Selasa, 06 September 2011

BN PERAK BERJIWA BESAR.......BN PULAU PINANG ?




KPS MENYOKONG DAN TABIK KEPADA BARISAN KEPIMPINAN BN PERAK. INI SUATU TOLERANSI YANG MEMERLUKAN PENGORBANAN YANG BESAR. INI JUGA MENUNTUT JIWA YANG BESAR. TETAPI ADA BAIKNYA BEBERAPA LAGI PARLIMEN DAN DUN MELALUI PENILAIAN DAN GERAK KERJA YANG SAMA TERUTAMA DI PULAU PINANG SEKIRANYA BN BERNIAT UNTUK MERAMPAS KEMBALI NEGERI BERKENAAN. TAHNIAH BN PERAK.


BN Perak timbang pertukaran calon Buntong

IPOH 5 Sept. - Barisan Nasional (BN) Perak akan melihat kewajaran menukar calon MCA dengan parti komponen lain sebelum memutuskan siapakah calon yang akan mewakili BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, isu pertukaran kerusi itu bukanlah merupakan sesuatu yang baharu, malah ia telah menjadi amalan BN berlandaskan persefahaman antara semua parti komponen.

"Tidak ada masalah kerana kita agak praktikal dan sentiasa berbincang atas semangat BN. Namun, daripada segi kata putusnya, kita akan melihat daripada aspek kewajaran serta rasional di sebaliknya.

"Kita tidak boleh dengan semudah-mudahnya membuat kesimpulan dengan mengatakan ia adalah satu keputusan yang muktamad," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoA) antara Perak Educity dan Jaipur National University, India di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang tidak menolak kemungkinan memberikan kerusi DUN Buntong kepada MIC sekiranya calon daripada parti itu mempunyai peluang kemenangan lebih besar pada pilihan raya akan datang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang lalu, calon MCA, Lee Tung Lai tewas kepada A. Sivasubramaniam daripada DAP dengan majoriti 5,315 undi.

DUN Buntong yang sebelum ini disandang oleh Datuk Yik Phooi Hong daripada BN, mempunyai majoriti penduduk dan pengundi keturunan India


KPS : BN PERAK BERJIWA BESAR.....BN PENANG BILA LAGI ?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar