Tampilkan postingan dengan label IBRAHIM ALI. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label IBRAHIM ALI. Tampilkan semua postingan

Kamis, 20 Desember 2012

Sabtu, 25 Februari 2012

IBRAHIM ALI HALAU PAK NUAR ZIONIS DARI BUMI MALAYSIA


PRESIDEN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA MEMBERI KATA DUA KEPADA PENTAKSUB ZIONIS IAITU PAK NUAR SUPAYA BERAMBUS DARI MALAYSIA........


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali
mencadangkan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya
berhijrah ke AmerikaSyarikat berikutan sering mengeluarkan kenyataan yang
menyokong negara "Uncle Sam" itu.


Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas berkata, beliau yakin Amerika
boleh mempertimbangkan permohonan Anwar untuk mendapatkan kerakyatan
di negara berkenaan kerana rapat dengan Amerika.

"Saya percaya Amerika boleh pertimbangkan Anwar untuk jadi rakyat negara
tersebut sebab beliau rapat dan sokong kuat Amerika, tentu Amerika tidak
keberatan nak beri kerakyatan kepadanya.

"Dia juga boleh bertanding sebagai calon Presiden Amerika dan pasti Israel
boleh bantu sebab dia pun sokong Israel," katanya ketika ditemui pemberita
selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul di Tendong, di sini hari ini.

"Jadi eloklah pergi ke sana supaya boleh bagi ketenangan kepada rakyat
Malaysia. Jadi jawatan Presiden Amerika lebih besar daripada jawatan Perdana
Menteri Malaysia. Jawatan Perdana Menteri ini serah kepada Datuk Seri
Najib Tun Razak sahajalah," katanya.

Ibrahim turut menyelar kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang
membuat kenyataan menyerang Najib apabila Presden UMNO itu mengizinkan
isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menghadiri majlis Makan Malam Amal
anjuran Wiranita PERKASA Malaysia, baru-baru ini.

Sambil menyifatkan serangan terbaru pakatan pembangkang untuk
memecah-belah sokongan ahli PERKASA terhadap Barisan Nasional (BN) dan UMNO,
beliau berkata Guan Eng seharusnya menyokong kerajaan dahulu sebelum membuat
sebarang teguran kepada Najib.

"Apa hak dia (Guan Eng) nak menghalang Rosmah hadiri majlis PERKASA? Dia
siapa?

"Dia nak ajar Perdana Menteri supaya isterinya tidak menghadiri majlis
PERKASA sebab apabila Perdana Menteri dan isteri jauhkan diri daripada
pertubuhan ini, nanti ahli PERKASA marah kepada Perdana Menteri dan BN. Dengan
cara itu, ahli PERKASA tak sokong BN. Ini tujuan Guan Eng," katanya.

-- SUMBER BERNAMA

Rabu, 15 Februari 2012

KEBENARAN MENYEBELAHI PERKASA DAN IBRAHIM ALI....ULTRA KIASU TERKULAI LAYU



AKHIRNYA IBRAHIM ALI DAN PERKASA TEMUI KEBENARAN SEJATI....Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah PELANGKUNG SI RASIS ULTRA KIASU...JOM BACA


(Sinar Harian 13 Feb 2012)

Tahun Baru Cina yang telah berakhir minggu lalu, mungkin telah meninggalkan ‘kenangan pahit’ buat pertubuhan Perkasa pimpinan Dato’ Ibrahim Ali. Niat murni mereka mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina telah dipertikaikan dan dipolitikkan. Isu warna paket wang yang diistilah sebagai angpau putih atau lebih tepat disebut, pekkim (paket putih) yang diedarkan ketika mengadakan Rumah Terbuka tersebut, diperbesarkan segelintir orang hina sehingga menjadi masalah negara. Wal hal sebenarnya isu ini amatlah kecil. Tindakan yang jika disengajakan pun, saya tidak nampak di manakah salahnya? Isu hanya berligar di sekitar warna.

Sedangkan niat murni mereka mengadakan majlis tersebut dan niat bersedekah, memberikan wang menggunakan ‘angpau putih’ tersebut angsung tidak dihargai. Saya masih tercari-cari di manakah angpau putih yang dimaksudkan itu, kerana ia tidak wujud dalam erti kata sebenar? Angpau bermakna paket merah, manakala pekpau (pekkim) adalah paket putih, jika digabung dua istilah ini sebagaimana yang dipolitikkan bermakna angpau putih, iaitu paket merah putih. Di manakah paket itu sebenarnya? Rata-rata yang diedarkan adalah paket putih, tidak ada paket merah putih.

