Senin, 07 Mei 2012

GUAN ENG HARBI BIKIN PERGADUHAN KAUM DI PENANG

SUMBER: BLOG MAT KILAU PENANG......
ADUN Barisan Nasional (BN) keluar Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan menuduh Umno akan merobohkan semua kuil jika kembali berkuasa di Pulau Pinang. Ketua Pembangkang DUN, Datuk Azhar Ibrahim membantah kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menuduh semua kuil Hindu akan terancam jika Umno memerintah. Apabila enggan menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf, Azhar mengetuai 10 Adun BN telah keluar dewan.Seorang lagi wakil rakyat BN iaitu Adun Pinang Tunggal, Datuk Roslan tidak hadir Dewan sebentar radi. Datuk Azhar mencabar Guan Eng mengulangi kenyataan itu di luar DUN jika berani dan seorang gentlemen.Menurutnya, kenyataan Guan Eng boleh membangkitkan ketegangan kaum dan mempunyai niat jahat untuk mewujudkan suasana tidak harmoni di Pulau Pinang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar