Selasa, 14 Februari 2012

PELUANG TERAKHIR POK NIK SEBELUM MENUTUP MATA,,,,,BAIKI KESILAPAN LALU



SUATU KETIKA DULU POK NIK THE LEGEND PERNAH MENGUGUT PAS AKAN KELUAR DARI PR SEKIRANYA PR TIDAK MAHU LAKSANAKAN HUDUD. BEBERAPA HARI KEMUDIAN BOLEH TEPUK TAMPAR KEMBALI. ITULAH PAKATAN SYAITAN,,,MENYESATKAN. KALI INI POK NIK THE LEGEND SEKALI LAGI NAIK 'SHEIKH' DAN MENGANCAM PAK NUAR. SEBELUM INI, PRESIDEN PAS SUDAH MENGECAM, SETAKAT MENGECAM SAHAJA...TIADA DEMONTRASI PON MACAM SELALU. PEMUDA PAS MELALUI KETUA MEREKA PUN TURUT MENGECAM TANPA MERUJUK KEPADA PAK NUAR KERANA TAKUT DITENDANG KELUAQ SEPERTI USTAZ KAZIM DAN DR. HASAN ALI. MENGIKUT PENGALAMAN YANG LEPAS, MEREKA DI ATAS HANYA MENGECAM DENGAN AYAQ LIUQ SAJA......


Pas desak Anwar tarik balik kenyataan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 13 Feb. - Pas hari ini mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam.

"Jawatankuasa Agung dan Majlis Syura membuat keputusan meminta saya mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ.

"Sekiranya kenyataan WSJ tidak tepat, kita harap Anwar menyaman WSJ. Saya telah menandatangani surat di Kuala Lumpur semalam dan insya-Allah surat itu akan dihantar oleh Setiausaha Majlis Syura selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan di Hotel GRV di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Anwar dalam wawancara dengan WSJ baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjaga keselamatan negara Israel.

Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam, malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.

Menteri Besar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai pendapat banyak pihak bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan itu hanya untuk menarik sokongan dari negara asing.

"Bila kita bersahabat kewajipan kita adalah tegur-menegur, apa yang kita tengok kawan kita tidak betul kita tegur, apa yang kawan kita tengok kita tidak betul dia tegur kita, itu ajaran agama.

"Saya telah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan dan Mursyidul Am Pas supaya dia tarik balik kenyataannya mengenai Israel kerana Israel ini negara haram. Saya telah sebut kepada Duta Amerika Syarikat ketika dia datang ke pejabat saya dua tahun lepas, saya kata kalau selipar Jepun sekali pun tidak ada hak untuk ambil negara kita, inikan pula negara Palestin. Siapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pandai-pandai bahagi dua bumi Palestin," katanya.


TAPI YANG DI BAWAH INI JUGA MASIH DALAM PAS....TAPI KECAMAN YANG BELIAU LEMPARKAN ADALAH VOKAL DAN ISTIQOMAH....MALAH KATA PEMIMPIN INI, DALAM PERTEMUAN BELIAU DENGAN PERDANA MENTERI PALESTIN BARU-BARU INI, PERDANA MENTERI PALESTIN ITU MENYATAKAN RASA TERKEJUT DENGAN KENYATAAN PAK NUAR ZIONIS. WALAUPUN KPS LANGSUNG TIDAK TERKEJUT.





Pengkhianatan terhadap Islam, Palestin

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap usaha menjaga keselamatan Israel seperti dalam temu bual yang disiarkan oleh The Wall Street Journal bulan lalu merupakan satu pengkhianatan terhadap Islam.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, kenyataan itu bercanggah dengan fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan oleh para ulama berhubung perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman rejim Zionis.

Beliau berkata, antaranya satu fatwa yang ditandatangani oleh 63 ulama tersohor antaranya Sheikh Muhammad Ghazali, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardawi, Sheikh Dr. Wahbah Az Zuhaily serta Sheikh Dr. Mujahid Abdullah Azzam yang dikeluarkan oleh Jamadil-Ula pada 1989 (1409 Hijrah).