Bagi saya yang memahami bahasa Cina, isu ini amat meloyakan dan saya hanya ketawa beruk membacanya. Apa yang jelas, Perkasa sudah terperangkap dalam permainan politik licik ultra kiasu, melalui permohonan maaf terpaksa dilakukan. Saya harap Perkasa lebih berhati-hati pada masa hadapan. Jangan terlalu cepat melatah. Apapun saya tabik kepada Perkasa, sekalipun tidak bersalah tetapi masih memohon maaf. Ini kerja mulia dan budaya yang saya sanjungi.

Bukan seperti ultra kiasu, sah-sah melakukan kesalahan menyinggung dan menghina agama Islam dan raja-raja Melayu, tetapi langsung tidak mahu meminta maaf, malah bongkak dan sombong. Sudahlah begitu, ada yang tidak segan silu meminta anugerah ini dan itu, serta darjah kebesaran dari raja-raja Melayu.

Putih tidaklah melambangkan kesedihan dalam konteks sebenarnya. Jika begitulah keadaan, sudah tentu majlis perkahwinan orang Cina penuh dengan pakaian warna merah, terutama pengantinnya seperti zaman dahulu. Persoalan saya, kenapa sekarang pengantin Cina tidak berpakaian merah ketika hari yang amat bermakna itu? Boleh dikatakan semua pengantin Cina memakai pakaian putih (gaun perempuan) dan hitam (blazer lelaki). Tidakkah itu pakaian berkabung? Kenapa tidak dipertikaikan? Jawapannya mudah, apabila sesuatu itu datang dari barat atau yang melakukannya adalah orang barat, semuanya dianggap baik belaka, walaupun bertentangan dengan budaya sendiri. Tetapi apabila tiba orang Melayu yang melakukannya, bertentangan sedikit dengan cara hidup mereka, semuanya sensitif dan mula diperbesar-besarkan. Politik kurang ajar apakah ini? Kaduk sudah naik junjung, kita terlampau memberi muka kerana undi dan pilihan raya.

Sebagai seorang yang biasa dengan budaya Melayu, sepanjang pengetahuan saya, orang Melayu hanya tahu adat budaya Cina yang bersifat umum sahaja. Misalnya warna merah sebagai tanda kegembiraan. Maka sesuai dipakai ketika Tahun Baru Cina dan tidak sesuai menghadiri upacara kematian. Manakala, warna putih pula adalah warna yang universal, boleh masuk dalam semua majlis. Setakat itulah yang saya boleh baca dalam pemikiran Ibrahim Ali. Putih itu bersih, indah dan menawan. Manalah tahu tiba-tiba dipolitikkan.

Lagipun jika berlakupun kejahilan dalam memahami cara hidup bangsa lain, itu adalah perkara biasa. Adalah tidak menghairankan jika orang Melayu tidak dapat memahami sepenuhnya budaya bangsa minoriti, berbanding dengan bangsa minoriti yang sepatutnya memahami budaya bangsa majoriti, kerana adalah perkara biasa jika budaya majoriti lebih tertonjol berbanding minoriti.

Saya yakin masih ramai di luar sana yang tidak memahami budaya Melayu atau Islam. Misalnya, datang ke rumah orang Islam, menghadiri upacara kematian dan masuk masjid dengan pakaian menjolok mata, seluar dan skirt pendek yang menggiurkan. Tetapi umat Islam tidak bising kerana mereka mengakui dan menginsafi kejahilan orang lain. Memaafkan mereka adalah kerja mulia. Kalau adapun kes-kes yang berlaku, tidaklah diperbesarkan sehingga menjadi masalah negara. Inilah sikap orang Melayu yang saya puji yang sukar untuk dicari dalam bangsa lain.

Jika paket putih itu yang menjadi masalah, sepatutnya orang Cina yang hadir itulah bising. Mungkin sampai ke peringkat memulangkan semula wang dalam paket putih tersebut. Ini tidak, paket putih tetap diambil, sebab yang penting dan berharga bukan paket tersebut tetapi wang yang terkandung. Lagipun paket putih yang paling murah harganya berbanding paket berwarna. Persoalan saya, apakah mungkin timbul isu jika paket tersebut berwarna hijau? Warna hijau juga dikaitkan dengan kesedihan dalam budaya Cina?

