Kamis, 26 Juli 2012

KAWASAN 'SIMPANAN KEKAL BARISAN NASIONAL' KIAN TERCABAR

Ketua Umno Cawangan Beaufort Letak Jawatan
BEAUFORT : Amsir Dani mengumum peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan Beaufort Tiga dalam Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin di Beaufort semalam.Amsir berkata, tindakan itu sebagai mengikut jejak langkah Lajim yang sebelum ini meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu 18 Jun lalu. Pada 13 Julai lalu, Amsir meletak jawatan sebagai Pegawai Pembangunan Luar Bandar (CDO) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, jawatan yang disandangnya sejak 18 tahun lalu. “Jika Lajim boleh dan rela meletakkan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno, mengapa pula saya tidak boleh mengikut jejaknya melepaskan Ketua Cawangan. “Saya telahpun menulis surat peletakan jawatan dan menghantarnya kepada Pengarah Unit Kemajuan Rakyat melalui Pemimpin Kemajuan Rakyat dan notis peletakan jawatan itu telah dihantar pada 13 Julai dan berkuatkuasa pada 17 Julai untuk tempoh sebulan peletakan jawatan itu,” katanya, lapor Sabah Times semalam. Amsir yang juga orang kanan Lajim terlibat dalam politik sejak 1994 dan pernah menjadi Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda Umno Beaufort dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian. Sebelum ini, Lajim yang juga Ahli Parlimen Umno Beaufort mengumum peletakan jawatannya di sebuah majlis di kawasan itu dan turut mengumum enggan bertanding pada pemilihan Umno akan datang. http://www.keadilandaily.com
Lagi Adun BN Keluar Parti : ADUN BN Sarawak Keluar Parti
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini. “Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), Tan Sri William Mawan dan Timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka. “Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya,” katanya, lapor Borneo Post. Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan. Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: “Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi. “Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kenyataan beliau dipetik. Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011. Beliau menyertai SPDP pada 2003. DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban. Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan. KLTODAY

Tidak ada komentar:

Posting Komentar