Sabtu, 04 Juni 2011

EDISI MUKTAMAR PAS: ANAK BAPAK..........


AKHIRNYA PR MENELAM GELEMA SERTA KAHAK SENDIRI.....KOTOR LA DEPA NI. KENAPA PULAK YE NAK TELAN KAHAK DENGAN GELEMA SENDIRI?

DULU TUDUH UMNO PARTI ANAK BERANAK, HAHA....LA NI????????????????/

-DAP ADA DINASTI LIM ADA DINASTI KARPAL SINGH 'WILCHA' DAN DI PERAK ADA DINASTI NGEH DAN SEPUPU SEPAPATNYA.

-PKR ADA ANAK BERANAK PAK NUAR...ADA MADU PAK NUAR JUGAK SI AZMIN(BILA NAK BAGI DNA SI ANAK SHAMSIDAR?)

-PAS??????????????????

ADA ANAK POK NIK ADA ANAK HADI...HAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAH ADA MENANTU POK NIK

JANGAN DOK TUDUH UMNO SAJA.....SEDAR DIRI LA WEI...DEMO GEDEBE...HAHHAHAHAHAHAHA


KPS: DEPA TU KLAU CAKAP TAK INGAT TUHAN

Jumat, 03 Juni 2011

EDISI MUKTAMAR: "PAS BELA MELAYU" ??????



AIK....MUKA POK NIK ADA TIMBALAN PRESIDEN TAK ADA? DULU MASA PRK MANIK URAI PUN MACAM NI JUGAK, TAPI MASA TU POK NIK YANG TAK BAGI USTAZ NASA MAI. APAKAH POK NIK NAK BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN PADA MUKTAMAR DEPAN? KITA NANTIKAN. TAPI POST INI BUKAN BERKAITAN POK NIK, TAPI ADA LA SIKIT SUATU YANG POK NIK SEBUT. "X BANGGA JADI MELAYU". TAPI HARI NI DEPA KATA NAK PERJUANG MELAYU PULAK....PUNGGAH.....SEKEJAP LAIN TETIBA LAIN PULAK....RAGBLA JINGGA(BUKAN BUKU JINGGA).....










PAS MULA TERIMA MELAYU.....PSTTTTTT.....SEBELUM NI NIK AZIZ TAK BANGGA JADI MELAYU, AWAT DEPA KONA PULAK?????SEBELUM NI MELAYU BAGI DEPA TAK DAK NILAI......DEMAM KA SI MAHFUZ BEAN NI.


Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.


KPS: BILA PUAK NI NAK MENGAKU MELAYU? BILA NAK UNDI LA......

Kamis, 02 Juni 2011

REFORMASI a.k.a REFORMASIN : ASAL USUL -OLEH JAS SALLEH

INGAT X LAGI MASA DULU KAT MAHKAMAH SEORANG TUA PENGSAN SEMASA MENJERIT REFORMASI(PENYOKONG ANWAR). TU BARU PENGSAN, KALAU MATI....? X DAN MENGUCAP LA....





REFORMASI
(Susur Galur & Asal Usul REFORMASI)
Pendustaan Anwar Ibrahim.

Artikel ini akan menganalisa dan mengkaji mengenai susur galur & asal-usul REFORMASI yang di bawa kan oleh Anwar Ibrahim dan bagaimana ianya merupakan 1 Pendustaan Terbesar Anwar Ibrahim.

Ramai yang menganggap bahawa REFORMASI adalah idea asal Anwar Ibrahim. Benarkah begitu? Pertama kali Anwar berteriak mengenainya 12 tahun lalu, ramai yang terikut-ikut melaungkannya sehingga kini tapi tahukah mereka susur galur dan asal-usul REFORMASI ini? Kenapa kalimah REFORMASI dilaungkan? Kenapa bukan kalimah lain? Dari mana terbitnya kalimah REFORMASI ini? Sehingga kini tiada penulisan mengenainya yang ada hanya penulisan kreatif mengenai dasar-dasar, matlamat, wawasan dan semangatnya. Semuanya itu berasal dari mana? Di ambil dari mana? Ianya menjadi 1 misteri yang dimisterikan oleh Anwar bagi mengekalkan pendustaannya mengenai REFORMASI.

REFORMASI bukanlah 1 kalimah rawak yang sengaja di pilih oleh Anwar mahupun ianya timbul dari idea asal Anwar, ianya adalah cedokan 100% dari 1 sumber asing. Selepas perang Salib yang terakhir, apabila peranan KNIGHT TEMPLERS dan kuasa mereka semakin besar dan menakutkan PAUS dan raja-raja Eropah, bermulalah tindakan terhadap mereka. Kekalahan kempen Perang Salib dijadikan alasan untuk pembantaian ke atas puak ini. Ini berlaku sekitar abad ke 13. Bermula dari situ, era zaman Pertengahan Eropah mula digoncangkan oleh gerakan bawah tanah KNIGHT TEMPLERS melalui slogan REFORMASI AGAMA.

Pada abad ke 15, apabila empayat Mu'awiyah jatuh ke tangan golongan ini di Andalusia (Sepanyol), gerakan ini semakin mendapat tempat di kalangan cendikiawan Eropah yang mula mengambialih peranan dalam bidang keilmuan terutama bidang sains, agama & politik. Dalam abad ke 16, bermulalah gerakan REFORMASI AGAMA yang amat terancang sekali menggangu-gugat penguasaan EMPAYAR ROMAN KATOLIK.

REFORMASI AGAMA INI dibawa oleh golongan-golongan yang terpengaruh dengan gerakan bawah tanah KNIGHT TEMPLERS melalui MASONIK yang menyebar luaskan fahaman GNOSTIK yakni Ilmu-ilmu yang diharamkan oleh ROMAN KATOLIK VATIKAN PAPAL.

Fahaman GNOSTIK ini menitikberatkan kesedaran dalaman dan pengalaman kerohanian melalui ilmu mistik MASONIK. Timbullah slogan PENCERAHAN MINDA atau istilah asalnya ialah THE ILLUMINATED MIND. Fahaman ini mengajarkan agar manusia itu menjadi bebas dan berfikir untuk dirinya sendiri. Bebas memilih apa yang dirinya rasa dan fikir baik untuk dirinya. Melabelkan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai mereka sebagai kuno & lapuk. Bahawasa merekalah agen perubahan yang membawa kebebasan dan kemakmuran sejagat. Mereka menghidupkan kembali apa yang mereka dakwa sebagai Hikmah-hikmah Peradaban Lama Yunani & Greek serta falsafah-falsafah Yunani & Greek.

Lahirlah gerakan REFORMASI AGAMA seperti yang dipelopori oleh MARTIN LUTHER dan timbullah golongan-golongan seperti PURITAN dan PROTESTAN yang mahu menjernihkan ajaran Nabi Isa a.s. dan tidak mahu mengikuti apa yang ditetapkan oleh GEREJA ROMAN KATOLIK PAPAL di VATIKAN. Gerakan REFORMASI AGAMA ini menjalar kepada GERAKAN REFORMASI POLITIK seperti yang terjadi di England pada masa OLIVER CROMWELL, seorang Puritan.Oliver Cromwell telah memperkenalkan Sistem Republik Komanwel melalui demokrasi terpimpin. Di sini lah bermula kembali sistem demokrasi menentang arus sistem kerajaan berbentuk Raja-raja.

Pada abad-abad seterusnya, gerakan REFORMASI AGAMA & POLITIK ini semakin hebat dan mendapat momentum di Eropah sehingga pada awal kurun ke 20, sistem Demokrasi mula merebak dengan meluas menghapuskan sistem Raja-raja. Di Amerika pada abad ke 18 pada 1771, sebuah REPUBLIK IDAMAN yang sama seperti REPUBLIK KOMANWEL CROMWELL telah berjaya ditubuhkan. Bertitik tolak dari sinilah, jenis REPUBLIKAN menjadi popular dan dianggap sebagai REFORMASI POLITIK. Apabila tercetusnya REVOLUSI PERANCIS dan pelbagai perang saudara di Eropah, bermulalah sistem SEKULARISMA yang mengasingkan kuasa GEREJA ROMAN KATOLIK VATIKAN PAPAL dengan sistem demokrasi.

Revolusi Industri dan zaman RENNAISSANCE merupakan REFORMASI di bidang ekonomi dan Sosio-budaya dan timbullah pula idea KAPITALISMA. Setelah itu dirasakan perlu dibuat 1 lagi REFORMASI EKONOMI, POLITIK & SAINS yakni timbullah SOSIALISMA, KOMUNISMA dan teori Sigmund Freud dan Darwinisma. Kononnya, inilah yang dikatakan kebebasan bakat manusia yang membawa kpd Illuminated Mind (Pencerahan Minda) yang menjadi pra-syarat perlu dipenuhi bagi mencapai NIRWANA kESEMPURNAAN KEWUJUDAN MANUSIA.

Tema-tema spt (1) Keadilan Sosial, (2) Hak Samarata, (3) Kemanusiaan Sejagat (4) Keagamaan Sejagat (5) Ketelusan (6) Keterbukaan (7) Intergriti (8) Alam Sekitar (9) Hak Sosial merupakan mimpi-mimpi yang didagangkan. Dalam bentuk falsafah ianya amat mengujakan minda-minda anak-anak muda yang mentah. Pada realitinya, tema-tema itu terlalu subjektif sehingga apabila diperbincangkan; tidak akan ada sebarang penyelesaian utuh dan muktamad yang boleh dicapai kerana masing-masing akan berdiri di atas pendapat kebebasan sendiri dan permuafakatan sengaja tidak diajarkan di dalam fahaman REFORMASI ini. REFORMASI hanya mahu manusia itu bersifat egois dan tidak mendidik manusia itu bersifat musyawarrah.

KPS: REFORMASIN........REFORMASIN.........REFORMASIN......YEAHHHHHHH