Tampilkan postingan dengan label POLITIK SEMASA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label POLITIK SEMASA. Tampilkan semua postingan
Jumat, 05 Juli 2013
MALAYSIAKINI DEDAHKAN ORANG MELAYU ISLAM TIDAK MAHU MENGUNDI PR???
KALAU HAPRAKKAH DAILY, YAKNI SUARA RASMI PAS TIDAK PERNAH MEMBANGKITKAN ISU PENGUNDI MELAYU MENOLAK UMNO PADA PRU-13 LALU KERANA MENGETAHUI HAKIKAT SEBENAR KERANA PAS YANG DITOLAK PENGUNDI MELAYU SEBAGAI PARTI UTAMA DI MALAYSIA YANG PALING LEMAH DIANTARA PAKATRAN RAKYAT WALAUPUN DALAM MASA YANG SAMA TANDING PALING BANYAK KERUSI. TETAPI WARTAWAN MALAYSIAKINI DAN BEBERAPA KERAT BLOGER PR TIDAK DAPAT MENERIMA HAKIKAT BAHAWA UNDI MAJORITI UMNO DITERIMA DARI ORANG MELAYU ISLAM SEMAKIN MENINGKAT DAN UMNO TERNYATA BERADA DALAM KELAS TERSENDIRI KERANA MEMENANGI LEBIH BANYAK PERATUSAN KEMENANGAN KALI INI. APAKAH BENAR KENYATAAN MALAYSIAKINI ??????
KPS RASA BERSEMANGAT NAK PELANGKONG HUJAH DARI MALAYSIAKINI, TETAPI DALAM NADA BERFAKTA DAN BUKAN EMOSI SEMATA.....HANG MAI TENGOK SAT BEBERAPA FAKTA PENTING UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA.....
PERHATIKAN BAIK-BAIK, CUMA KELANTAN SAHAJA MELAYU KURANG DARIPADA 50% MENYOKONG UMNO TETAPI HAKIKATNYA PERATUSAN ITU MEMBAWA SEKALI GANDA JUMLAH ADUN BN DI SIDANG DUN KELANTAN DAN JUGA MENYEBABKAN BEBERAPA PARLIMEN PAS DAN PKR BERTUKAR TANGAN KEPADA UMNO/BN.
KALAU KITA AMBIL KIRAAN JUMLAH AHLI PARLIMEN MELAYU BAGI SEMUA KAWASAN TERMASUK SABAH DAN SARAWAK, TERNYATA MELAYU DALAM BARISAN NASIONAL MENDOMINASI SITUASI POLITIK MALAYSIA. JANGAN DILUPA..... KEDAH BAWAH REGIM PAS TUMBANG KE TANGAN UMNO/BN DENGAN PENUH BERGAYA....DAN PERAK JUGA TERLEPAS DARI PR KALI INI......
Minggu, 14 April 2013
STOPAMAN WAJIB BERSIHKAN NAMA SENDIRI....BUKAN SALAHKAN UMNO



Rabu, 28 Desember 2011
SAPA AHLI POLITIK KENA TANGKAP BASAH DI PERLIS ???
SUMBER: MUKA DEPAN SINAR HARIAN KEDAH...
Ahli politik ditangkap khalwat
KANGAR - Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.
Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.
Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.
Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.
“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.
“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips di sini, semalam.
Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.
“Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.
“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.
Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Langganan:
Postingan (Atom)