Dengan sikap buruk Pak Long itu tidak memungkinkan saya dapat memberikan sebarang kerjasama lagi kepada Sekretariat PKR Pahang, dan saya teruslah meminta Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau memanggilkan satu Mesyuarat Jawatankuasa Cabang untuk saya meletakkan jawatan. Ini bukanlah tindakan terburu-buru tetapi setelah saya menerima sms dari Dr Yahya dan Nizam Ahmad bahawa program itu adalah yang terlebih awal yang dihantar oleh Pak Long. Mereka berdua itu tidak mengikuti trek email yang terlebih awal yang dihantarkan oleh Pak Long. Itu bukan program terawal tetapi program terbaharu yang dibuat mengikut nafsu Pak Long. Anita Karim selaku Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau telah pun menghantar Notis Mesyuarat JK untuk 18.11.12 itu, tetapi pada petang ini beliau memanggil beberapa Orang Jawatankuasa yang penting seperti Timbalan Ketua, Naib Ketua dan sebagainya untuk perbincangan terlebih awal. Azmi Zainon pula menalipon saya mengatakan bahawa jika saya letak jawatan, semua AJK PKR Kuala Krau akan turut sama meletakkan jawatan pada 18.11.12 itu. Setelah kekecuhan ini berlaku barulah Pak Long menghantar Program seperti keputusan di mesyuarat di rumah Dr Yahya di Temerloh. - SUMBER
Sabtu, 10 November 2012
PKR BERGEGAR LAGI DI PAHANG
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar