KUALA LUMPUR – Ranking pasukan bola sepak negara mengalami kejatuhan empat anak tangga iaitu ke-156 dunia dalam senarai terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), semalam.
Kedudukan itu adalah yang paling buruk sejak Januari lalu iaitu pada kedudukan 148, ke-150 pada Februari dan ke-152 bulan lepas.
Ranking terbaru itu juga menyaksikan kedudukan skuad Harimau Malaya lebih rendah berbanding Bangladesh (ke-152) dan Nepal (ke-149), yang dikenali tidak memiliki infrastruktur yang baik dalam sukan tersebut.
Kemerosotan ranking Malaysia berpunca daripada kekurangan perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad kebangsaan.
Cuma apa yang menimbulkan persoalan, walaupun naik 12 anak tangga, Bangladesh tidak terlibat dalam sebarang perlawanan kompetitif yang diiktiraf FIFA sepanjang bulan lalu.
Bukan sekadar Bangladesh dan Nepal yang memiliki ranking lebih baik berbanding Malaysia, beberapa negara yang kurang dikenali dalam dunia bola sepak seperti New Caledonia dan Samoa berada di atas Malaysia iaitu tempat ke-154 dan ke-155.
Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada pada tempat kelima. Walaupun berjaya memintas negara jiran, Singapura (ke-158) namun kita dipintas Filipina, yang naik ke tangga ke-148 ekoran berjaya mara ke separuh akhir Piala Cabaran AFC bulan lalu.
Vietnam kekal sebagai negara terbaik di rantau ini dengan masih berada di kalangan 100 terbaik dunia iaitu di tempat ke-97 diikuti Thailand (141), Filipina dan Indonesia (151). Bagi benua Asia, Malaysia berada pada tempat ke-27 daripada 46 negara ketika Australia masih gah selaku pasukan nombor satu Asia pada tangga ke-21.
Bagi ranking dunia, Sepanyol masih kekal sebagai pasukan No. 1 diikuti Jerman dan pasukan dari Amerika Selatan, Uruguay.
Ketiadaan sebarang perlawanan persahabatan dengan mana-mana negara sepanjang bulan lalu jelas memberikan kesan besar kepada ranking skuad bola sepak negara yang hanya mengadakan perlawanan persahabatan berdepan skuad bertaraf negeri, Sarawak pada 25 Mac lalu.
Mengikut rekod sepanjang tahun 2012, ranking skuad Harimau Malaya tidak pernah mengalami sebarang kenaikan sejak berada pada tempat ke-148 Januari lalu.
Jatuh dua anak tangga pada Februari, pasukan negara terus turun ke tangga ke-152 pada Mac sebelum berada pada tempat ke-156 bagi bulan ini.
Namun, skuad Datuk K. Rajagobal berpeluang kembali mendaki ranking FIFA menerusi aksi persahabatan dengan Sri Lanka pada 28 April ini.
Tampilkan postingan dengan label FAM. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label FAM. Tampilkan semua postingan
Kamis, 12 April 2012
RANKING FIFA MALAYSIA MENJUNAN LAGI....
Kamis, 15 Desember 2011
NAZMI FAIZ DIMAKI OLEH SEORANG BLOGER YANG PRO GARUDA
MAKLUMAT DARI BLOG AAKJ YANG DIPETIK DARI SUMBER PERTAMA IAITU www.azrijohan.com
NAZMI DIMAKI CERCA DAN DIHINA OLEH SEORANG BLOGER. WOI BLOGER BERKENAAN, CERMIN LA DIRI HANG DULU. APA DOSA NAZMI NI KAT HANG ????
NAZMI DIMAKI CERCA DAN DIHINA OLEH SEORANG BLOGER. WOI BLOGER BERKENAAN, CERMIN LA DIRI HANG DULU. APA DOSA NAZMI NI KAT HANG ????
Jumat, 02 Desember 2011
'KAKA' MALAYSIA BERTARAF MESSI
MAKLUMAT DIDAPATI DARI BLOG AAKJ SEBELUM DIOLAH DENGAN CARA SENDIRI....
JARINGAN NAZMI FAIZ PADA PERLAWANAN KELAYAKKAN OLIMPIK ANTARA MALAYSIA MENENTANG BAHRAIN TELAH DIANGKAT SEBAGAI YANG TERBAIK DALAM Top-10 Goals of the week dilaman sesawang 101 Great Goals. ABANG KPS TABIK SAMA ADIK NAZMI FAIZ. INILAH HARIMAU KITA. INILAH KAKA MALAYSIA.
KALAU TENGOK DARIPADA RATING BELIAU MENDAPAT UNDIAN....PERGHHHH......JAUH MENINGGALKAN PEMAIN BERTARAF DUNIA. HARUS KITA INGAT BAHAWA YANG UNDI DI LAMAN INI KEBANYAKKANNYA MAT SALLEH.
KPS : BOLEH MINTAK AUTOGRAF ????
