Jumat, 30 Desember 2011

AZIZ BARI TAWAR DIRI JADI CALON PAS, PKR HATTA DAPig SEKALIPUN.....



BAU PERUT DAN LIMPA AZIZ BARI DIDEDAHKAN OLEH BELIAU SENDIRI....MAHU JADI WAKIL RAKYAT...LEPAS NI AMBIGA PON AKAN BUAT PENGUMUMAN KOT...TAPI AZIZ BARI TAK KISAH PARTI MANA PON HATTA DAPig ASALKAN PEMBANGKANG DAPAT TAWAN PUTRAJAYA....MEMANG MEROYAN TERUK NAK JADI YB SI AZIZ BARI NI....

SUMBER: MSTAR ONLINE.....

Abdul Aziz Tawar Diri Jadi Calon Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Abdul Aziz dipetik menerusi kiriman emailnya kepada The Malaysian Insider sebagai berkata, beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

"Saya tidak ghairah untuk menjadi anggota parti namun sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.

"Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai menjadi calon mereka," katanya.

Beliau yang mengesahkan menerima tawaran tidak rasmi daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagaimanapun berkata, masih terlalu untuk membuat keputusan mengenai mana-mana parti yang akan disertainya.

Katanya, beliau tidak memilih untuk bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan semua parti itu komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Ia penting bagi mewujudkan sistem dua parti," katanya.

Pada 19 Oktober lalu, beliau menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut ekoran kenyataannya yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Sehingga kini, Abdul Aziz masih belum menerima maklum balas daripada pihak pengurusan UIAM berhubung permohonannya untuk meninggalkan universiti tersebut.

Ketika dihubungi mStar Online pada Khamis, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar