Rabu, 30 Mei 2012

JIWA ROCK SERTAI UMNO

Penyanyi lagenda rock, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman dari Kumpulan Search hari ini telah menyertai UMNO dan menyerahkan borang kehlian. Turut mengikut jejak langkah beliau termasuklah Mus (May), Radhi OAG dan Ibno Reza juga turut bersama-sama Amy menyerahkan borang keahlian. Amy memberi alasan kemasukan ke dalam parti ini kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara. "Umno ini sebuah parti yang begitu lama, sudah semestinya sebuah parti yang semakin kukuh semakin kuat." katanya. Apabila diajukan soalan berkaitan soal ada pihak dalam UMNO membeli Amy lantas beliau terus menafikan kenyataan tersebut. " Tidak langsung dan tidak sama sekali. Bagi saya, saya tidak menjual maruah saya sendiri, apa yang saya lihat untuk bangsa saya sendiri." Menurutnya lagi yang masih teringatkan kata-kata aruah bapanya, orang dulu-dulu berjuang untuk merdeka. "Lihat zaman kau susah dahulu macam mana, kita susah kalu kita tidak pandai menghargai kemerdekaan itu sendiri,"katanya. Sementara itu, Mus (May) memberitahu beliau menyertai UMNO selepas beliau menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah. Menurut penyanyi Vokalis kumpulan May ini, UMNO sudah matang dan sudah lama memerintah negara dan sudah banyak yang dilakukan oleh kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia. Kesemua borang keahlian artis ini telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh dan ketiga-tiga mereka akan duduk di bawah Cawangan Umno Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang. Datuk Abdul Rauf menegaskan, kedatangan artis-artis ini adalah atas sifat kesedaran bahawa perpaduan dan keamanan ini mesti ditentukan ke arah satu perpaduan yang dibawa oleh UMNO. -SUMBER DARI KL POS

1 komentar: