Kamis, 29 Maret 2012

CLASH OF THE AZIZAN AND PHAHROLRAZI.......CHAPTER 2

PAS DI KEDAH SEMAKIN LAMA SEMAKIN TENAT. KALAU IKUTKAN AKAL PAS DI KEDAH SUDAH DIBACAKAN YAASIN DAN KUBUR PUN SEPATUTNYA SUDAH DIGALI. PERSELISIHAN FAHAM BELUM LAGI USAI MALAH MEMASUKI FASA BARU APABILA PASrasit DI KEDAH MELALUI KETUANYA IAITU PHAHROLRAZI A.K.A MB KUALA KEDAH MENERIMA TENTANGAN SENGIT DARI PUAK-PUAK PAS YANG SETIA KEPADA AZIZAN RAZAK. SEMAKIN SENGIT PERTARUNGAN SEMAKIN GELISAH RAKYAT...HANYA ADA SATU JALAN,,,,BAGI KUASA KEPADA BN DAN ANDA TERUSKAN BERGADUH....





PETIKAN DI BAWAH ADALAH DARI PORTAL MALAYSIAKINI......

'Konspirasi' Kedah untuk gulingkan Phahrolrazi, Ismail

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi mendakwa bahawa Dewan Pemuda PAS Kedah yang didalangi pihak ketiga cuba menggulingkan beliau dan dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr Ismail Salleh daripada barisan kepemimpinan PAS negeri itu.

Akhbar Berita Harian memetik beliau sebagai berkata, usul untuk merombak semula Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah itu dibawa oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya.

“Saya fikir Dewan Pemuda PAS tidak memahami apa yang berlaku dalam isu ini dan saya juga berasakan tidak semua pemimpin kawasan yang benar-benar faham. Usul ini dibawa hasil perancangan pihak ketiga yang mahu ia berlaku,” katanya dipetik akhbar berkaitan Umno itu.

NONEMenurut Phahrolrazi, beliau juga menyanjung tinggi sikap ditunjukkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahu supaya jawatannya dan Dr Ismail dalam PAS Kedah dikekalkan.

Beliau menyifatkan, menteri besar sebagai seorang pemimpin berjiwa besar kerana menolak desakan itu dan sanggup menerima perbezaan pendapat.

“Bagi saya Menteri Besar berjiwa besar kerana isu ini berlaku atas perbezaan pendapat antara saya dan beliau dalam soal pentadbiran negeri ini, bukan hal peribadi,” katanya lagi kepada Berita Harian.


KPS: PERTARUNGAN INI AKAN BERAKHIR SEKIRANYA SATU PIHAK MAMPUS KALAU TIDAK AKAN BERTERUSAN LAGI DAN LAGI....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar