blog SUARA PAKATAN RAKYAT tu. Betul ke org pr yg buat? nampak mcm musang berbulu ayam je. aku pun blh buat blog menyamar mana2 pihak. berhati2lah dan telitilah sblm mempercayai sesautu.
BalasHapusPR ni memang xde kerja lain ke?semua benda x kena pada mata diorg..bersyukurlah wei kita hidup dlm keadaan aman damai..belajarlah skit menghormati org tmbhn pulak org yg dah xde..sejarah mana yg ko kaji ni..dlm aspek ape ko cuba nak bandingkan antara mendiang KAL dgn pemimpin panggung DSAI ko yg canggung ko tu?ko pernah ke tgk DSAI angkat senjata masuk hutan lwn komunis?klu cetek ilmu sejarah lebih baik diam..klu nak berdebat biarlah tggi ilmiah didada..
BalasHapusUNTUK SAUDARA YANG MEMPERTIKAI BLOG SUARA PAKATAN RAKYAT INI SAMA ADA DI PIHAK PR ATAU TIDAK? SILA RUJUK PENULISAN DALAM BLOG TERSEBUT DAN SETERUSNYA AJUKAN SOALAN KEPADA KEPIMPINAN PR, MENGAPA TIDAK SAMAN ATAU HANTAR SAHAJA NOTA KEPADA SKMM SUPAYA MENGHENTIKAN BLOG TERSEBUT. BUKANKAH RAMAI BLOGER MESRA KERAJAAN PEMERINTAH TELAH DI SAMAN OLEH KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT SEBELUM INI? KENAPA TIDAK SUARA PAKATAN RAKYAT? KENAPA KALAU ENTRY YANG MENYEBELAHI PIHAK PR, TIDAK PULA MEREKA MEMPERTIKAI SIAPA DI SEBALIK BLOG TERBABIT? SEBALIKNYA MENJADIKAN BLOG TERSEBUT SEBAGAI SUMBER DALAM HUJAH MEREKA.
BalasHapuspenulis nih hidup dah selesa sangat nih
BalasHapusBodo nye wrtr pr..buta sjrh..aq cbr ko..mse ngra diancm kmnis..ko kt mne..nth blom smpt pgg snjta da kncng dlm sluar..hahahah
BalasHapuscermin diri sendiri dulu sebelum mengata org.hormatilah jasa serta perasaan insan lain andai anda ingin dihormati..
BalasHapusThe product, according to the brand, can be applied throughout the day on dry hair if one's hair is medium to very coarse. s Therapy Treatment line, which is a lightweight replenishing treatment that protects and maintains hair condition. The professional hair merchandise of Loreal are effectively currently being sold all more than the world in about one hundred thirty different countries.
BalasHapusLook at my blog :: hair products
apalah
BalasHapusreplica radley bags this article z7c59b3r91 replica bags philippines greenhills article w0i61n1n74 Ysl replica handbags replica bags lv click over here m9y04n1l54 replica louis vuitton replica bags wholesale mumbai
BalasHapus