Menurut feng shui, sebenarnya warna putih itu melambangkan kemuliaan, kesucian dan kebersihan. Putih selalu dikaitkan dengan logam dan warna keemasan. Justeru, saya amat pelik, kenapa ultra kiasu, termasuk MCA pun turut terikut-ikut rentak ultra kiasu menyerang Ibrahim Ali. Jika mereka manusia berperasaan, sepatutnya mereka memuji Perkasa yang selama ini menunjukkan sikap seolah-olah ‘anti Cina’, walau hakikat sebenarnya tidak. Hanya kerana warna paket wang, maka Perkasa dijadikan objek cacian dan makian. Adakah pemikiran pandir ultra kiasu ini wajar?

Hina sungguh politik pembangkang dan ultra kiasu hari ini. Kalau ya pun hendak menguasai Putrajaya, berpolitiklah secara gentlemen, bukannya menjadi pondan. Parti PAS pun sama, turut menempelak Perkasa. PAS hari ini sudah begitu jauh berubah berbanding dahulu. PAS nampak begitu fleksibel dan terbuka. Dahulu, segala apa yang berkaitan dengan budaya Cina, PAS begitu elergi dan amat berhati-hati. Hari ini, bukan sahaja mereka gemar dan suka dengan tarian singa, naga dan angpau, kalau boleh dengan singa-singa dan naga-naga itu mahu dibawa tidur. Janganlah terlalu over dalam isu-isu sebegini. Tidak semua perayaan atau perkara yang dipraktikkan oleh orang Cina ketika Tahun Baru Cina itu bersifat budaya.

Ada juga perkara yang dikaitkan dengan agama. Berhati-hatilah dengan simbol dan objek tertentu kerana ia ada kaitannya dengan unsur penyembahan. Sebagai orang Cina, saya pun menyambut tahun baru Cina, tetapi saya menjaga batas-batasnya. Ini tidak, saya lihat pemimpin ultra kiasu beragama Islam pun begitu ghairah menyambutnya.

Saya tidak bercadang membela Perkasa, tetapi mengambil sikap bersangka baik daripada bermain politik jijik dan kotor. Warna tidak melambangkan apa-apa. Putih, hitam, merah, hijau, biru dan lain-lain, semua datangnya dari Allah. Adalah salah jika kita kaitkan warna dengan identiti seseorang. Warna putih dan hijau tidak semestinya bersih, jika hati hitam legam.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


http://ridhuantee.blogspot.com/2012/02/politik-warna-angpau-yang-menjijikkan.html

Kamis, 01 Desember 2011

ANWAR BERTINJU DENGAN IBRAHIM ALI......PAK NUAR K.O TERKANGKANG



IBRAHIM ALI BELASAH PAK NUAR AL-JUBURI


Sedutan Ucapan Datuk Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas, di Dewan Rakyat, 29 November 2011

Ketua Pembangkang apabila saya bangun,dia keluar.Apa yang dia allergic sangat dengan Pasir Mas ini? Rakan kongsi di Kamunting dahulu selama dua tahun.

Dahulu saya sudah bercakap dalam majlis tertinggi (UMNO) sewaktu beliau dipecat sebagai timbalan presiden berdepan dengan Ketua Pembangkang. ..yang penting saya hendak beritahu kepada rakyat Malaysia bukan kepentingan Ketua Pembangkang daripada Permatang Pauh tetapi yang penting ialah keselamatan rakyat negara kita.

Jadi Tuan Yang di-Pertua dan bagi mereka ini buat apa sahaja pun mereka tidak akan setuju ..sehingga Ketua Pembangkang jadi Perdana Menteri.

Selagi dia tidak dapat memerintah, jadi Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah-masalah peribadinya, selagi itu dia tidak bersetuju.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya hendak menjawab sedikit sahaja yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang. Dia timbulkan tadi isu Libya, demokrasi Indonesia, hal operasi lalang, Majlis Peguam sudah sebut tadi. Selepas itu cerita Burma, cerita Zimbabwe. Bukan main lagi!

Double Standard

Saya hendak kata, saya hendak tunjuk dengan tangan saya. Inilah ahli politik yang saya kira double standard, munafik dan memang hipokrit!

Hipokrit, double standard the first degree, the highest degree. Memang semua orang tahu!

Cakap kononnya bila Yang Berhormat Pasir Salak sebut soal Operasi Lalang, dia tidak pernah bela. Dia bangun, jawab memutar belit. Kononnya dia turut membela.

Dia persoalkan pula kenapa tidak ada di kalangan Barisan Nasional ini mempersoalkan tindakan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri. Kenapa tidak ada siapa yang bantah?

Orang lain tidak bantah tidak bercakap tidak mengapa, dia tidak bercakap pun. Dia ini Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu. Bercakaplah! Senyap! Lari pula itu.

Saya percaya kalau dia di dalam kerajaan dia pun penyokong ini. [Ketawa] Mungkin lebih kuat daripada yang lain.

