Sabtu, 01 Oktober 2011

LAWAK TONG HIN 2.0 - KONONNYA ALA PROJEK PAK NUAR PASCA 16 SEPTEMBER


MAMAT DI ATAS MERUPAKAN BAKAL JUARA MAHARAJA LAWAK MUSIM KE- 2. MAMAT TERSEBUT BERNAMA GWEE TONG HIN, MERUPAKAN ADUN BENTAYAN DARI DAP. DI JOHOR DAP CUMA ADA 4 KERUSI DUN, PAS SEKADAR MELUKUT DENGAN 2 KERUSI BERBANDING BN DENGAN ANGGARAN 50 KERUSI. JADI MENGAPA PULA ADA PIHAK DALAM BN NAK TAWAR SI TONG HIN NI LOMPAT PARTI. BN TAK KELAPAQ KAT HANG LA. APA YANG DIDEDAHKAN TONG HIN AMAT MENGEJUTKAN IAITU KONONNYA DIA INGIN 'DIBELI' DENGAN RM 150 K, 50 EKAR TANAH, DAN RM 5 K ELAUN BULANAN. HANG PI MAMPUS LA TONG HIN. SAPA YANG BUTA DOK KELAPAQ HANG TU ? TONG HIN NI PAK NUAR PON TAK MAU KALAU DIA NAK JADI KOPI BOY PAK NUAR. BN LAGI LA TAK KELAPAQ KAT DIA. BUAT LAWAK BOLEH TONG HIN SEKOQ NI. SEKUPANG PON TARAK NILAI LA LU TONG HIN.



KPS : LAWAK TONG HIN 2.0

WASIAT CHIN PENG.....KPS BERKATA TIDAK


CHIN PENG KHABARNYA SEDANG NAZAK....APAKAH CHIN AKAN DIKEBUMIKAN DI MALAYSIA APABILA MENINGGAL KELAK SEPERTI WASIAT CHIN PENG ? ATAU ABUNYA DI BAWA KE MALAYSIA ? SAYA HARAP ITU TIDAK BERLAKU. ADALAH LEBIH BAIK PADA SAYA CHIN PENG DIKEBUMIKAN DI CHINA SEBUAH NEGARA YANG BERIDEOLOGIKAN KOMUNIS. KOREA UTARA PON BOLEH JUGA SELAIN CUBA.


KPS : MARUAH DIBAYAR DARAH......

NAK POLITIK KEPARTIAN SANGAT DALAM MASJID....PADAN MUKA HANG


PADAN MUKA. INILAH AKIBATNYA KALAU SELALU ANGGAP DIA SAJA ISLAM. INGAT HANG SORANG SAJA KA ISLAM. HANG INGAT UMNO KAPIAQ ? WOI....AMBIK HANG....KAN DAH KENA HALAU....


KUALA LUMPUR 30 Sept. - Tidak tahan dengan sikap seorang imam di Masjid Lama Batu 6 di Kampung Kerdas, Gombak dekat sini, yang sering menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik dan memburuk-burukkan kerajaan, lebih 100 penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi bagi mengusir imam terbabit hari ini.
Demonstrasi aman sambil membawa sepanduk itu diadakan di pekarangan masjid berkenaan, selepas solat Jumaat, kira-kira pukul 2 petang.


Ketua Kampung Kerdas, Zakaria Mohd. Yusuf mendakwa, imam berkenaan, Wan Mohd. Nasir Wan Abd. Wahab telah bersikap biadab apabila menghina dan mencemuh jemaah termasuk warga emas.
Jelasnya, selain itu, Wan Mohd. Nasir turut memperlekehkan martabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengatakan teks khutbah Jumaat yang dibekalkan ketinggalan zaman.


"Dia lebih selesa membaca khutbah yang diolah sendiri dengan menyelitkan isu sensitif dan fahaman politik.
"Dia juga menghasut dan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat," katanya ketika ditemui di pekarangan masjid itu di sini hari ini.


Menurutnya, semua tindakan imam itu dilakukan ketika dia menyampaikan tazkirah dan khutbah Jumaat.
Selain itu, Zakaria memberitahu, Wan Mohd. Nasir turut memburukkan imam satu masjid berkenaan, Habib Hashim dengan menuduhnya terbabit menyeleweng wang masjid tanpa bukti.


