Jumat, 02 November 2012

BAHALOL AMIN....DAN IMAM MAHDINYA

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggagalkan satu perhimpunan ajaran sesat, yang disyaki 'Aurad Muhammadiah' dan cubaan menghidupkan semula ajaran Al-Arqam di Bandar Country Homes di sini, malam tadi. Perhimpunan itu melanggar Seksyen 12 (C), Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Serbuan Jais dibuat kira-kira jam 10.30 malam dan beberapa ahli jawatankuasa majlis ditahan bagi membantu siasatan. Kira-kira 3,500 pengikut ajaran sesat dijangka menghadiri majlis itu termasuk seorang pemimpin kanan PKR Selangor Dr Badrol Amin . Seorang timbalan pengarah perhimpunan, yang dikenali sebagai Nawawi, ketika disoal siasat pegawai penguat kuasa Jais berkata, perhimpunan diadakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan pemimpinan kanan mereka, Allahyarham Ashaari Muhammad bertemakan "Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib". Berlaku sedikit kekecohan antara pengikut ajaran dengan anggota penguat kuasa Jais kerana enggan mengikut arahan membantu siasatan. Nawawi berkata mereka hanya mengadakan kenduri mega dan majlis doa selamat. Penganjur turut menurunkan kain rentang serta acara dihentikan serta-merta. Serbuan turut mendapat kerjasama pihak polis bagi membantu siasatan. Al-Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia ini. Ia diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Ashaari, pengasasnya, meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru. - SINAR HARIAN
KPS: DULU BAHALOL AMIN WALIWATI KATA PAK NUAR IMAM MAHDI DALAM PEMBIKINAN, LA NI JADI TETAMU KEHORMAT UNTUK ABUYA YANG JATUH SELEPAS BUAT MUHABALAH(RUJUK BUKU AL-ARQAM TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA)......SESAT LAGI MENYESATKAN.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar