Minggu, 17 Juli 2011

PARTI ANGGUK SEMALAYSIA TERUS MENGANGGUK MENAMBAHKAN KEBACULAN DAN MANDUL KEBERANIAN BERHADAPAN DAP DAN RAKAN CINA MEREKA




ALOR SETAR 16 Julai - Kerajaan Pas Kedah akhirnya tunduk kepada bantahan pelbagai pihak terutama sekutunya DAP apabila hari ini memutuskan untuk menimbang semula keputusan melarang pusat hiburan di negeri ini daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pada masa sama, pihak pentadbiran kerajaan negeri juga telah diarahkan supaya mencari jalan penyelesaian yang mampu menggembirakan semua pihak.

Menurut beliau, satu pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan yang terlibat juga akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya fikir kita telah menemui satu jalan penyelesaian seperti menetapkan syarat-syarat tertentu dengan pengusaha pusat hiburan tidak membenarkan premis mereka dikunjungi mereka yang beragama Islam.

"Semua ini akan ditentukan dalam perbincangan antara pentadbiran kerajaan negeri dengan pengusaha terbabit nanti," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan wakil Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang turut menyerahkan memorandum jawatankuasa penyelaras pengusaha hiburan mengenai isu berkenaan di Sri Mentaloon di sini hari ini.

Kerajaan Pas Kedah Rabu lalu mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan terhadap 13 jenis pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Keputusan itu bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk DAP dengan Pengerusinya, Karpal Singh semalam dilaporkan memberi kata dua supaya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan berkenaan.

Azizan berkata, berikutan perkembangan terbaru itu, isu berkenaan boleh dianggap selesai dengan pihak yang terlibat hanya perlu menunggu arahan terbaru daripada pihak pentadbiran negeri selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan dalam tempoh sehari dua lagi.

Dalam pada itu, mengenai kata dua yang diberikan DAP supaya Pas khususnya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, Azizan berkata, beliau tidak mahu menjawab mengenainya kerana tidak mahu perkara itu berlarutan.

Katanya, sebagai orang lama dalam politik, beliau dan DAP perlu menyelesaikan isu berkenaan secara dalaman dan bukan menggunakan media untuk mencari jalan penyelesaian.

"Saya pun dikira sebagai orang lama dalam politik dan DAP pun orang lama, biar selesai atas semangat pakatanlah. Tak payah kita masuk surat khabar. Surat khabar bukan untuk penyelesaian.

"Apa yang dia orang (DAP) kata itu, dia katalah... saya tidak mahu kata apa," katanya.

Utusan Online

SEMALAM ATAU KELMARIN DULU PEMUDA PAS MELALAK KENAPA MCA DAN DAP BANTAH PUSAT HIBURAN DITUTUP BULAN POSA...PEMUDA PAS HINGAQ KENAPA UMNO DAN PERKASA X BANTAH????
HARI NI PAS SEKALI LAGI MELUTUT DI KELANGKANG DAP DAN MCA....KENAPA????/ KERANA KEBACULAN MEREKA...PAS="PARTI ANGGUK SEMALAYSIA" HANYA MENGAGGUK TANDA BACUL...DAN MANDUL KEBERANIAN....

DULU ARAK DI SELANGOR.....RUMAH URUT......HASSAN ALI JADI 'KORBAN'
BAZAAR TOK GURU POK NIK BEBAS PULAK....KES TERBARU DI KEDAH/.....MANA ULAMA' MANA HARUN DIN????/ MANA USTAZ NASA...MANA?????

SEMUA SUDAH DI DIDIAMKAN /......

BAIK MASUK UMNO KLAU NAK BELAS ISLAM...

KLAU HAMpas.....



KPS ; PAS =PARTI ANGGUK SEMALAYSIA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar