MP Bebas Gobala mahu tanding, Najib diberi mandat besar
PADANG SERAI - Rakyat perlu memberi mandat pertama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan penuh bermakna.
Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berkata, ini supaya Najib dapat meneruskan dasar transformasi beliau demi kemajuan negara dan kemakmuran hidup rakyat di negara ini.
"Tidak ada sifat pilih kasih yang diamalkan Perdana Menteri menyebabkan rakyat pelbagai kaum di negara ini merasa dihargai dan mendapat bahagian yang sama selaras dengan dasar transformasi yang diamalkan kerajaan," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan pakaian seragam sekolah kepada 50 keluarga tidak berkemampuan di Lunas, di sini petang semalam.
Gobalakrishnan yang merupakan bekas pemimpin PKR dan kini Ahli Parlimen Bebas, turut berterima kasih kepada Perdana Menteri atas usaha gigih beliau yang membolehkan rakyat pelbagai peringkat tidak tersisih daripada pembangunan negara.
Katanya, beliau yakin bahawa Najib akan dapat membawa negara dan rakyat menuju ke arah kemajuan selaras dengan dasar negara yang menyasarkan pendapatan yang lebih tinggi untuk rakyatnya.
"Kita harap rakyat akan memberi mandat yang pertama kepada Perdana Menteri kini kerana mandat pada kemenagan PRU12 lalu adalah mandat yang diberi kepada perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya.
Beliau berkata, sebagai seorang perdana menteri yang prihatin atas nasib rakyat, Najib mampu meneraju negara di sebalik pelbagai tohmahan yang dilemparkan pakatan pembangkang kini.
Sementara itu, Gobalakrishnan berkata, beliau berhasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai pada PRU13, namun kesal kerana ada pihak mempertikaikan kes mahkamahnya yang boleh membantutkan hasratnya bertanding kelak.
"Jika saya mendapat peluang saya akan tetap bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai yang saya menangi pada PRU12 lalu kerana saya masih percaya penyokong saya masih berada bersama saya," katanya. - Bernama
BERIKUTAN BERITA N.GOBALAKRISNAN MANTAN MP TOTOK PKR KINI MP BEBAS YANG MENGGUNAKAN LAMBANG 1MALAYSIA, MAKA TIDAK DAPAT TIDAK KITA AKAM MEMPERLIHATKAN PERTEMBUNGAN 3 PENJURU. 3 PENJURU INI ADALAH SEPERTI BERIKUT PECAHANNYA, BN AKAN DI WAKILI CALON MCA.....PR PULAK ADA KEKUSUTAN SEDIKIT, SEBELUM INI KETUA AMK KEDAH CIKGU MAN DISEBUT-SEBUT TAPI DAP PUN TURUT MENGIDAM SAMA PARLIMEN NI, MAKA KPS HANYA LETAK PR SAHAJA DI SINI. DAN TERAKHIR ADALAH CALON BEBAS IAITU N. GOBALAKRISNAN YANG MEMANG BUAT KERJA KUAT MENERUSI NGO BELIAU IAITU PERKEMAS. PELUANG BN KPS TAK PASTI. TAPI YANG PASTI KEMASUKKAN CALON KETIGA SEPERTI N.GOBALAKRISNAN PASTINYA BOLEH MENJADI TITIK PENENTU ANTARA PR DAN BN UNTUK MENAKLUK KAWASAN INI. DI SINI JUGA WUJUD PARTI KOMPONEN INDIA YANG BERNAUNG DI BAWAH BN IAITU IPF(PARTI BARISAN KEMAJUAN INDIA SeMALAYSIA). KPS TAK MAU KOMEN PANJANG, TAPI MESEJ JELAS, AKAN ADA PECAHAN UNDI DIKALANGAN PIHAK PEMBANGKANG DAN DALAM MASA YANG SAMA, APAKAH BN PADANG SERAI MAMPU MENGAMBIL KESEMPATAN INI KERANA BN PADANG SERAI ADALAH YANG PALING 'LENA NENYAK' DALAM REPORT KAD BN PADA HEMAT KPS. APA PUN KPS YANG BAKAL MEMANGKAH BUAT KALI PERTAMA AKAN MEMANGKAH BN PADA PRU-13 INI DIPADANG SERAI. WALAU BAGAIMANAPUN, DI DETIK-DETIK AKHIR INI BN SEMAKIN BERANI UNTUK PROVOK PR DI KUBU PR SENDIRI MERUAKAN SESUATU YANG BOLEH KITA BERIKAN TEPUKAN. TETAPI IANYA HANYALAH 1/10 USAHA KITA....MANA LAGI 9/10???? SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN.....SEKIAN
Tidak ada komentar:
Posting Komentar