"Dia menggunakan pembesar suara untuk menyerang Habib sehingga kedengaran di persekitaran Masjid Lama Batu 6, Gombak," katanya.
Jelas beliau, perbuatan Wan Mohd. Nasir itu mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati penduduk kampung dan sekitar yang menggunakan masjid itu untuk beribadat.


Zakaria berkata, selaku wakil penduduk kampung dan sekitar, pihaknya berharap Jabatan Agama Islam Daerah dan JAIS supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap Wan Mohd. Nasir.
Jelas beliau, kehadiran Wan Mohd. Nasir selaku imam kedua masjid berkenaan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan hubungan antara jemaah dengan rumah suci itu.


.


KPS: ORANG KULIM TAK MAU BUAT MACAM NI KA ?

ITU SALAH UMNO...INI UMNO SALAH....SEMUA SALAH UMNO...PAS SEMUA BETUL....PARTI MAKSUM SE-MALAYSIA


PUAK-PUAK PAS NI TAK HABIS-HABIS SALAHKAN ORANG LAIN. ADA SEORANG BLOGER PERNAH MENULIS KALAU DUNIA NI KIAMAT PAS MESTI SALAHKAN UMNO JUGAK. TERIMA LA KELEMAHAN DIRI SENDIRI. JANGAN DOK TUDING JARI SAJA. PAS MEMANG hamPAS. BERSAMA KITA MENGhamPAS KAN PAS.....PARTI MUNAFIK SE-MALAYSIA


Fared anggap hudud hanya mainan Pas

KOTA BHARU 30 Sept. - Bekas aktivis Pas, Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani menyifatkan isu hukum hudud yang dijanjikan kerajaan Pas Kelantan hanya mainan politik parti itu semata-mata bagi meraih sokongan pengundi.

Beliau berkata, Pas dulu bermatian-matian menentang UMNO kerana mendakwa menolak hukum hudud, namun pada masa sama Pas berkompromi dengan DAP yang jelas menolak Islam.

Katanya, Pas 'mempermainkan' hudud sepenuhnya untuk kepentingan mereka dan ia dibuktikan melalui kenyataan pemimpin-pemimpin besar parti itu terutama selepas Pilihan Raya Umum 2008.

"Macam mana mereka hendak laksanakan hudud, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah memberitahu bahawa hukum hudud cuma 0.0001 peratus.

"Malah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pernah kata, 'tiada dalam perlembagaan Pas untuk membentuk negara Islam'.

"Malah sebelum ini Timbalan Pesuruhjaya III Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pernah membuat kenyataan bahawa hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sikap pemimpin Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak sepakat dalam isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Mohd. Fared yang juga Naib Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan Turun Padang (NGO TP) berkata, jika dilihat pada urutan kronologi tersebut jelas menunjukkan bahawa Pas sebenarnya tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam terutama selepas bersekutu dengan DAP.

"Kita lihat apa yang sedang dan telah berlaku di hadapan mata kita, contohnya di Selangor dan Pulau Pinang, apa yang Pas dapat lakukan di negeri-negeri pembangkang itu?

"Melayu dan Islam dicabar dan semakin dihina. Kilang arak tidak ditutup. Kenapa pusat-pusat hiburan, judi dan kilang arak tidak ditutup?" soalnya.

Katanya, apa yang berlaku dalam Pas hari ini membuktikan bahawa mereka lebih teruk daripada UMNO dan disebabkan itu beliau meninggalkan parti tersebut.

GUAN ENG...LU BOLO PUNYA ORANG...LIDAH ADA CABANG

LIDAH GUAN ENG


Hina Johor: Guan Eng mohon maaf

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

PULAU PINANG 30 Sept. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat negeri itu yang tersinggung dengan dakwaan kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP itu masih tetap mahu mempertahankan pendirian dengan menuduh kenyataannya sebelum ini telah disalah tafsir oleh pihak media.

"Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

"Dalam laporan media, Sultan Johor juga bertitah bahawa baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah Sultan Johor.

"Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dilihat di laman blog Guan Eng, http://limguaneng.com.

Menurut Guan Eng, beliau akan tetap membawa perkara tersebut ke mahkamah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika mengulas perkara itu menganggap Guan Eng tidak ikhlas kerana beliau terus menyalahkan pihak lain khususnya 'media Barisan Nasional (BN)' yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya.

