Rabu, 05 Desember 2012

PEMURTAD UMAT DAN MASJID: NURUL IZZAH KANTOI

AGEN MURTAD MELAYU KINI BERGEGAR LAGI.NURUL IZZAH YANG TERKENAL DENGAN DIALOG INGIN MURTADKAN BANGSANYA KINI BERCAKAP SOAL AGAMA PULAK DAH...TUDUHAN TERBARU IALAH MENTERI RAJA NONG CHIK INGIN MENUTUPSEBUAH MASJID DI KAWASAN LEMBAH PANTAI...RUJUK SUMBER KELDAIAN DAILY DI BAWAH...
Keadilan Daily. : Nong Chik arah Masjid Ar-Rahman UM ditutup
KUALA LUMPUR : Selepas berhempas pulas menghentam dan memfitnah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama,Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka. Ia berlaku apabila Masjid Ar-Rahman,Universiti Malaya (UM) diarah tutup dalam minggu ini atas arahan kerajaan Umno BN. Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai,Fahmi Fadzil,berdasarkan maklumat yang diterima, penutupan masjid tersebut telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). "Pihak Jawi sendiri sudah sahkan penutupan masjid itu dalam masa terdekat dan kami tahu mengenai perkara berkenaan dalam minggu ini juga.Arahan penutupan turut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin," katanya ketika dihubungi. Bagaimanapun hingga ke hari ini,alasan penutupan belum lagi dinyata sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat. "Pasal apa masjid itu ditutup,kita masih belum tahu. Sama ada masjid ditutup untuk orang awam sahaja ataupun sebaliknya pun kita tidak dapat pastikan lagi," jelas Fahmi. Ekoran itu,Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai akan mengadakan sidang media pada 1.30 petang ini di masjid tersebut.Masjid Ar-Rahman terletak di Jalan Pantai Baru, Lembah Pantai dan di sebelah kiri ke pintu masuk utama UM. Wah!! Dahsyatnya!! Dato' Raja Nong Chik pun dah jadi anti-Islam macam Nurul Izzah ke sampai nak suruh tutup masjid? Mari kita baca kenyataan dari JAWI,agensi yang bertanggungjawab menguruskan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan.
DI BAWAH ADALAH KEBENARAN.....KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN....
PENUTUPAN SEMENTARA MASJID AR-RAHMAN, JALAN PANTAI BARU
Bahawasanya saya Datuk Che Mat bin Che Ali,Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sentiasa mengambil tanggungjawab untuk menentukan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan sentiasa berada di dalam keadaan selamat digunakan oleh para jemaah terutama pada solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat.Oleh kerana terdapat banyak kerosakan di Masjid Ar-Rahman,Jalan Pantai Baru meliputi kebocoran bumbung, kerosakan pendawaian, kerosakan paip air dan air melimpah ketika hujan lebat,masjid ini telah ditutup sementara.Kerosakan ini mengancam keselamatan jemaah masjid sekiranya lambat dibaiki. Sehubungan itu,JAWI telah mendapat peruntukan kewangan baru-baru ini untuk membaikpulih masjid pada tahun 2012. Masjid Ar-Rahman akan ditutup sementara mulai 1 Disember 2012 dan notis penutupan sementara telah dikeluarkan pada 20 November 2012.Penutupan ini bermula 1 Disember 2012 sehingga kerja-kerja baikpulih siap pada akhir bulan Jun 2013.Oleh demikian saya memohon ahli-ahli jemaah menunaikan solat di masjid berhampiran iaitu Masjid Tun Rahah Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi,Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri. Oleh demikian kenyataan daripada orang tidak bertanggungjawab mengatakan kita menutup masjid adalah tidak benar sama sekali kerana penutupan masjid untuk dibaiki demi untuk keselamatan dan keselesaan jemaah.Sehubungan itu jangan ada pihak yang bermain politik dan isu ini diputarbelitkan kerana JAWI dan Kerajaan sentiasa berkhidmat untuk meningkatkan syiar Islam di negara ini

Tidak ada komentar:

Posting Komentar