Minggu, 17 Juli 2011

PRESIDEN PAS PALING CELAKA DALAM SEJARAH PARTI PAS


BEGITU HODOH DAN BURUK HUJAHAN PRESIDEN PAS....PAK HADI


Hadi Awang anggap Sheikh Ahmad Tijani cetek sejarah

MARANG 16 Julai - Pas menyifatkan seruan Sheikh Ahmed Tijani Ben Omar agar umat Islam di negara ini tidak menyelesaikan permasalahan di jalanan dibuat kerana kedangkalan pengetahuan pendakwah antarabangsa itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendakwah terkenal kelahiran Accra, Ghana yang menetap di Amerika Syarikat (AS) itu jelas cetek sejarah Islam.

Abdul Hadi antara lain menarik perhatian, berdasarkan sejarah Islam, ketika Saidina Umar menganuti agama Islam, para penyokongnya mengadakan demonstrasi di Mekah.

"Dia (Sheikh Ahmed Tijani) tak baca sejarah. Dia kena baca sejarah bila Saidina Umar masuk Islam, penyokongnya berdemonstrasi di Mekah. Nabi dan sahabat pun ada keluar berdemonstrasi," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas program Ceramah Pasca Bersih di pekarangan Masjid Rusila di sini malam tadi.

Abdul Hadi diminta mengulas seruan Sheikh Ahmed Tijani agar umat Islam tidak menyertai sebarang bentuk perhimpunan atau demonstrasi untuk menyuarakan tuntutan sebaliknya ia perlu disampaikan secara bijaksana seperti diperintahkan Allah.

Sheikh Ahmed Tijani yang merupakan pakar undang-undang dan prinsip Islam dalam pelbagai bidang berkata, demonstrasi di seluruh dunia Islam kini amat memalukan dan mereka tidak harus dipandu dan dipengaruhi oleh syaitan.

Ditanya adakah Pas tetap dengan pendirian bahawa demonstrasi dibenarkan dalam Islam, Abdul Hadi mengiyakannya.

"Islam membenarkan demonstrasi tapi dengan beradablah. Masalahnya, kita demonstrasi beradab pun tak boleh juga," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyifatkan kenyataan Sheikh Ahmad Tijani berkenaan hukum demonstrasi sebagai pandangan yang dikemukakan di luar konteks sebenar.

Menurutnya, pandangan pendakwah tersebut sesuai sekiranya dilaksanakan di dalam sebuah negara yang melaksanakan undang-undang Islam dengan penuh keadilan.

''Adapun sekiranya keadaan sebaliknya maka menjadi kewajipan kepada rakyat untuk menjalankan tugasan 'amar maaruf nahi munkar' di dalam kerangka syarak.

''Konsep ini adalah tersangat jelas di dalam Islam sebagai 'semak dan imbang' dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi,'' jelasnya.

KPS : BAYANGKAN KALAU ULAMA' INI SEBELAH PR...PASTI LAIN HUJAHAN PAK HADI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar