Senin, 31 Desember 2012

HADI AWANG DICABAR BEKAS RAKAN SEPARTI

PERTAMA SEKALI KPS NAK BAGI TAU, KEPADA SEMUA CIKGU YANG MENYOKONG PR BAGI HADI AWANG ANDA HANYA LAYAK MENGAJAR ABC.....AJAQ ABC.....TAK LEBIH DARI TU. PEGHHHHHRRRR,,,,TAPI KALAU CIKGU SEKOLAH RENDAH DIHINA SEDEMIKIAN RUPA OLEH HADI 'BESI' AWANG.....KALAU CIKGU TASKI AJAQ APA PULAK ???? AJAQ LAGU BULAN KA???????
DALAM KITA DOK CADANG CIKGU NON BERDEBAT DENGAN HADI(KALAU HADI NI JANTAN LA), SEORANG TOKOH PAS LAGI TELAH MENYATAKAN KESEDIAAN UNTUK BERDEBAT DENGAN HADI AWANG SECARA LIVE. HARUS DIINGAT BAHAWA PROF MADYA MOHD NOR DERIS PERNAH BERSEMUKA DENGAN NIK AZIZ SEHINGGAKAN NIK AZIZ DIAM MENIKUS.....RUJUK KENYATAAN DARI AKHBAR SINAR DI BAWAH.....
KOTA BHARU - Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Kelantan bersedia berdebat dengan mana-mana ulama Pas sebagaimana ajakan Dewan Ulama parti itu berkaitan amanat Haji Hadi yang didakwa ditimbulkan semula oleh Umno. Pengerusinya, Profesor Madya Mohd Noor Deris berkata, pelawaan tersebut sudah lama dinanti-nantikan sejak isu ini dihangatkan kembali dan mendapat perhatian pelbagai sudut ahli politik mahupun agama. Menurutnya, beliau juga bersetuju berdebat dengan sesiapa sahaja termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri untuk menjelaskan kepada umum mengenai perkara itu. “Sudah lama saya tunggu. Saya sanggup berdebat di mana sahaja dan bila-bila masa dimahukan untuk rungkaikan kekeliruan,” katanya kepada Sinar Harian semalam mengulas kenyataan Timbalan Ketua Ulama Pas, Hassan Mahmood yang sudi berdebat dengan ulama Umno berkaitan isu Amanat. Mohd Noor juga menyuarakan pendapat yang sama dengan Pas iaitu sesi perdebatan kedua-dua parti itu perlu disiarkan secara langsung untuk memperjelaskan kekeliruan dalam amanat tersebut seperti didakwa. “Biar saya yang berdepan dengan dia (Hadi dan Nik Aziz), biarlah semua tahu Pas sudah menyeleweng dari landasan sebenar sebagaimana dipertikaikan selama ini. Dunia boleh menilainya,” katanya. Mohd Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan sekiranya amanat Haji Hadi itu dikeluarkan semula sewajarnya Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan menilai perkara berkenaan malah tidak boleh berdiam diri. Mohd Noor berkata, Pas sudah tersepit dalam isu amanat ini dan ia sebenarnya merugikan sokongan terhadap parti itu apabila wujudnya kes-kes tertentu didakwa menimbulkan kekeliruan membawa kerosakan akidah.
LENA....LENA....LENA....
BARU NAK TEST MARKET,,,,,DEPA SERIUS PULAK, ADOIIIII.....MANA LA AKU BERANI NAK DEBAT DENGAN DEPA, NOR DERIS POK NIK PUN TEWAS....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar