Tampilkan postingan dengan label As-Syahid Abdul Hadi Qadih. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label As-Syahid Abdul Hadi Qadih. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 24 November 2012

ZIONIS LANGGAR GENCATAN SENJATA, RAKYAT GAZA TERUS SYAHID

DARI SUMBER AMAN PALESTIN...
Kisah kesyahidan Abdul Hadi di sempadan Gaza-Israel pagi semalam(Jumaat). Kisahnya bermula selepas Abdul Hadi Qadih sedang memasang bendera Palestin di tepi pagar batasan sempadan di Timur Gaza bersama rakan-rakannya, kemudian beliau didat angi oleh sebuah jip askar Israel keluar ke arah beliau dan mendesak beliau supaya tidak berbuat demikian. Kemudian beliau berkata kepada askar Israel "Al-Jaab ari di belakangmu" dengan serta merta tentera israel itu duduk dan melepaskan tembakan tepat ke bahagian mulut beliau dan beliau disahkan syahid di tempat kejadian. TT Aman Palestin Mesir Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiuun. (ahmad Al-Jaabari merupakan Ketua Briged Izzuddin Al-Qassam yang syahid ditembak peluru berpandu Israel pada hari pertama kejadian) Sumber: GNN melalui Aman Palestin Mesir
Gambar Asy Syahid Abul Hadi Qadih 21 tahun yang syahid(terkorban) pagi tadi di sempadan Gaza Israel di Khan Younis Timur. Beliau merupakan seorang tentera unit pertahanan di sempadan mewakili Briged Izzuddin Al-Qassam. Sumber: Aman Palestin Mesir
Gambar As-Syahid Abdul Hadi Qadih, 21 tahun sebelum dikebumikan. UMUR SAMA DENGAN KPS
Syahidah Haya Hamdan, anggota Palang Merah di Tebing Barat selepas koma akibat terjatuh daripada ambulan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini. TT Aman Palestin Mesir Gambar: QNN