Selasa, 19 Maret 2013

PAS BERBUNUHAN DI KEDAH ANTARA AZIZAN KIRAM VS PHAHROLRAZI KIRAM

KALAU SEMBANG, PUAK PAS TAK PERNAH JATUH. DEPA BAGUIS SEGALANYA. DEPA MANA ADA DOSA, DEPA MAKSUM. ORANG TENTANG DEPA BAGI DEPA IBARAT TENTANG ISLAM. MELANTAK HARTA ANAK YATIM DAN BALU ITU TIDAK APA, SEBAB DEPA PAS MAKSUM. BILA JADI PEMBANGKANG DI NEGERI KEDAH, DEPA NI TERHEGEH-HEGEH DOK KUTUK KERAJAAN BARISAN NASIONAL, BILA DAH BERKUASA, DEPA TAK KETAHUAN KEPALA EKOQ(TIDAK TAHU HUJUNG PANGKAL). AZIZAN MB BALAK KEDAH DAN MB KOLA KEDAH PHAHROL RAZI DOK BELAGA ANGIN BUKAN BARU. DAH LAMA DAH. BENDA NI KALAU PAS ADA AKAI, BENDA NI DAH SELESAI LAMA DULU, TAPI DISEBABKAN SEKOQ NAIB PRESIDEN PAS IAITU SEORANG MANUSIA YANG PERNAH MENUDUH BLOGER UMNO SEBAGAI ANAK HARAM, MAKA 'ANAK HARAM' INILAH SEBENAQNYA YANG MENJADI PUNCA PAS KEDAH TERUS BERGOLAK MAMAT NAIB PRESIDEN PAS TERSEBUT SECARA RIAK DAN TAKBUR DILAPORKAN OLEH HAPRAKKAH BAHAWA BELIAU TELAH MENANGIS TERESAK-ESAK KERANA ISU PAS KEDAH BERTELAGAH TELAH SELESAI. SELESAI LA SANGAT, KPS RALAT KERANA HARAKAH TAK LAPOR PULAK BAHAWA SI PUDIN NI MENANGIS HINGGA MUNTAH DARAH SERTA KELUAQ KAHAK HIJAU, BARU LA NAMPAK HEBAT. APA PUN KEMBALI KITA KEPADA ISU SEMASA DI KEDAH. BERITA PHAHROLRAZI SETERU UTAMA AZIZAN RAZAK DALAM CAH KETING VERSI KEDAH DICULIK DAN DIKURUNG MEMANG MENGEMPAQKAN SELURUH RAKYAT KEDAH YANG SEMAKIN KELAM DI BAWAH PIMPINAN REGIM PAS KEDAH. PHAHROLRAZI YANG DALAM PERJALANAN UNTUK MENGEMPUR KUBU KUAT AZIZAN RAZAK DI SUNGAI LIMAU BERDEPAN DETIK CEMAS KERANA TELAH DITANGKAP DAN DITAWAN SELAMA BEBERAPA JAM OLEH PENYOKONG AZIZAN RAZAK. UNTUK KETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT, KPS PLAGIAT DARI BLOGER KEDAHAN69 UNTUK ULASAN LANJUT.....
Malang yang menimpa Kedah terus bertimpa-timpa… Sudahlah Kerajaan Negerinya gagal dalam semua segi, sekarang ini di dalam Kerajaan Negeri pula berpecah belah dan saling hentam menghentam antara satu sama lain. Sebabnya bukannya besar sangat pun. Puak-puak dalam PAS Kedah sedang berusaha untuk mencantas antara satu sama lain. Puak-puak dalam PAS Kedah juga saling bunuh membunuh antara satu sama lain. Dan puak-puak dalam PAS Kedah sedang berusaha menjadikan Kedah sebagai padang jarak padang tekukur sebelum mereka menyerahkan Kedah kepada UMNO dan Barisan Nasional pada PRU13 nanti. Pada 16 Mac, satu peristiwa penting yang langsung tidak diberitakan oleh para pecacai PAS telah berlaku di Kedah. Sesuatu yang amat asing dan julung-julung kali rasanya. Exco Kanan Kedah yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Phahrolrazi Zawawi telah diculik, dikurung dan dikawal oleh konco-konco Menteri Besar Kedah bagi mengelakkan dia memberikan ceramah di kawasan Sungai Limau. Peristiwa tersebut mengundang perasaan marah kepada para penyokong Phahrolrazi yang mengharapkan ceramah Phahrolrazi akan membangkitkan kemarahan dan tindakan daripada penyokong-penyokong PAS Sungai Limau agar menghumbankan segera Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau. Tidak ada cara lain yang dapat dilakukan melainkan para penyokong Phahrolrazi membuat laporan polis. Salah seorang daripada mereka bernama Zulkefly Mohd bin Ibrahim @ Ismail yang tinggal di Kampung Kabu 10 Selengkoh Sungai Limau Dalam, membuat laporan polis mengenai tindakan menghalang dan berniat jahat terhadap Phahrolrazi untuk datang berceramah di rumahnya pada hari Sabtu, 16 Mac 2013. Sepatutnya ceramah tersebut telah diadakan pada jam 9:30 malam. Surat jemputan telah dihantar kepada Phahrolrazi dan Phahrolrazi dikatakan telah bersetuju untuk memberikan ceramah bagi membangkitkan sentimen ahli-ahli PAS menolak kepimpinan Menteri Besar Kedah. Bagaimanapun ketika dalam perjalanan ke rumah Zulkefli, dia telah ditahan di Sekolah Agama An Nadzah, Bukit