Bila Nak Insaf

Letihlah dengan dia ni. Habis orang letih dengan kawan kita ini. Bila hendak insaf dan sedar pun saya tidak tahu.

Sebut Libya, tengok dia hendak bandingkan kenapa kebangkitan rakyat Libya..Ini kerana ditekan, dizalimi, begitu begini, begitu begini.

Kalau ada kezaliman di Libya, Muammar Gaddafi dengan rakyatnya, biar rakyat dialah urus. Selesai. Ini apa yang NATO masuk campur ini? Yang kita menentang NATO masuk campur. NATO ini pembelakang Amerika.

Memanglah Ketua Pembangkang pun Amerika di belakang. [Ketawa]

Hasut Indonesia

Yang pergi hasut di Indonesia ini – inilah dia. Mana dia tidak nampak, mana pergi? [Ketawa] Yang pergi hasut ialah Ketua Pembangkang, Anwar!

Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari Permatang Pauh keluar gambar. Bercakap setiap dua bulan sekali pergi hasut orang Indonesia. Orang-orang Indonesia kena tangkap, kena rotan, kena hamun, kena baling, macam-macam. Jadi dia juga. Selepas itu dia banding Burma dengan Zimbabwe.

Burma dengan Zimbabwe ini saya belum dengar lagi ada orang anjur Sekualiti Merdeka. [Ketawa] Belum saya dengar lagi!

Jadi adakah kita hendak bebas, hendak ukur benchmark negara kita dari segi demokrasi ini, hendak buat perhimpunan mesti dua hari…Demokrasi kita ada waktu terpimpin. Kita kena tengok latar belakang sejarah negara kita. Jangan kita sewenang-wenangnya hendak banding dengan pihak-pihak ini.

Demonstrasi Baling 1970-an

Waktu perhimpunan 3 Disember, isu Baling yang Ketua Pembangkang turut terlibat. Dia pergi bersyarah “kita berjuang kerana kemiskinan.”

Sebenarnya, saya mengaku Tuan Yang di-Pertua, saya salah seorang penganjur tunjuk perasaan Baling. Ketua Pembangkang duduk luar lagi. Dia balik empat hari baru dia pergi ke Masjid Negara. Dia bersyarah, ambil alih. Dialah jadi heronya. Dia bersyarah rata-rata. Dialah pejuang Baling.

Saya ingat Tuan Yang di-Pertua, pada waktu itu tengah saya berucap di Stadium Negara pada tahun 1974, tengah duduk berucap ada orang baling cermin di Masjid Negara. Ini kumpulan sosialis yang lepas itu kawan ini lari ke luar negara.

Jadi maknanya bila ada perhimpunan tidak terkawal. Penyamun, perompak, komunis, macam-macam pihak boleh ambil kesempatan menghuru-harakan negara.

Skandal Liwat & Video Seks

Memang saya ada perbezaan dengan ketua Pembangkang, Anwar ini , sebab apa yang saya buat, saya mengaku.

Berani buat, berani tanggung. Akan tetapi masalah pembangkang ini, berani buat tidak berani tanggung.

Kita tahu sebelum ini Ketua Pembangkang menghadapi kes liwat dengan Saiful Bukhari. Saya dengar tape recorder. Saya pernah pergi dengar dia ceramah. Saya duduk dalam kereta, saya buka cermin saya dengar sebiji, sebiji.

Dia bercakap, dia bela diri dia, dialah hakim, dialah peguam, semua dia. [Ketawa]

Pada saya, memang walaupun saya tidak belajar undang-undang, saya setakat belajar dekat Holiday Inn sahaja. Dia ada Temple Inn, dia ada Lincoln’s Inn, saya belajar Holiday Inn sahaja. Akan tetapi saya dengar, betul-betul contempt of court. Memang boleh didakwa di bawah penghinaan mahkamah.

Akan tetapi saya tengok, tak tahulah mungkin peguam negarakah, poliskah, siapa bertanggungjawab macam tidak ada political will.

Raja dan kerajaan, akan mendapat kemenangan menentang kezaliman di mana kezaliman ini datang daripada orang yang menuduh orang zalim tetapi dia sebenarnya zalim.

Jadi kena ada political will. Kalau hendak tunggu macam itu, ini contempt of court.

Kemudian, pendakwaan hendak siasat video yang mirip muka Ketua Pembangkang. Saya hendak tengok, saya sudah umur 61 tahun. Saya takut kita sudah tidak ada dah. [Ketawa]

Biarlah awal sikit. Kena cepat sikit. Kalau tidak, saya pun tergantung-gantung.

Sumber AIDC