"Dalam fatwa ini, kesemua ulama terbabit bersepakat bahawa jihad adalah satu-satunya cara untuk bebaskan bumi Palestin. Ia turut menyebut bahawa mana-mana organisasi atau individu tidak boleh sama sekali menyerahkan satu inci tanah Palestin kepada Yahudi kerana ini berkaitan dengan perjuangan akidah.

"Maka, sekiranya kita memberi ruang seperti mengiktiraf, melahirkan rasa simpati atau mahu mempertahankan Israel dan Yahudi ia merupakan khianat kepada Allah, rasul-Nya serta amanah yang telah dipertanggungjawab kepada semua umat Islam," katanya di kediamannya di Bangi, hari ini.

Dalam wawancara dengan media asing itu, Anwar memberitahu, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.

Malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin di dalam blognya http://presiden.pas.org.my menegaskan, adalah haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan negara Israel kerana telah menjadi fardu ain kepada orang Islam untuk membela serta membebaskan rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi rejim Zionis.

Dalam perkembangan berkaitan, Nasharudin yang juga Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia mengakui terkejut kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar itu.

"Apa niatnya saya tidak tahu, tetapi kaedah dalam Arab mudah sahaja kita perlu berhukum pada perkara yang zahir. Perkara zahir jelas menunjukkan bahawa berlaku pengiktirafan kepada satu entiti yang bertentangan dari segi agama, bertentangan hak rakyat Palestin dan bertentangan dengan politik," katanya.

Ketika ditanya sama ada kenyataan Anwar yang disiarkan oleh The Wall Street Journal itu turut disentuh oleh tokoh-tokoh pemimpin negara Arab hasil lawatannya ke beberapa negara Asia Barat baru-baru ini, Nasharuddin mengakui perkara itu.

Jelasnya, dalam beberapa sesi pertemuan termasuk dengan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya di Kuwait beberapa hari lalu, mereka berasa amat hairan sebab Anwar mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Mereka menyatakan kebimbangan sekiranya perkara itu menjadi pegangan ia amat berbahaya kepada agama dan kepada rakyat Palestin.

"Ketika bertemu dengan Ismail, beliau memberitahu, orang Palestin menghargai sumbangan rakyat Malaysia dan mereka tahu kita sering membantu meskipun jarak geografinya beribu-ribu kilometer. Oleh itu apabila timbul kenyataan seperti ini sudah tentu menjadi tanda tanya," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Yayasan al-Quds akan mempergiatkan usaha mengumpul dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin terutama bagi menjayakan projek- projek menyediakan kemudahan asas.

"Antaranya pembinaan penempatan untuk rakyat Palestin, pembinaan jalan raya dan proses menyuling air laut sebagai air bersih. Kesemua projek ini memerlukan komitmen tenaga, fikiran dan kewangan," katanya.

Untuk itu beliau berkata, pihak yayasan dan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin akan melakukan yang terbaik bagi merealisasikan projek-projek tersebut demi kemudahan rakyat negara itu.

KPS: MUNGKIN PELUANG TERAKHIR POK NIK SEBELUM MENUTUP MATA.....JANGAN PERISALAN PELUANG INI POK NIK....

1 komentar:

  1. aku cerai dikau dengan talak 3 camana dengan kata kata ini.....dalam islam kata kata tak boleh tarik balik.....PAS wajib keluar dari pakatan jika serious untuk menjalankan islam yang sebenar....jangan kecek saja dengan menipu hamba yang jahil tu.....dan yang bernafsu...syaitan yang ada persasaan dengki iri hati dan cemburu...kepada org kerajaan yang merintah...sombong dan bongkong itu perangai tok alim tak boleh di tanya waktu depa mengajar....kena dengar sahaja....pas ajaran sesat......?????????? mana tak sesatnya bila nikah dua kali.....

    BalasHapus