Besar oleh beberapa orang lelaki yang dikenali sebagai Che Pee @ Mohd Nasir bin Othman yang merupakan Ketua UPU Bukit Besar, Mohd Nor bin Tahir yang merupakan MKK Bukit Besar, Abdul Ghani bin Ahmad, juga seorang MKK Kabu 10 Selengkoh, Muaz bin Haji Othman yang merupakan seorang penjawat awam dan dua orang lagi yang tidak dikenali. Lelaki-lelaki berkenaan dilaporkan telah menangkap, menculik dan mengurung Phahrolrazi di dalam bilik VIP kantin sekolah berkenaan selama lebih satu jam. Manakala pintu pagar pula telah ditutup, dikunci dan dikawal oleh berpuluh-puluh orang lelaki. Tindakan berkenaan telah menyebabkan Phahrolrazi gagal hadir di tempat ceramah pada waktu yang telah dipersetujui. Sebaliknya dia hanya dibebaskan pada jam 12:15 tengah malam pada 17 Mac 2013. Sebelum itu, lebih kurang jam 1o:45 malam, Zulkefly telah menghantar dua orang wakil dari kawasan Kuala Kedah yang bernama Md Rofiee dan Ziyaidi ke sekolah tersebut untuk mengetahui perkembangan serta membawa keluar Phahrolrazi dari tempat kurungannya dan membawanya ke tempat ceramah. Bagaimanapun, usaha kedua-dua wakil tersebut gagal apabila Che Pee dan kawan-kawannya dengan keras menghalang serta memberi kata dua kepada kedua-dua wakil Zulkefly itu. Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengeluarkan ancaman dan ugutan terhadap kedua-dua wakil Zulkefly itu. Walaupun kejadian tersebut telah berlalu, ternyata usaha Zulkefly untuk membangkitkan sentimen di kalangan ahli-ahli PAS bagi menolak dan menghumban Menteri Besar dari kubu kuatnya sendiri, mengundang padah yang lebih besar. Zulkefly tidak sahaja diancam dan diugut, bahkan keluarga dan anak-anaknya juga telah dimalukan selepas peristiwa berkenaan. Dek kerana itulah, Zulkefly dengan ditemani oleh Haji Mohd Najib Yahya, Abdullah Hashim atau lebih dikenali sebagai Lah46, Nordin Ahmad dan lebih kurang dua puluh orang penyokongnya, telah pergi ke Balai Polis Yan untuk membuat laporan. Mereka turut membawa beberapa keping plakad yang terkandung kutukan terhadap Azizan Abdul Razak. Ketika ditemubual oleh wartawan, Nordin Ahmad menjadi jurucakap dan menyentuh beberapa perkara. Antara lain ialah, tujuan mereka ke Balai Polis Yan adalah untuk membuat laporan polis dan memberikan penjelasan berhubung perbuatan penyokong Azizan Abdul Razak yang telah menahan dan menghalang Phahrolrazi daripada hadir memberikan ceramah di rumah Zulkefly. Laporan polis juga dibuat unutk melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan para penyokong Azizan yang menghalang dan mengurung Timbalan Pesuruhjayanya sendiri, sekaligus menyebabkan Zulkefly dan keluarganya menanggung malu atas pembatalan ceramah pada malam 16 Mac. Menariknya, Nordin Ahmad cuba menafikan yang laporan polis tersebut bertujuan untuk memecahbelahkan ahli-ahli PAS. Sebaliknya laporan polis itu kononnya untuk menerangkan kepada semua ahli PAS, perkara yang sebenar iaitu Azizan Abdul Razak menganggap Phahrolrazi sebagai ancaman dan musuh. Sedangkan hakikatnya ialah, Phahrolrazi 'masuk' ke kawasan Azizan untuk menghasut, membuat tohmahan dan menaikkan sentimen kebencian ahli-ahli PAS kepada Azizan Abdul Razak. Ini sudah jadi sama macam kes Lahad Datu. Lanun-lanun Sulu menyerang Lahad Datu dan membunuh anggota-anggota keselamatan Malaysia. Apabila pihak keselamatan Malaysia membalas serangan dan membunuh lanun-lanun Sulu itu, dikatakan pula pasukan keselamatan dan kerajaan Malaysia yang mengganas! -BLOG KEDAHAN69
AYUH KITA LAUNGKAN GELOMBANG MERAH TAWAN KEDAH PRU-13....IN SHAA ALLAH

1 komentar:

  1. KOMANDO SIBER....Hang tolong hantam Blog Kedahlanie.....
    Sedap jaa dia dok boh Tun M dan lain2 pemimpin UMNo... Dok tak sedaq diri lagi.... Tak sedaq dok pijak di bumi yg org UMNo dok mugaq lama dah....

    BalasHapus