JARINGAN NAZMI FAIZ PADA PERLAWANAN KELAYAKKAN OLIMPIK ANTARA MALAYSIA MENENTANG BAHRAIN TELAH DIANGKAT SEBAGAI YANG TERBAIK DALAM Top-10 Goals of the week dilaman sesawang 101 Great Goals. ABANG KPS TABIK SAMA ADIK NAZMI FAIZ. INILAH HARIMAU KITA. INILAH KAKA MALAYSIA.
KALAU TENGOK DARIPADA RATING BELIAU MENDAPAT UNDIAN....PERGHHHH......JAUH MENINGGALKAN PEMAIN BERTARAF DUNIA. HARUS KITA INGAT BAHAWA YANG UNDI DI LAMAN INI KEBANYAKKANNYA MAT SALLEH.
KPS : BOLEH MINTAK AUTOGRAF ????
Selasa, 22 November 2011
PERANGAI BUSUK PENGANJUR SUKAN SEA SETARAF PERUT HIJAU PAK NUAR
ADA RAMAI SEBENARNYA TIDAK TAHU AKAN CERITA INI. CERIT TENTANG HASAD DENGKI. SEPERTI MANA HASAD DENGKI PAK NUAR DAN GEROMBOLAN KHINZIR SABUNGNYA KEPADA KERAJAAN PEMERINTAH, BEGITU JUGA HALNYA DENGAN PENGANJUR SUKAN SEA PADA KALI INI YANG TIDAK DAPAT MENERIMA HAKIKAT MEREKA TEWAS DI GELANGGANG SENDIRI. ANDA SENDIRI NILAIKAN VIDEO DI ATAS.
KPS : PESANAN KPS KEPADA TIMNAS....KALAU KALAU BIARLAH BERMARUAH
Rabu, 09 November 2011
SOKONGAN BERTERUSAN KEPADA SKUAD HARIMAU MALAYA .....MENENTANG THAILAND HARI INI.
JAKARTA - Pengurus skuad bola sepak negara, Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) percaya pasukan negara akan bangkit dengan keputusan lebih baik berbanding berkongsi mata dengan Singapura kelmarin, apabila berdepan Thailand hari ini.
Menurut Hamidin, walaupun memulakan kempen mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan satu mata, ia disifatkan baik berbanding jika menamatkan aksi tanpa mata, kelmarin.
Jelas beliau, sebagai juara bertahan, sudah pasti Malaysia memikul tekanan pada aksi pertama.
"Aksi pertama kelmarin tidaklah terlalu buruk. Jika dikaji, kita juga pernah kalah pada aksi pembukaan ketika saingan Piala Suzuki AFF, juga pada kejohanan-kejohanan lain.
"Lagipun berdasarkan rekod pertembungan kita dengan Singapura, ia menjadi perlawanan yang sukar, baik di pihak kita mahupun Singapura.
"Jadi kita harap setelah pemain mula merasai kehangatan sebenar kejohanan di sini pada perlawanan pertama kelmarin, mereka harus bangkit dan mencatat keputusan yang menggembirakan peminat pada aksi kedua menentang Thailand esok (hari ini).
"Saya yakin setelah kita bermula dengan seri, esok (hari ini) kita mampu menjelmakan keputusan yang diharapkan apabila berdepan Thailand esok," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mengulas lanjut pertembungan dengan Thailand hari ini, Hamidin berkata, pemain dinasihatkan menganggap semua perlawanan adalah penting tanpa mengira sesiapa pun lawan dari kalangan Kumpulan A termasuk lawan selepas ini, iaitu Kemboja apatah lagi tuan rumah, Indonesia.
"Mungkin ramai yang berpendapat kita boleh menyifatkan Kemboja sebagai lawan mudah tetapi tanggapan seperti itu harus dibuang oleh pemain.
"Saya tegaskan kepada pemain bahawa semua perlawanan adalah sukar, semua lawan adalah kuat apatah lagi menentang Thailand" katanya.
Mengulas insiden penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Negaraku pada aksi pertama kelmarin, Hamidin berkata, dia memang menjangkakan gelagat sedemikian.
"Saya sudah ada pengalaman sedemikian. Namun, pemain kita sudah bersedia menghadapi gangguan dan provokasi sedemikian. Gelagat penyokong mereka tidak menjejaskan mental dan emosi pemain," katanya. - Utusan
Sabtu, 23 Juli 2011
HARIMAU LUKA AKAN BANGKIT
TABIK SKUAD HARIMAU MALAYA.....WALAUPUN BARISAN PERTAHANAN MENJADI 'LAUK' TAPI MEREKA TELAH BERJUANG HABIS-HABISAN.....TABIK JUGA KEPADA PENYOKONG MALAYSIA......ANDA SEMUA TERBAIK..........
PERJUANGAN BELUM SELESAI.......
ANDA MAMPU UNTUK MELAKUKANNYA DI STADIUM BUKIT JALIL
KPS: HARIMAU LUKA AKAN BANGKIT
Langganan:
Postingan (Atom)