Selasa, 27 September 2011

SAIDINA UMAR PERNAH HENTIKAN HUDUD ? PELAKU ZINA TIDAK PERLU SAKSI PADA ZAMAN RASULULLAH ?

TAJUK AGAK ANEH,,,,SEELOK-ELOKNYA ANDA BACA SEHINGGA HABIS SEBELUM MEMBUAT APA-APA ANDAIAN TERHADAP KPS. KPS ANTARA YANG MENYOKONG HUDUD DILAKSANAKAN.

AGAK TERGELIAT KEPALA NAK BACA NI....TAPI WAJIB BACA JUGA.


INI YANG KPS PLAGIAT DARI BLOG PANGLIMA PERANG SIBER......DI BAWAH INI....

Mesti Baca : Hudud Dihentikan Oleh Saidina Umar Pada Tahun Kelaparan - Tranungkite

Pagi ini ketika sedang mengikuti sesi perbincangan tentang maqasid syaraiah bersama Dr Farid dari UIAM panglima mendapati ulasan menarik beliau yang selari dengan bahan yang ada di laman pro Pas di Tranungkite.

Dalam laman tersebut disebut bahawa saidina umar menggugurkan had(hukuman) mencuri pada tahun yang dinamakan tahun kelaparan. Kerana disitu adanya syubhat...

ini adalah ijtihadnya...... dan ijtihad ini adalah bersesuaian dengan bermaksub: elakkan hudud apabila wujudnya syubhat dan juga..... jauhkanlah hudud apabila kamu dapati padanya yang boleh menolaknya....

Anda juga perlu sedar dalam suasana perkongsian kuasa antara parti berbagai agama dalam BN adalah mustahil untuk Umno dibenarkan melaksanakan hudud oleh rakan dalam BN. Ini kerana perbezaan agama antara parti komponen menghalangnya.

Namun dalam masa yang sama maqasid syariah (tujuan syariah) tetap terpelihara sehingga agama,nyawa,keturunan, harta dan akal dijaga dengam baik hingga hari ini oleh Pemerintah.

Jika Pas ikhlas mahukan hudud mereka perlu bersama Umno dalam menerajui Malaysia bukan menentangnya.

Juga perlu ditanya kenapa Presiden Pas Hj Hadi pernah mengatakan hudud adalah 0.001 dari syariah Islam ketika menang pada tahun 1999?

Adakah perkataan beliau sudah dimansuh atau masih terpakai?

Akhir sekali jika hudud dijalankan maka kes zina pernah dikenakan hudud walaupun tanpa 4 saksi. Ia berlaku pada anak Saidina Umar ra bernama Abu Syahmah yang mati selepas disebat 100 kali sebatan.

Jelas ia membatalkan pandangan yang mengatakan tidak ada hudud jika tidak ada 4 saksi kerana kaedah lain seperti qarinah dan pengakuan juga diterima dalam perundangan Islam.

Pernah seorang perempuan turut dikenakan hudud walau tiada saksi selepas beliau mengaku melakukan zina kepada Nabi saw.

Dengan kemajuan teknologi zaman sekarang seperti DNA,CCTV dan Alat Kesan Penipuan boleh diguna dalam perundangan.

Bukan sekadar 'besi' seperti kata Hj Hadi.

Wallahu A'lam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar