Tampilkan postingan dengan label MANUSIA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label MANUSIA. Tampilkan semua postingan

Selasa, 20 Maret 2012

PELAJAR DICULIK DILAPORKAN SELAMAT......






KUANTAN 20 Mac — Seorang pelajar, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang dilaporkan diculik pada Ahad lepas dipercayai selamat dan berada di rumah ibu angkat seorang kawannya.

Menurut ibu remaja berkenaan, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali memaklumkan anaknya itu kini berada di rumah ibu angkat kawan anaknya itu.

“Saya mendapat panggilan telefon pada kira-kira 2 pagi dan meminta saya dan keluarganya usah bimbang. Pada mulanya lelaki itu menyamar memberitahu dia pelajar tingkatan empat satu sekolah dengan Fatihah, namun apabila didesak dia akhirnya memberitahu dia adalah kawan kepada Fatihah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Nor Mala berkata, lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis.

“Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.

“Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi,” katanya.

Ketua Polis Kuantan ACP, Mohd. Jasmani Yusoff berkata kes itu masih dalam siasatan polis. — BERNAMA


KPS: HARAP SI IBU TENANG SEDIKIT MENDENGAR PERKABARAN INI....

KES PENCULIKKAN SEMAKIN MENJADI-JADI


KPS: KPS PUN HAIRAN, KENAPA KEJADIAN CULIK INI SEMAKIN MENJADI-JADI SEKARANG MACAM WABAK PULAK. HARAP KITA SEMUA BERHATI-HATI, BUKAN SAJA YANG BUDAK-BUDAK KECIK...ORANG DEWASA PUN BOLEH MENJADI MANGSA.

Minggu, 18 Maret 2012

TAKZIAH KEPADA KELUARGA PELUMBA BASIKAL NEGARA YANG DILANGGAR LARI

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ARWAH.....


BERIKUT ADALAH KENYATAAN DARI FB ZULKIFLI NORDIN...

Zulkifli Noordin
Innalillh & tkziah! Rafizi Hamdan,plumba basikal negara mninggal dunia krn langgar lari oleh kete Proton Saga WCK2290 dhdpn Zoo. Sesiapa ada maklumat mngenai kejadian ataupun kenderaan WCK2290 yg terlibat tu,sila berikan kpd Bilik Gerakan Trafik 03-20719999. AlFatihah! Tlg sebarkn!


DAN DI BAWAH PULA DIPLAGIAT DARI KL POS

Kemalangan berlaku pada kira-kira jam 7.30 pagi tadi apabila mangsa dalam perjalanan mengayuh basikal ke Hospital Orang Asli Batu 12 Gombak.

Mangsa sebelum kejadian sedang bertemu ahli kelab basikal yang lain untuk beriadah aktivti mingguan, maut di hadapan stesen minyak Shell berhampiran persimpangan ke Taman Melawati.

Beliau yang juga merupakan seorang Pegawai CIMB Bank dirempuh sebuah kereta Proton Saga yang kemudiannya terus meninggalkan tempat kejadian. Dan tanpa disedari pemandunya, nombor pendaftaran keretanya tertanggal berhampiran mayat mangsa.

Rafizi telah meninggalkan seorang balu dan 2 orang cahayamata. Turut berada di lokasi kemalangan ialah pelumba basikal negara Anuar Manan dan rakan-rakannya. (KLPOS)


KPS: SAMA-SAMA KITA SEDEKAHKAN AL-FATEHAH KEPADA ARWAH.....

Kamis, 08 Maret 2012

IBU MOHON BANTUAN DEMI SELAMATKAN NYAWA ANAKNYA....PENYAKIT YANG HANYA BOLEH DIRAWAT DI LUAR NEGARA



DI BAWAH KPS PLAGIAT DARI BLOG HARAPAN ESOK MENGENAI RAYUAN SEORANG IBU YANG MEMERLUKAN BANTUAN KEWANGAN BANGI MERAWAT PENYAKIT ANAKNYA YANG HANYA MAMPU DILALUKAN DI LUAR NEGARA. UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT, BACA DI BAWAH.......



SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang dihadapinya. Bila sakit menyerang, dia lebih suka berkurung dalam bilik.

Apabila kerap bersembunyi berjam-jam, kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya seng­gugut setiap kali datang bulan.

Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis, saya bawa dia jumpa doktor.

Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor. Tetapi, kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar.

Kata pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan. Tetapi apabila pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang.

Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana.

Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid.

Mendapat maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti Suhaila, hati ibu ini berbunga riang.

Sebagai ibu saya sentiasa berfikiran positif. Walaupun tahu ada risikonya, tetapi saya yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan lancar, dan anak saya akan sembuh seperti sedia kala.

Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila.

Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.

Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini.

Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya.

Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumba­ngan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.

Pastinya ada yang berta­nya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran.

Pihak hospital memak­lumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedah­kan Suhaila kepada risiko.

Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut.

Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan.

Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat disegerakan bagi menye­lamatkan nyawa Suhaila.

Tolonglah! Permu­dah­­­kan­­­l­­ah urusan saya ini. Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!

Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281

LELAKI LAKUKAN PEMBEDAHAN UNTUK KELIHATAN SEPERTI ANJING


SEGALA GAMBAR TELAH DIAMBIL DARI BLOG AAKJ YANG TELAH DIPETIK DARI SEBUAH LAGI SUMBER

ANDA KENAL LELAKI DI ATAS ? KPS PUN TIDAK PERNAH MENGENALI BELIAU DAN KALAU JUMPA SELEPAS INI PUN MUKA DIA DAH LAIN. LELAKI INI MENGUBAH MUKANYA MENJADI ANJING SECARA KEKAL. MEMANG BODOH BETUL LA. ALLAH DAH KURNIAKAN MUKA YANG SEMPURNA DIA PI TUKAQ PULAK. JOM TENGOK MUKA BARU LELAKI INI DI BAWAH.....








DAN HASILNYA SEPERTI DI BAWAH.....



KPS BERTAPA LELAKI INI MENCABAR CIPTAAN ALLAH

Selasa, 21 Februari 2012

ANAK KECIL YANG COMEL INI PERLUKAN BANTUAN SEGERA DARI ANDA






Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.

"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah. Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar anak kelahiran Jawi, Seberang Prai, Pulau Pinang itu.

Berikut gambar Faris dan keluarga di hospital.
Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.

"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya.

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.

Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).

Ihsan Blogg Mazidul Akmal

Jumat, 03 Februari 2012

WAHAI MANUSIA....LIHAT BINATANG BOLEH...KENAPA KITA TIDAK ???

KASIH SAYANG ITU BUKAN UNGKAPAN, TAPI TINDAKKAN.....


KASIH SAYANG MAK DAN ANAK KUCING....INDAH SANGAT



MUKA DAH GANAS....TAPI TETAP PENYANYANG



ADA YANG DERA ANAK SEBAB KESALAHAN KECIL....PATUT CONTOHI ANJING INI,,,,MEMANJAKAN ANAK KECIL



ANJING MENYANYI UNTUK HENTIKAN BAYI MENANGIS....

Kamis, 26 Januari 2012

APAKAH KITA MENGHARGAI SEKERAT ROTI ???? PENJAGA GOL INI MENGHARGAINYA


DARI BLOG CUCU TOK SELAMPIT.....

Dalam satu perlawanan UEFA Cup antara Athletic Bilbao (Spain) dan Trabzonspor (Turki), ketika perlawanan menuju minit-minit akhir, salah seorang penyokong Bilbao cuba untuk mengalih perhatian penjaga gol Trabzonspor, Tolga Zengin dengan melemparkan secebis roti kepada penjaga gol tersebut.Tetapi Tolga Zengin telah mengutip roti tersebut dan meletakkannya di dahi. Kemudian beliau memberikan roti tersebut kepada pengawal keselamatan bagi mengelakkan roti tersebut hancur dalam perlawanan itu.

Selepas perlawanan itu, atas permintaan wartawan Eropah, Tolga Zengin yg juga merupakan kapten pasukan Trabzonspor telah mengadakan sidang akhbar bagi menjawab tindakan beliau, "Tiada apa yg mengejutkan dengan tindakan saya. Apa yg mengejutkan saya ialah apabila melihat secebis roti telah dilemparkan ke atas padang untuk menyakiti saya sedangkan ramai manusia sedang kebuluran di Somalia."