Sesuatu Teguran itu tidak semestinya bertujuan untuk membenci,apatah lagi mahu menghina seorang tokoh yang bertaraf ulamak,namun ketahuilah wahai saudara seiman, seorang ulamak itu tidak pernah maksum dan pastinya akan ada melakukan kesilapan dan kesalahan, hanya para ROSUL sahaja yang maksum tidak melakukan dosa ketika sudah di lantik menjadi ROSUL atau sebelumnya yang di panggil istilah ilmu tauhid sebagai irhas.. Lalu Tanpa mengurangkan sedikit pun rasa hormat dan kasih terhadap Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Menteri Besar Negeri Kelantan), Kami dengan rendah dirinya menegur beliau tentang kenyata'an beliau bahawa SAYYIDUNA NABI MUHAMMAD S.A.W itu ada kaitannya dengan kita bila umurnya 40tahun yakni setelah BAGINDA menerima WAHYU,dan kenyata'an beliau bahawa SAYYIDUNA NABI MUHAMMAD S.A.W itu ketika lahirnya BAGINDA tiada apa-apa kelebihan,hanya sama dengan muhammad -muhammad budak kg biasa dan IBUNDA NYA BAGINDA pun tidak tahu BAGINDA akan jadi ROSUL dan NABI, dan kenyata'an beliau bahawa ALLOH ta'ala baru melantik dengan melihat dahulu dalam ramai-ramai manusia ketika itu baru di rancang perlantikan SAYYIDUNA NABI kita MUHAMMAD S.A.W ini menunjukan ilmu,iradat ALLOH ta'ala mengetahui dan menghendaki sesuatu itu baharu bukan azali lagi,dan kenyata'an beliau juga bahawa MAJLIS IHTIFAL MAULID SAYYIDUNA NABI kita MUHAMMAD S.A.W itu hanya kerana nak bertanding dengan orang-orang kristian menyambut krismas jesus...BENAR beliau tidak melarang tetapi kenyata'an beliau ini besar mudhoratnya pada aqidah AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH. Maka antara mereka yang menghuraikan di dalam video klip ini akan kebahaya'an Kenyataan beliau,pada AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH. yang mungkin sulit di fahami oleh orang awam sekarang mereka ialah: 1) Al-Fadhil Ustaz Muhammad Kazim Elias (Pendakwah Bebas) 2) Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zamihan Mad Zain Al-Ghori Al-Kelantany (JAKIM) 3) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki (TOKOH ULAMAK MURID MUSNID DUNYA SYAIKH YASIN AL-FADANI) 4) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Azhary (MUSNID ASIA) 5) Al-Fadhil Tuan Guru Hj AbduLLOH bin Sa'amah An Najmiah (TOK GURU PONDOK GETING KELANTAN) 6) AL-Fadhil Ustaz Zainal 'Abidin Al-Kelantany (PONDOK KELANTAN ,UMNO ) 7) Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus (PONDOK,PENDAKWAH YOUTUBE,IKUTAN SEJUTA UMMAT, PAS) 8) AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Ridhwan Al-Yahya (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF) 9) AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Faiz Hafizuddin Al-iDrus (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF) Dan Muhasabah CINTA kita terhadap JUJUNGAN YANG AMAT MULIA SAYYIDUNA WA HABIBUNA MUHAMMAD SAYYIDUL KAUN S.A.W oleh: 10) AL-Fadhil Ustaz Syed Najmuddin Al-Kheeired AL-Azhary (PENDAKWAH BEBAS AL-AZHAR AS-SYARIF) video klip ini bertujuan supaya ummat islam kembali berfikir, setiap apa yang di keluarkan oleh seseorang tokoh ulamak ke, ahli politik ke ustaz ke LEBIH -LEBIH lagi orang yang MASYHUR dan kita sanjungi dan sayangi tidak boleh kita terus telan bulat-bulat terima,mesti di pandukan dengan Nas AL-QURAN,HADIS,QIAS dan IJMAK ULAMAK.... kerana UGAMA ISLAM kita bukan terbina hanya di atas semata-mata munasabah 'aqal bah di bina di atas naqol....Sama-samalah kita mengambil pengajaran dengan HATI yang terbuka bukan di dorong dengan HAWA NAFSU TA'ASUB kepada mana-mana pihak..timbangkan dengan mizan ILMU dan AQAL... selamat menonton dan apa yang baik hanya daripada ALLOH....
Selasa, 19 Juni 2012
NASIHAT KEPADA NIK AZIZ OLEH AGAMAWAN....
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar