Minggu, 12 Februari 2012

KARPAL BERSUARA TAPI NIK AZIZ DAN KETUA PEMUDA PAS YANG TERASA


KARPAL BIAQ LA, DIA TAK TAU SEPATAH APA PON MENGENAI AGAMA ISLAM, TAPI KETUA DEWAN PEMUDA PAS DENGAN NIK AZIZ TAU...AMBIK TINDAKKAN KAT DEPA 2 ORANG


GEORGETOWN - “DAP tidak bersetuju pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini,” kata, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh. Menurutnya, pendirian Pas tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.

“DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik. “Tindakan Pas adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan. Malaysia adalah negara mengamalkan prinsip demokrasi,” katanya, di Air Itam, di sini, semalam.

Karpal berkata, DAP kecewa dengan tindakan Pas, satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang menentang sambutan Hari Kekasih setiap tahun. “DAP menggesa Pas menarik balik pendirian berkenaan sebelum 14 Februari ini,” katanya.

Kelmarin, Dewan Pemuda Pas menghantar memorandum bantahan promosi Hari kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Memorandum itu diserahkan Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Setiausaha Akhbar Menteri, Norazli Noh yang mewakili Rais, di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda Pas meminta Rais mengambil tindakan memantau dan bertindak sekiranya wujud kempen promosi Hari Kekasih menerusi pengiklanan di televisyen, radio dan akhbar sepanjang bulan ini.

Pada 7 Februari lalu, Pemuda Pas menggesa Kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih atas alasan ia mempromosikan aktiviti tidak moral. Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Aziz berkata, kerajaan perlu menyiarkan iklan anti sambutan itu untuk mencegah umat Islam menyambutnya pada 14 Februari ini - SH.


KPS: ELOKLAH RAIS YATIM MENGAMBIL TINDAKKAN KEPADA KETUA PEMUDA PAS YANG MENYOKONG VALENTINE(BERSYARAT). DENGAQ HABAQ NIK AZIZ PON ADA JUGAK TERLIBAT DENGAN HAL LEBIH KURANG INI YANG MENDAPAT KECAMAN MUFTI PERAK.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar