Kamis, 09 Februari 2012

GUAN ENG DAN BULU-BULU TERPILIH,,,,,,


JIKA PAK NUAR SEMAKIN RAKUS MENEMPA NAMA DALAM MAJALAH BOGEL DI NEGERI SHIN CHAN. PAS PULA SEMAKIN PANAS DENGAN ISU PASrasit TIDAK KETINGGALAN GUAN ENG DGN ISU BULU-BULU TERPILIH.......


Sumber pendapatan pasangan suami-isteri, Chan Kok Eng, 50, dan Lim Lay Leng, 48, bagi menyara keluarga sejak 19 tahun lalu bakal hilang berikutan sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering mengamalkan sikap pilih bulu.

Bengkel membaiki enjin sangkut miliknya hanya menunggu masa untuk ditutup oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebaik mendapat perintah mahkamah.

Alasan penutupan kerana bengkelnya beroperasi di tingkat bawah sebuah pangsapuri di Taman Emas, Teluk Kumbar di sini.

Menurut Lay Leng, dia pernah mengadukan masalah tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu-Lintas negeri, Chow Kon Yeow.

Bagaimanapun, katanya, dia dimaklumkan oleh wakil rakyat DAP itu bahawa bengkel kenderaan tidak dibenarkan beroperasi di bawah pangsapuri.

"Alasan yang diberikan tidak boleh diterima kerana banyak kedai motor beroperasi sedemikian.

"Kenapa bengkel kami sahaja diarah dikosongkan?" katanya ketika ditemui pemberita di bengkelnya di sini hari ini.

Sekiranya ditutup, ia bakal mendatangkan masalah kepada kira-kira 500 nelayan di kawasan sekitar yang sering menggunakan khidmat bengkel tersebut bagi membaiki enjin sangkut masing-masing.

Seorang nelayan, Hasan Husin, 67, berkata, pasangan suami-isteri itu adalah satu-satunya peniaga yang menjalankan khidmat berkenaan di kawasan tersebut.

"Sekiranya bengkel ini ditutup, periuk nasi kami juga akan terjejas kerana sukar turun ke laut jika enjin bot rosak," ujarnya.

Seorang lagi nelayan, Ang Hock Hing, 64, merayu kerajaan negeri supaya tidak mengambil tindakan keras dengan menutup bengkel berkenaan.

"Jika kedai ini diarahkan tutup, kami terpaksa keluar jauh ke pusat bandar untuk membaiki enjin.

"Jika ini berlaku, ia sudah tentu menambah kos perjalanan dan masa kami," tegasnya.

Sementara itu, kira-kira 30 nelayan berhimpun secara aman sebagai membantah sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang mahu menutup premis berkenaan. UTUSAN MALAYSIA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar