KENAPA KELANTAN TIDAK LAYAK MENDAPAT ROYALTI MINYAK ???
Article 3 UNCLOS 1982
Breadth of territorial sea
(Keluasan wilayah laut)
Every State has the right to establish the breadth of its territorial sea up to a limit not exceeding 12 nautical miles, measured from baselines determined in accordance with this Convention.
(Tiap-tiap Negeri mempunyai hak untuk menubuhkan lebar laut wilayah sehingga had tidak melebihi 12 batu nautika yang diukur dari garis dasar yang ditentukan mengikut Konvensyen ini.)
Sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, UNCLOS 1982 dan Akta Pelantar Benua 1966 (Akta 83), semua hak ekplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) di pelantar benua (continental shelf) adalah terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada menyerahkan hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada mana-mana Kerajaan Negeri sama ada menerusi mana-mana udang-undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada di tangan Kerajaan Persekutuan dari dulu sampai sekarang.
Kerajaan Persekutuan hanya menyerahkan hak ekplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada PETRONAS menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) di mana PETRONAS telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan ekplorasi dan ekspoitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.
Begitu juga dengan Kerajaan Kelantan telah menyerahkan sepenuh haknya tanpa boleh batal (irrevocable) kepada PETRONAS untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi Suratcara Peletakhakkan yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta144) pada 9 Mei 1975. #Pada 9 Mei 1975, Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamad Nasir dan Pengerusi PETRONAS, Tengku Razaleigh Hamzah telah menandatangani satu Surat cara Peletakhakkan (Vesting Deed/Instrument) yang dibuat menurut peruntukkan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144)#
Dalam isu tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan ini, keterangan menunjukan bahawa kedudukan medan / telaga minyak yang terlibat iaitu PM301 dan PM302 berada di kawasan yang melebihi dari 100 batu nautika dari tikas air surut Negeri Kelantan.
Oleh itu, adalah jelas bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak layak mendapat bayaran tunai (royalti) di bawah Perjanjian 1975 bagi mana-mana medan atau telaga minyak yang dijumpai oleh PETRONAS yang tidak berada dalam sempadan tanah negeri atau perairan wilayahnya sendiri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas (paras) air surut.
OLEH : ZACK ZAKI.....
Itulah bila tak faham perairan negeri yang dibawah Negeri berbanding perairan Negara yang dibawah Persekutuan Malaysia.
BalasHapusAtas ego dan agenda politik sempit, sanggup menolak wang ehsan dari Persekutuan sehingga rakyat negeri kempunan wang ehsan tersebut.
Inilah bila sombong tak bertempat atau bodoh sombong.
kecek jange kure hajar deh demo..puiii..koya
Hapuspemimpin cakap berbelit-belit,macamana rakyat nak faham.kadang-kadang pemimpin tu sendiri pun tak faham apa yg dicakap/
BalasHapusPelantar minyak itu mengambil minyak di perairan Negara bukannya perairan Negeri. Kerana tak fahamlah, pihak Negeri tidak mahu kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Yang untung akhirnya Thailand kerana minyak itu dipunggah disana bukan diKelantan. Bila orang-orang Islam tak boleh duduk berbincang, keduanya rugi.
BalasHapusDiSelangor, air dan PTPTN pun dipolitikkan.
mu tahu mano...siasat sapa habis dlu dehhh
HapusBila Raja-Raja Tanah Melayu bersatu dan menubukan Persekutuan Malaysia (Perjanjian Persekutuan), Raja-Raja Melayu serta rakyat-rakyatnya dibawah panji Malaysia, kita mampu menuntut dan mempertahankan Pulau Spratly (Pulau Layang-layang). Skrg kita berpecah dan ditambah dengan kebodohan berkerjasama dengan musuh Islam membantai Islam.
BalasHapushttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0610&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
BalasHapusKUALA LUMPUR 9 Jun - Tokoh negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan umat Islam di Malaysia supaya bersyukur dengan nikmat keamanan dan pembangunan yang dikecapi negara sekarang.
Beliau menegaskan, tidak ada negara lain yang mana umat Islam dan bangsa lain hidup dengan bahagia kecuali di Malaysia sementara dunia menyaksikan keadaan huru-hara dan bencana alam seperti taufan, gempa bumi dan ledakan gunung berapi di tempat lain.
''Jadi, janganlah buat angkara. Kalau tengok orang buat demo, demo jatuhkan kerajaan, kita pun hendak buat demo jatuhkan kerajaan, kita ada cara hendak jatuhkan kerajaan iaitu melalui pilihan raya, kalau dapat menang, menanglah, kalau kalah, kalahlah," katanya.
malas nak cakap dengan orang yg sengaja tak mahu faham..
BalasHapusAkta dan perjanjian yang dimaterai sangat tidak adil, negeri yang mempunyai hasil bumi semuanya kategori termiskin.
BalasHapusperjanjian telah dibuat, tapi kenapa sekarang pertikai ?
BalasHapusorg kelantan ada yg bodoh n terasa diri mreka unik sebab tu lah mati2 nak duit royalti walaupon tak layak.. kalau kalah mahkamah kata undang2 tak adil... kalau lah buat hukum hudu ape lah hukuman pada rakyat kelantan yg mengambil keuntungan yg bukan hak mereka... aku benci rakyat kelantan yg dungu sahaja...
BalasHapuspotong tangan je pada org kelate yg mintak2 royalti ni... padan muka
Hapusnate ore bodo kecek bodo....potong tangan mu sbb mu brehi pitnah ore...sialll lluuu..puiii
Hapusmu dungu...klu klate ni dungu,bakpo majoriti rakyat kelantan msuk u...kecek x paka otok...bodo supo cikk dyoo
Hapus