Menurut beliau, tindakan pemimpin DAP itu menunjukkan perangai beliau yang sebenar iaitu seorang pemimpin yang tidak ikhlas.

"Perangai dia sebenarnya telah mengundang kemarahan seluruh rakyat Johor, khususnya polis, kakitangan kerajaan dan para peniaga kerana dia telah menghina Johor walaupun realitinya kadar jenayah menurun," katanya.

Mohd. Puad berkata, dia sepatutnya bukan sahaja memohon maaf kepada Sultan Johor, tetapi kepada seluruh rakyat negeri ini kerana menuduh kakitangan kerajaan tidak bersih.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abd. Samad pula menyifatkan permohonan maaf Guan Eng itu menyerlahkan perangainya sebagai pembohong besar.

"Sama ada dia ikhlas atau tidak ikhlas memohon maaf atas keceluparannya, ini bermakna media telah mendedahkan dan melaporkan perkara yang benar. Sekalung tahniah diucapkan kepada media yang berjaya menyelongkar pembohongan seorang pemimpin DAP (Guan Eng).

Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, sebenarnya Guan Eng tidak sedar yang membocorkan perkara itu adalah media asing yang mentertawa dan tidak gemar dengan perangai Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

"Kalau dah mohon maaf, diam-diam sajalah, jangan cuba menyalahkan pihak lain (media)," katanya.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali pula berkata, permohonan maaf Guan Eng bukti jelas bahawa beliau bersalah dan secara sedar telah melakukan sesuatu yang mengguris seluruh rakyat Johor, khususnya Sultan Johor.

AIYAA....KM PALING BOLO...GUAN ENG LIDAH ADA CABANG. MAU MINTA MAAF PON LIDAH MAU ADA CABANG JUGA KA ? LU SENDIRI ADA CAKAP KERAJAAN JUGA ADA SALAH KA? GUAN ENG MEMANG ADA BOLO. LIDAH BERCABANG.

KPS: GUAN ENG....LU BOLO PUNYA ORANG

PM NAJIB.....NAMEWEE TU BANGSAT 2.0......JANGANLAH DATO' SERI TERTIPU OLEH BANGSAT 2.0 TU

PM NAJIB....RAMAI LAGI ORANG CINA YANG SOKONG 1MALAYSIA. TAK CUKUPKAH LAHANAT YANG NAMEWEE LAKUKAN SELAMA INI. APAKAH SEBENARNYA YANG PM NAK SAMPAIKAN. SUDAH-SUDAH LAH DENGAN NAMEWEE NI. DIA BUKAN SEMANGAT 1MALAYSIA, NAMEWEE NI NAK HANCURKAN MALAYSIA. KENAPA DATO' SERI TAK FAHAM-FAHAM LAGI. SAYA ADALAH BLOGER YANG MENYOKONG PENUH DATO' SERI NAJIB. SAYA ADA RAMAI RAKAN-RAKAN CINA YANG MENYOKONG 1MALAYSIA YANG LEBIH BAIK BERBANDING NAMEWEE. ADA ANTARA MEREKA YANG MENGECAM NAMEWEE YANG BANYAK MEMBANGKITKAN ISU SENSITIF YANG BERSIFAT RASIS DAN MENGHINA ISLAM SERTA MENGHINA NEGARA. KALAU RAKAN-RAKAN CINA SAYA FAHAM DENGAN SIFAT BANGSAT 2.0 NAMEWEE NI, KENAPA PM NAJIB TAK NAMPAK PULAK ? NAK BAGI TAU MACAM MANA LAGI NI ???????????

PETIKAN DARI MEDIA PRO PEMBANGKANG.....

TAKZIAH KEPADA MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA DI ATAS PEMERGIAN BONDA BELIAU MENGADAP ILAHI.


BLOG KPS MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA DI ATAS PEMERGIAN BONDA BELIAU BUAT SELAMANYA.


KUALA LUMPUR, 1 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi atas kembalinya ke rahmatullah ibu beliau, Hajjah Tuminah Jalil.

Allahyarhamah meninggal dunia jam 1.40 pagi.

Jenazah allahyarhamah akan dikebumikan sebaik sahaja selesai solat Zohor di Masjid Al Falah Kg Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. -MediaUMNO


KPS: TAKZIAH